Rabu, 18 Julai 2012

Busy dengan hal kahwin

Salam pembuka bicara..


Agak lama menyepi dari menulis dekat sini. Agak sibuk dengan urusan kerja dan urusan mengurus hal-hal perkahwinan. Ni la akibat jadi Perancang Majlis sendiri. (alasan yang sama berulang-ulang kali. ngeh)


Nampak tak ada borang isi alamat dekat atas ni? Saya nak jemput kawan-kawan blogger semua ke majlis perkahwinan saya dan tunang saya pada 25 ogos 2012 di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Hari raya ketujuh ye kawan-kawan. Jemput lah datang.


Tahun ni, saya tak bagi kad raya tapi saya bagi kad kahwin sahaja boleh ye? Sesiapa yang berminat nak datang dan nak perlukan kad, jangan malu-malu untuk isi borang kat atas ni. Bukan apa, senang nak tengok siapa yang dah dapat kad dan siapa yang belum dapat kad.


Selama saya menyepi ni apa yang saya dah buat?


1. Setelkan urusan permohonan nikah. 


Alhamdulillah, awal bulan 6 hari tu dah setel pun urusan permohonan nikah kami untuk kedua-dua belah pihak. Urusan permohonan tunang, saya teman dia ke Pejabat Agama Islam Daerah Klang. Bukan takat orang nak kahwin je ada, nak cerai pun ada. Minta-minta dijauhkan. Urusan permohonan saya di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor, ayah saya yang uruskan. Terima kasih ayah!


2. Cari cermin besar untuk bilik pengantin


Saya tak nak beli set katil sebab almari dekat rumah dah banyak. Lagipun, set katil yang RM1000 ni semua yang saya survey guna 'playwood' je. (tak tahu betul ke tak eja tu). Ikut kan hati nak pakai je katil yang saya memang pakai sekarang tapi mak saya insist nak beli baru. Maka, almari pakai yang sedia ada. Katil beli baru. Then, saya cari cermin besar dan console table. Console table tak dapat lagi tapi cermin besar dah dapat. Pusing-pusing klang, last-last beli dekat kedai yang jual cermin, ayat-ayat al-Quran dekat Tesco Setia Alam. Cermin 5 kaki muat masuk viva rupa ye.


3. Cari barang doorgift


Setakat ni untuk VVIP je yang dah ada doorgift. Ikut hati nak bagi buah je sebab saya kan graduan nutritionist. Tapi.. mula-mula mak setuju lepas tu tak nak pula. Untuk tetamu biasa belum cari lagi. Tak tahu apa nak bagi. Saya bukan bagi doorgift macam dalam gambar. hakhak


4. Setelkan kad kahwin


Alhamdulillah. Impian untuk capai the lowest bajet bagi kad kahwin akhirnya tercapai jugak. Murah. Kalau korang buang lepas majlis pun saya tak kesah. Tempoh masa mencetak kad kahwin ni hanya 3 hari sahaja. Sekejap je kan?


5. Pedicure


Tak sempat lagi nak memanjakan diri di spa. Penat dah bila balik dari kerja. Hujung minggu pulak perlu diuruskan dengan effisen sekali. Baru sempat pergi pedicure je. Tak kisah dapat spa ke tak, jangan penting dapat potong rambut. Takut MUA sanggul rambut tinggi-tinggi. Tak mahu!


6. Hunting bunga untuk pelamin


Belum pernah saya bagitahu pasal pelamin dekat sini. Pelamin saya DIY you olls. Alkisah, saya pergi la survey-survey kedai. Pelamin-pelamin yang up-to-date semuanya harga riban-riban. Dari membazir keluar duit untuk pelamin riban-riban yang tayang pakai sehari dua tu, baik saya buat sendiri pelamin. Sekurang-kurangnya, barang-barang yang guna untuk pelamin ni jadi hak milik kekal. Makanya, pelamin buat sendiri sahaja ler. (Nida, sorry jadi model gambar di atas)



7. DIY kasut


Kaki saya ni bersaiz kecik. Susah nak cari yang padan. Saya mengaku 5 bulan cari kasut yang saya nak. Penat. Sampai dah give up nak tempah buat dengan designer kasut je. Last-last, pembukaan Setia City Mall memberi nafas kegembiraan dalam pencarian kasut. Kasut untuk nikah saya jumpa masa hari pertama pembukaan Setia CIty Mall ni. Murah je kasut ye. Yang penting ada saiz 4.

