Saya terlupa nak sambung review majlis hari tu. Ini adalah sambungan nya. Nak baca review pertama [klik sini]
h) Mini pelamin
Plan asal tak mahu pelamin segala ni. Bajet nak sarung cincin dalam bilik je. Sekali tu 2 hari sebelum majlis ye, nenek saya kata tak kan nak bergambar dalam bilik? Nanti kawan-kawan dengan sepupu dalam bilik, nak sarung cincin pun dalam bilik mestilah keluarga Z pun nak tengok jugak? Ok. Fine beralah saja lah kan sambil buat muncung? Tapi ada kebenaran ye. Family Z yang tak pernah jumpa saya lagi harus lah nak tengok jugak kan. Lagi 2 hari nak majlis ni taw. Stress sungguh masa ni.
Jadi, buat pelamin sendiri. Seharian saya siap kan hampir 100 kuntum bunga carnation dari crepe paper. Dua hari berturut-turut buat tangan saya biru-biru dan sakit. 1 crepe paper boleh dapat dalam 6 kuntum bunga. 1 keping crepe paper berharga 70 sen. Saya beli dalam 30 keping. Bunga ni hiasan di bahagian atas. Dawai bunga beli satu je RM 2 sahaja sebab boleh potong kecik-kecik. Solatape bunga dalam RM3 sahaja. Percaya lah, bunga ini saya akan recycle untuk buat bunga telur atau centre piece masa resepsi nanti. Penjimatan jangka panjang.
Beli juga dua pasu artificial flower. Satu pasu RM 44. Dapat banyak less sebab regular customer kedai ni. Gubah bunga free. Ayah buat kan bangku untuk duduk di mini pelamin. Tempat duduk tu alas dengan span. Lebihan span yang mak buat tilam kitorang landing depan TV untuk bagi bangku tu sedap di duduk. Tilam ni dah macam carpet dah. Asal tengok TV je, semua nak landing baring. Bantal hijau dekat pelamin tu ambil dari dalam kereta. Saya peminat keroppi. Recycle aje la bantal.
Kain alas bangku tu pakai kain ela putih yang sedia ada di rumah dengan kain langsir. Boleh? Kos DIY mini pelamin hanya lebih kurang RM 100 - 120 sahaja.
i) Mekap
Mekap sendiri, sendiri bajet timing la kan? Baru pakai make up base dengan BB cream dan tepek press powder, sekali tu cousin datang nak tengok samada nak alter bahu ke tak. Last-last dia tolong mekap kan sama-sama. Thanx cousin! Produk saya guna adalah produk yang biasa saya pakai pergi kerja.
j) Handbouquet
Ini tak penting pun. Tapi sebab saya memang dah DIY carnation flower sendiri buat lah untuk bunga tangan sekali. Kos buat masuk dalam pelamin tadi. Reben hias bahagian pemegang tu dalam seringgit dua je. Seringgit dua pun nak kire jugak ke? erk..
Itu sahaja kot. Ke ada lagi ea? Seingat saya memang ini sahaja kos yang di gunakan untuk majlis tunang saya hari itu.
________________________________________________________________________________
Pada saya, kalau saya sanggup sacrifice sendiri, buat sendiri, kita dapat lagi banyak kepuasan dan pengalaman yang orang lain tak dapat. Orang kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Kalau nak jimat tu, kena plan betul-betul. Tak elok membazir. Itu amalan syaitan.
Yang lelaki, kena la pandai tackle awek kalau dia dah rambang mata. Biasa lah perempuan ni, bila tengok ni cantik nak, tengok sana cantik nak. Itu normal la kan? Macam mana korang handle awek tu yang penting? In the future, lelaki akan jadi ketua keluarga kan? Didik sikap kepimpinan dari sekarang. Jangan nak turut kan sangat perangai awek tu.
Yang perempuan, kalau tambah kerajinan lebih sikit dan pengorbanan lebih sikit, kamu akan dapat kepuasan yang tiada bandingnya. Jangan membazir pada benda yang tak perlu. Bersederhana tu lebih baik. Ini bukan perkara "aku ada duit, sukahati aku lah" atau "ala, bukan aku yang bayar pun". (walaupun memang ada orang yang berfikiran macam ni. up to you la) Terserah tapi ingat perempuan akan jadi seorang isteri dan ibu. Perempuan juga ada tanggungjawab untuk didik anak bangsa akan datang. Jangan jadi selfish. Didik diri untuk menjadi sederhana supaya anak-anak akan terdidik untuk bersifat sederhana dan tak jadi bodoh sombong.
Kemain lagi dhiera ni kan? Kalau boleh elak kan pembaziran. Saya pernah lihat satu perkahwinan yang penuh sangat pembaziran. Diam kan saja lah sebab kita bukan siapa-siapa. Nak tegur, mereka lagi banyak makan garam. Tapi bab pergi honeymoon, jangan berkira sangat. Sebab itu kali pertama berjalan bersama kekasih halal kan? hakhakhak. Saya simpan banyak duit untuk honeymoon dari majlis kahwin. Sila percaya!
12 komen:
Bagus... selagi boleh berjimat buat sendiri lagi semuanya. Memori lebih cantik utk dikenang...
huhu dhiera nak ambik kelas dengan dhiera buat bunga tu boleh tak? ehehe
sendiri buat sendiri puas ati kn? peduli kn ckp org lain.ukur bj d bdn sendiri...
alfatihah utk arwah
Dhiera mmg rajinnnnn !! Saya tak serajin awak. Dan tak setegar awak. Tahniah sebab berjaya DIY untuk majlis tunang. Tak sabar nak tengok untuk resepsi pulak.
wahhh.....tunang sudah...
thniah...=D
hehhee.. bertunang.... macam nkkawen.. huhu
jom baca sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/pandai-sangat-dah-kan.html
Al-Fatihah buat kawan dhiera..Tahniah dier..pandai buat pelamin tunang sendiri..jimatkan kos !!pandai dhiera ya..kreatif sgt !!!..
wahh.. canteknye.. ada mini pelamin lagi tu...
hehe..ape bantak ktak tu sibuk di situ :D mini pelaman sume diy sendiri la ni eh dhiera..
chop dhiera!
kawan sepermainan tu arwah hazwan keeeee?anak p.cik azmi dahlia 1bc?huu
yap ira 1988..dhira 1987?so skang dok mn?heee..cop2...ank cik zah?wanie ke yanie?hee..wanie tua sthn dr ira, yanie muda 2thn dr ira..hee
psss : wahh dhiera sgt jimat kalo tunang camni..nice2..nt blh ikut cara dhiera ni..:D
PERGGHHH PUAS HATIKAN.... CANTIK GAK TU SIMPLE TAPI HASIL TANGAN SENDIRI KAN ELOK
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
baka anjing terlarang masuk malaysia
baka anjing terhad masuk malaysia
rajin nya awak....
Catat Ulasan