Khamis, 30 Jun 2011

Spontaneous thursday

Salam pembuka bicara..

Spontaneous thursday.

Nanti baru saya cerita ok!

xoxo

Rabu, 29 Jun 2011

Masak-masak di de Palma Hotel

Salam pembuka bicara..

Setelah muntah dengan cerita mengenai majlis perkahwinan acu saya. Hari ini saya nak cerita pasal makan pula.

Sebenarnya dah lama pergi makan kat sini dengan seorang rakan dan Z tapi baru sekarang ada masa bersenang lenang untuk menulis mengenai ini. Sebenarnya, bukan masak-masak di de Palma hotel tapi berjamu selera di de Palma Restoran. Lokasi di Gunung Rapat, Ipoh.


Tempat makan dah memang ada view cantik. Boleh pilih nak makan kat kawasan mana. Kalau nak makan, ala-ala dalam taman, boleh lah makan di pondok-pondok yang disediakan. Nak makan di tempat yang sunyi dengan cahaya samar-samar pun ada. Kamu boleh pilih kawasan mana yang menjadi pilihan kamu. Saya dan rakan saya pilih tempat yang jauh sikit dari orang ramai sebab nak berchit-chat panjang. Lagipun, agak lama juga kami tak jumpa.

Parking kereta pun tak ada masalah. Kalau nak parking dalam restoran pun boleh, nak parking luar pun boleh. Masa saya pergi ini, Z pilih untuk parking dalam restoran dekat dengan kawasan orang yang makan ala-ala dalam taman. Yang paling menarik, orang yang jaga parking masa tu adalah bos restoran ini ok!


Makanan saya di sini adalah nasi goreng tom yam. Kawan saya nasi goreng seafood manakala Z nasi goreng USA kot. Mula-mula plan nak makan nasi putih dengan lauk-lauk, tapi Z kata mahal makan macam tu kat sini. Last-last, pilih makann bergoreng je. Eh, ada tambahan french fries cicah dengan mayonis dan sos cili. Sangat yummy ok! Sebenarnya, sebelum pergi sini, saya pernah tanya pada kawan saya yang bekerja kat Ipoh samada ada sedap ke tak makan kat sini? Kawan saya tu kata sedap. Tapi bila saya makan kat sini, makanan dia tak memenuhi citarasa saya sehingga kan saya ajak Z pergi makan lagi. hek. Oh ya, saya agak picky sikit bila sampai bab makanan ini sebab nak makan biarlah harganya berbaloi dengan apa yang saya rasa. hek.

Tapi saya nampak ada satu meja hujung masa saya makan sini order butter prawn kot. Udang dia sangat besar. Mesti best dapat makan udang besar-besar ni. Tapi saya tak makan udang dan ketam. Kasihan kan?

Kalau kamu nak makan kat sini, mungkin boleh cuba tapi saya tak pasti samada memenuhi selera kamu atau tidak. Pada saya, belum cukup umpph untuk memenuhi selera saya.

xoxo

Selasa, 28 Jun 2011

Perkahwinan purple dan putih

Salam pembuka bicara..

Kesinambungan dari entri semalam. Kawan-kawan bukan saya yang kahwin ye~ Pak su saya yang kahwin. Tak banyak gambar yang ada. Kena tunggu gambar daripada official photographer (OP) baru boleh buat full review.

Kali ini, majlis bertemakan putih dan purple. Pakai kamera murah je ni.

Ber 'camwhore' dengan  pengantin.

Ber 'camwhore' dengan cousin.

Dan yang paling tidak boleh ketinggalan adalah pelamin purple dan putih. weee


Sebenarnya ada gambar kek pengantin tapi terdelete pula. Tak dapat nak tunjuk kek 3 tingkat itu tapi dalamnya hanyalah kek buah. Ingat kan kek coklat. Nasib orang sponsor.

xoxo

Isnin, 27 Jun 2011

Perkahwinan pink dan silver

Salam pembuka bicara..

19 jun lepas, pak su selamat mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan. Tak dapat nak review banyak-banyak sebab saya tak terlibat pun dengan majlis di belah perempuan. Tapi tetap nak cerita di sini even sedikit. Pak su saya macam kelihatan budak-budak plak.

Sedikit gambar sekitar majlis pernikahan

Upacara pembatalan air sembahyang.

