Khamis, 17 November 2011

Hati ko busuk ke?

Salam pembuka bicara...

Entri semalam [wordless wednesday].

Sebenarnya, geram dengan seseorang. Kawan. Ya, kawan yang tak berapa nak rapat.

Kemudian, sedih dituduh yang bukan-bukan. Buat saya terfikir, mana silapnya. Atau dia yang terburu-buru kemudian terus menghentam tanpa bagi peluang untuk saya terangkan duduk perkara sebenar? Kenal dah lebih 10 tahun, kenapa ada macam rasa dengki?

Lagi sedih sebab dia membawa imej yang baik. Tapi hati dia tak berubah walaupun dia pandai bermain dengan hadis. Mungkin sebab dia perempuan. Perempuan suka beremosi. Tapi, perkara yang cuba diperbesarkan ini secalit pun tak ada kena mengena dengan dia. Malah, perkara itu tak ada apa-apa pun yang terjadi. Seolah-olah, dia cuba melagakan persahabatan saya dengan rakan rapat saya. Kenapa?

Izzysabki pernah tulis "Iman itu letaknya pada hati. Andainya hati tidak dipelihara dengan baik, segala tindakan juga pastinya tidak menjurus ke arah kebaikan."

Sedih jugak sebab hati saya digasak dengan fikiran yang bukan-bukan disebabkan dia. Saya cuba memujuk supaya tidak berburuk sangka dengan dia. Sabarkan hati. Berusaha untuk tidak palit kan rasa benci pada dia. Tapi, dari dulu hingga sekarang dia masih bersikap macam ni bila dengan saya walaupun saya sentiasa cuba berbuat baik pada dia.

Saya tak faham.

xoxo

lega ok luah kat sini.

21 komen:

Hana Soffelia berkata...

Sabar dear. Memang bnyk perangai mcm tu kita jmpa. Hana pernah lalui apa yg dhiera lalui. Allah bersama org yg bersabar.

Marina berkata...

org macam2 peel...kiter tak tau niat hati seseorang itu kan?

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

huhu..kenapa..? ade yg x puas hati ke?
sabar ya..

norsharmila berkata...

xmampu cakap apa, sabar ye dhiera :)

nabilah_2908 berkata...

golongan mcm ni la yg merosakkan imej perempuan yg 'berimej baik'..

mungkin dia dengki dgn kamu...

Manusia..mcm ni...rambut sama hitam..hati? Allah je yg tahu...

biarkan lah dia dgn agenda dia..bnyk2kan la bersabar... :)

mama aini berkata...

sabar ya dhiera..biasalah hati org..kita tidak tahu..mungkin dia bahgia melaga2kan org lain..hu2x..

J.Syazwana berkata...

sabar je lah. manusia ni banyak perangai kan. ingat Allah sentiasa ada dengan kita. :)

syuxer berkata...

berpewatakan baik ada gak sifat jahatnya..cuma harap awak bersabar menghadapi karenahnya..orang sabar selalu win

Run Away berkata...

ye...sabar eh...selagi kita hidup..mesti kita berpeluang jmpa manusia mcm tu...;d

ciK LyndaWawa berkata...

tak baik dengki mendengki tau...=]

*wink* berkata...

kak dhiera..npa sdey2 nie..xmaw mcm nie..mnusia mmg mcm tuu..byk2 sbar ye kak

Izzatul Azma berkata...

Saya pun penah kena macam ni. Kena hentam macam2 tak sempat kita nak explain apa pun. Main tuduh je ikut emosi.

Sampai sekarang dia masih tak mintak maaf, dah la pregnant. Hishhhh

Sedang cuba memujuk hati jugak.

Takpe, kita cuba maafkan orang macam ni ye..

mummyrinazone beauty berkata...

sabar ye.orgnie mcm2 ado

panda montel berkata...

sapa buat dhiera mcm ni? huhhu meh wen tabgi tumbuikan panda. :p

dear anies berkata...

sabaq n biar kn je dia... tau la tuhan nk wat cm ne kt dia nnt

Akue Achik berkata...

huhu,,sabar sis..insyaAllah, lambt atau cpt Allah akn tnjuk hkmah dblik smua yg brlaku.. ^^

Acik berkata...

dugaan ... menduga kita!

cik dila berkata...

Hemm..mmg banyak ragam,banyak jenis perangai manusia. Secara positif nye,akk dipilih utk berjumpe dgn org2 mcm ni,dan boleh jadikan panduan utk pilih kwn2 yg mcm mane utk akn dtg. Sabar eh. ;)

Afzainizam berkata...

sabar lah yerrr...

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy paint protection film

Juliet_iRa~" berkata...

sabar k dhira...

ppuan ni mmg kdg2 emosi sikit..

be happy..:)

ctk berkata...

hati dia mmg busuk sbb da busukkan org...berdoalah hati dia wngi balik :)