Kasut resepsi saya tak jumpa pun saiz 4 tapi orang yang gigih nak juga kasut baru ni. Belasah beli juga saiz 5. Kemudian tampal shoes pad 2 keping dekat belakang kasut ala dekat kawasan tumit tu. Nak bagi ketat. Bukan itu sahaja, tampal 'shoes pad' dekat bahagian pemijak dalam kasut gara-gara nak muat kan kasut saiz 5 jadi 4. Tak cukup dengan tu saya beli brooch tudung yang besar, cantik dan liplap-liplap letak dekat depan kasut. Nak nampak mewah sikit konon nya. Agak-agak nak pergi interview nanti, cabut brooch tu balik. LOL. Asal ada dan jimat lebih 50% dari tempah dekat designer. Eh, kasut ni buat hantaran. Pandai-pandai family tunang hias. hehe


8. DIY rozek untuk penanggah


Ahli keluarga pun ada dapat pakai ni jugak sebab saya beli kain felt setengah meter sahaja. Dapat banyak . Dalam 77 keping tak silap. Untuk mak, ayah, adik-adik semua saya DIY button batch. Kononnya nak buat malam semalam tapi tak jadi sebab teringin nak online.


9. Cari kipas untuk bilik pengantin


Memandangkan ayah besarkan bilik adik saya untuk jadikan bilik pengantin. Kenalah beli kipas baru sebab kipas bilik tu nak guna untuk kegunaan lain. Saya tukar bilik dengan adik saya sebab dorang boleh tidur kongsi-kongsi sementara 2 lagi bilik dekat rumah tu siap. Bilik saya yang sebelum ni, bilik paling besar dalam rumah tu. Mengalah je la dari kena tidur asing-asing lepas kahwin. hakhak


10. DIY bantal duduk nikah dan bantal hantaran




Saya ni agak malas bila sampai part nak jahit-jahit ni. Jadi, beli bantal ready made je. Kemudian buat sarung. Saya tak ambil butik sebab tu banyak kena buat sendiri.


Cukup lah update 10 dulu. Anggaplah 10 item kat atas ni bersamaan update 10 hari ye. Ok babai. Buat kerja yang menimbun tu.


xoxo

30 komen:

HeNRieTTa JoSe berkata...

lamer dhiera menyepi...mmg pnat...tp berbaloi....sbb hrga jauh beza dr sewa...creative lart dhiera...chantek kasut tu....dhiera nie mesti comel orgnye....kasut pown size 4 jew...neway, semoga semuanya berjalan lancar....

Shila berkata...

wah2..semua DIY..

bagus betul..

nnti ajar kita..

bole kira2 mana lebih jimat..

Kakzakie Purvit berkata...

Kreatif, rajin, bijak dan cermat itu yg kakak nampak. Untung kalau bijak mengawal poket sendiri dhiera...

Syu, Syuhada berkata...

wah dah byk progress!! gutlak dhiera moga dipermudahkan..
tak sabar nak tgok pelamin DIY ;)

cik dila berkata...

fuhh,busy2! hehe. tp buat sendiri lagi puas hati kn..kasut tu cantik, kecik nya kaki akk.

ilaSham berkata...

Bestkan buat persipan nih..kadang2 give up, stress bagai..hari minggu macam tak cukup je kan..btw, good luck dhiera (",)

MAY berkata...

AKHIRNYE SMP MASA YG DITUNGGU..TAHNIAH IN ADV..SORI TAK DPT DTG SBB MASA TU MMG KAT KG LAGI LA..BERCUTI..BESE CUTI LAME CKIT..