Sekitar majlis persandingan

Dan outdoor photoshoot.

Dan yang paling penting adalah pelamin pink dan silver itu. taraa..

Sila muntah kerana banyak gambar dan saya minta maaf kalau lambat loading.

xoxo

Jumaat, 24 Jun 2011

Gaya tidur yang comel

Salam pembuka bicara..

Kesinambungan dari entri ini.

Ingat tak gambar ini?
sumber: google

Sesungguhnya, saya memang mengantuk ketika entri wordless wednesday itu. Saya mengharapkan dapat tidur dan buat kerja dalam satu masa yang sama.

Tapi hari ini, saya nak kongsikan gambar-gambar baby atau kanak-kanak yang comel sekali bila tidur. Semua gambar adalah dari carian encik google.

Mimpi apa la agak ye sambil tersenyum masa tidur

Owh, baby ni macam saya lah. Beza nya, saya tak gemar teddy bear tapi saya suka bantal peluk.

Eh, dia tidur stail katak. Kalau mak saya tengok mesti mak saya kata macam saya juga. Sebab masa kecil-kecil dulu, saya memang suka tidur macam gaya katak. Paling tak suka, bila kena ejek suka kencing malam. *sigh*

Ngigau apa lah sampai tergelak macam itu.

Macam syok gile la dia ni tidur.

Penat sangat main makanan sampai tertidur di buatnya. Tapi saya rasa dia ni baru lepas mengamuk tak nak makan.

Nape la tidur dalam kasut tu dik~

Garang ye la muka adik oi.

Ini kek ye kawan-kawan, bukan orang~

xoxo

Khamis, 23 Jun 2011

lelaki rambut sikit ke perut boroi?

Salam pembuka bicara..

Mood malas menulis di sini berlipat-lipat ganda. Tolong insafkan saya. Tadi saya berblogwalking di blog ini dan tertarik dengan salah satu ayat ini.

Seorang kawan aku pernah tanya soalan macam ni kat aku,
"kalau diberi pilihan, mana yang lebih elok?? rambut sikit, atau perut boroi?? sebab orang lelaki bila dah tua, dua perkara tu macam wajib jadi kat kitorang....especially engineers lah"

Ayat ini dari entri beliau yang ini.
Sumber: google

Terus saya teringatkan Z dan saya mahu gelak. Z belum kahwin pun dah boroi. oppsss...

Tapi, apa yang lebih saya suka kan mengenai pekerjaan Z ini adalah engineer pergi kerja tak payah iron baju! Saya memang malas untuk iron baju. Pergi kerja pun agak-agak baju tak nampak kedut yang ketara, jangan harap saya nak iron sebab sampai tempat kerja pakai baju doktor jugak. eh, baju lab!

Owh, ya. Kalau tak salah, permohonan untuk engineer baru di tempat Z belum tutup lagi. Apa lagi, kalau kamu sedang cari kerja, boleh lah cuba!

xoxo

Rabu, 22 Jun 2011

Wordless wednesday

Salam pembuka bicara...

sumber: google

xoxo

Isnin, 20 Jun 2011

7 cara tak mahu sakit bila dicucuk dan diambil darah

Salam pembuka bicara..

Hari yang sangat busy. Tak menang tangan sebab kekurangan staf lagi hari ini.

Tajuk macam tak boleh blah.

Tadi rasa nak kembang semangkuk sebab ada doktor puji saya pandai ambil darah. wee.. Sebenarnya dah biasa kena puji sebab ambil darah orang, pesakit rasa tak sakit tapi hari ini buat pertama kalinya ambil darah dari doktor (yang mana ramai tahu pandai ambil darah). Tapi kan doktor yang saya ambilkan darah ni, dia kurang pandai draw blood sebab dah kurang jelas penglihatan. Almaklumlah, doktor ni sudah berumur. Lagipun, memang tak nampak pun salur darah dia walaupun doktor tu putih sebab dia cina. Tapi kita masih boleh rasa kat mana vein dia.

Nak tahu tempat mana yang tak sakit darah. Meh saya ajar ye.

1. Kamu ni mesti bukan seorang yang mengelabah atau takut bila nampak jarum.
Sebab kalau kamu ada pemikiran ambil darah tu sakit, yang kamu rasa adalah sakit.

2. Ambil darah di bahagian lengan lagi kurang sakit dari ambil darah di belakang tapak tangan.

Bagi kes ini, bergantung juga pada individu. Biasanya, kalau seseorang yang mempunyai bentuk badan besar memang susah nak nampak dan rasa salur darah di bahagian lengan. Alternatifnya, adalah ambil darah di belakang tapak tangan. Tapi memang sakit.

3. Salur darah yang tengah lagi kurang sakit dari tepi.
Di lengan kita, kebiasaanya ada 3 salur darah yang besar. Salur darah di bahagian nombor 1 adalah paling kurang sakit. Bahagian 2 dan 3 agak sakit bergantung pada individu.

4. Ada kes dimana jarum memang masuk di salur darah tapi darah masih tak keluar.
- Kebiasaannya sebab kamu terlalu takut atau nervous. Saya selalu cakap, 'jangan takut nanti darah takut nak keluar, kena cucuk banyak kali". hek. Tapi memang betul pun. 
- Ada juga kes bukan disebabkan takut tapi secara teorinya, memang saya tak tahu kenapa darah itu tak nak keluar. Biasanya, kami di sini akan berikan pesakit minum air suam-suam panas.
- Ada juga sebab kolesterol yang tinggi. Darah itu jadi macam berlendir. Kalau keluarkan jarum, darah tu macam hingus yang melekat dan dapat ditarik.

5. Kedudukan jarum.

Sila bayangkan, gambar 1 menggunakan jarum yang attach pada syringe bukan menggunakan tiub (butterfly neddle). Sebenarnya, kedudukan jarum yang menegak seperti gambar 2 itu lebih sakit berbanding kedudukan jarum yang condong (gambar 1). Jarum yang condong biasanya tangan orang yang mengambil darah itu kena pada kulit kita. Ini kata senior saya lah.

6. Daya tahan kesakitan setiap orang adalah berbeza.
Ada orang tak boleh tahan sakit walaupun sedikit (manja sangat ini). Silalah percaya, ada orang pergi scalding gigi pun rasa sakit walaupun sebenarnya, saya rasa tak sakit.

7. Teknik orang yang ambil darah.
Biasanya, orang yang memang betul-betul berpengalaman, tiada masalah untuk mengambil darah tapi ada sesetengah kes seperti nombor 1 dan 4 memang susah untuk dielakkan.

xoxo

Sabtu, 18 Jun 2011

Rukun nikah

Salam pembuka bicara..


Memandangkan pak su saya akan bernikah hari ini. Maka, saya nak kongsi beberapa perkara yang wajib kita tahu. Rukun nikah wajib tahu ye, kalau tok kadi tanya tak kan nak sengih ye.


 sumber: google

Rukun nikah dibahagikan kepada 5 iaitu:


Pengantin lelaki 
Pengantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya   
Pengantin perempuan 
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu 
Akad (Ijab & Qabul)
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu 
Wali 
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik. 
Dua orang saksi 
Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.
Itu sahaja. 

xoxo

Jumaat, 17 Jun 2011

Senyum sehabis baik

Salam pembuka bicara..

Hari ini saya tak sihat. Duduk dalam tempat kerja air-cond, lagilah buat saya tak sihat. Tekak ini rasa sangat perit walaupun berkali-kali ambil dequadin. Tapi saya cuba untuk senyum sehabis baik bila berdepan dengan patient. Semalam, saya mimpikan arwah atok saya.

sumber: lupa dari mana

Semoga saya cepat sihat!

Dan malam ini ada kenduri di rumah nenek saya sebab pak su saya akan bernikah besok. Barakallah untuk acu! Tekak ini saja tak nak bagi saya makan banyak kut malam nanti.

xoxo

Khamis, 16 Jun 2011

Bengkel red velvet cake dan fruit cake

Salam pembuka bicara..

Sangat ramai yang mencari resepi red velvet cake. Keyword yang masuk dalam blog ini, tak pernah putus-putus dengan keyword red velvet cake.

sumber: MAD

Ada sesiapa ke yang dah mencuba resepi tu? Kalau jadi, bagus lah tu. Bersemangat sikit nak makan dan buat lagi. Kalau tak jadi, jangan risau. Kamu boleh belajar dari yang pakar.