*KAT OPIS NI,KLU MANAGEMENT BG BLW AWL,REHAT CUT SETGH JAM,DORG REHAT MCM BULAN TAK POSE JUGAK.HEHE..DL PENAH BLK KOL 4..TP NO REST TIME LUNCH HOUR TU,TP DORANG BELASAH GAK TIDO SEJAM..HEHE

dear anies berkata...

time raya ye dhiera? waduuuhhh tgh beraya sesgt tu..almaklum la cuti kali ni lbh pnjg...

bz sggh!
cantik kasut!

mummyrinazone beauty berkata...

waaah nak kawin dah awak yer...semoga semua urusan dipermudahkan.amin

ciK LyndaWawa berkata...

wah..busy nak kawen..jeles2..tahniah...=]tak lame lagi tu......

CintaZulaikha berkata...

huyooo, kagum dgr cik dhiera nak buat pelamin sdri...ish, tak tahu nak cakaplah, tp mmg kagum gila. 1st time dgr ada awek yg bajet baik punya tuk buat majlis dy...salute lah..

teringin nak dtg, tapi sy tinggal di tpt yg jauh...jd dpt tgk gambo majlis nti pon jadilah...hehhe

Kasih Salina berkata...

salam dhiera..kagum dgn dhiera dapat buat sendiri sendiri persiapan kawin..satu usaha yg bagus tu..susah nak cari org yg jenis camni, berfikir secara kreatif juga tu..tp demi kepuasan juga tu kan..sori byk2, akak x blh datang, jauh sgt tu..semoga selamat semuanya..

aReLaN berkata...

rajin nye DIY.huhuhu..kitorang sume beli.memang banyak betul belanja untuk kawen ni kan.kadang2 benda kecik & remeh tulah makan banyak duit.hmmm

aReLaN berkata...

rajin nye DIY.huhuhu..kitorang sume beli.memang banyak betul belanja untuk kawen ni kan.kadang2 benda kecik & remeh tulah makan banyak duit.hmmm

Ezad Skytech berkata...

makin dekat tarikhnya..makin busy la nampaknya kan...hee~

Iefa Ujang berkata...

xlma dah dia nk kwin . selamat menuju ke gerbang perkahwinan . jgn bz2 sgt , bakal pngantin kena byk rehat :)

asfira aminuddin berkata...

bestnye bwat preparation for wedding day nanti! bnyakkan upload gmbar eh i nak tengok banyak banyak :)

echa takashimaya berkata...

tahniah :)

NUNU EERA berkata...

wlpn pnt nk buat preparation semua.. nnti lepas da selesai mjlis msti hepi n rsa best sgt.. ;)

dwatyKNY berkata...

tahniah dhira...

Unknown berkata...

hebat dhiera ni..dari masa tunang sampai nak kawen ni banyak idea.. bagus2.. DIY kan bagus..jimat kos kan yunk..dhiera kreatif untung lah..

BENA berkata...

MESTI dup dap dup dap kannnn . hee :)

E'in berkata...

wah dah nak kawen.. tahniah awak! tapi e'in mintak maaf sgt2 sbb xdpt pegi ur wedding.. jauh laa.. :(

teha berkata...

rajin nyee die :)

Juliet_iRa~" berkata...

bagus2 lagi2 part kad..hehe..

berapa sen akk buat?msti murah je kan...jimat!

ct kektus berkata...

wah, semua buat sendiri. dapat jimat byk ni.

aloloo, kecikny saiz kaki. kalau kite , kaki terlbih besar. nak ari kasut pon susah. jrg dapat kasut saiz 9,10. hukhuk

cik pha berkata...

mabrookkkkkk dhiera ^^ smoga semuanya berjalan lancar hendaknya ^^ amin amin amin

nini berkata...

dhiera kalau free nanti cerita la pasai urusan nikah tu........nak tau gak apa yang perlu dibuat....=D

Myra Jay berkata...

Dhiera, kasut tu memang cantik ;)

Ditambah ada liplap pulak :D

Kita kasut saiz sama ;)

nrhzwani berkata...

salam. Nak tumpang tanya, mana beli rount mimt box bundle byk mcm tu utk doorgift?tq. Wanicaprigurl90@gmail.com