Kalau kamu nak tahu, New Sugar Creations di Pandan Jaya ada mengadakan Bengkel Red Velvet Cupcake & Fruit Cake Baking. Harga biasa untuk bengkel ini adalah RM210 tapi mereka ada buat offer 50%. Maka, dengan hanya RM105, kamu boleh belajar buat red velvet cake dan juga fruit cake dengan bantuan pakar.

sumber: MAD

Maka,
Impress your loved ones with delicious self-baked Red Velvet cupcakes and Fruitcakes.
Ada beza kalau kita buat dan beli.
Kalau beli, dapat makan je dengan jumlah yang terhad sebab tak beli banyak.
Kalau buat, dapat kepuasan membuat kek dan kepuasan makan tanpa had. Tapi jangan sampai over eating pula ye.
xoxo

Tony blair islam?

Salam pembuka bicara..

Sekadar renungan kita bersama. Macam mana orang yang bukan islam boleh membaca al-quran setiap hari sedangkan kita yang beragama islam ni paling kuat pun seminggu 2-3 kali atau mungkin ada yang jarang-jarang sekali.

Bekas PM Britain baca Al-Quran setiap hari

LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.
sumber: google

Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.

Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini."
"Saya membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna," ujarnya.

Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.

Blair sebelum ini memuji agama Islam sebagai indah dan menyatakan Nabi Muhammad SAW penggerak yang kuat dalam membentuk masyarakat bertamadun.

sumber: google

Adik ipar pemimpin tersebut, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu. - Agensi

sumber berita: Kosmo

Renugkan lah bersama.

xoxo

Rabu, 15 Jun 2011

5 cara nak nampak sentiasa comel

Salam pembuka bicara..

Korang pernah berjumpa dengan orang yang berperangai sehingga membuatkan korang terasa, comel ye dia. Bukan paras rupa tapi sikap dia. Saya teringat satu kisah jumaat lepas.

sumber: google
Mia sara nasuha memang comel

Setiap hari jumaat, akan ada seorang doktor yang akan on duty kat tempat saya ni. Disebabkan doktor yang selalu datang tu ada hal-hal tertentu, maka digantikan dengan seorang doktor yang lain. Tapi doktor ni sangat comel.

Situasi 1
sumber: google
Doktor telefon line meja saya.
Doktor: Nadhirah, minta sape-sape "safron" (bunyi dia macam ni lah lebih kurang) saya sekejap.
Saya: ...... Kejap ea doktor.

Dalam pada itu, saya tanya collegue saya.
Saya: kak, safron tu apa? Ubat?
Collegue: Eh, tak tahu. Apa?

On the phone balik.
Saya: Doktor, "safron" tu ape?
Doktor: Hahaha.. "Safron" tu macam ada doktor lelaki dia nak cek pesakit perempuan tapi tak kan dia berdua je, kena ada orang ikut lah.
Saya: Oooo..asisst ke? Jap ea doktor.
Doktor: Kamu guna asisst ke? hahahaha

Situasi 2
sumber: google

Transfer line lagi. Kali ini collegue saya yang angkat
Doktor: Kat mana steteskop ea?

Collegue saya pun masuk doctor's room dan tunjuk dalam laci. Lepas tu, kami gelak-gelak. Tak kan doktor tak cek dalam laci meja.

Situasi 3
sumber: google
Dalam bilik doktor
Doktor: Nadhirah, mana measuring tape ea?
Saya: Alamak..(Dalam hati, aku pun tak bawa) Doktor nak buat apa dengan measuring tape?
Doktor: Saya nak ukur dada patient tu.
Saya: Tak ada la doktor. Saya minta collegue saya beli kejap ea.
Doktor: Nak saya tunggu ke? Tak pe lah, saya cek yang lain dulu.

Tak lama lepas tu.
Doktor: Eh, ada pembaris. Saya ukur guna pembaris aje la.
Saya: Well, up to you doktor.

Situasi 4
sumber: google
Transfer line
Doktor: Masuk bilik saya kejap, asisst saya nak buat ultrasound.
Saya: Ok

Dalam bilik doktor
Doktor: Suruh patient tanggal baju dan baring ea.

Lepas itu, doktor pun buat ultrasound. Scan punya scan.
Doktor: Nadhirah, meh tengok ni. Patient ni ada batu karang kat dalam hempedu.
Saya: Eh..berapa besar doktor?
Doktor: Dalam 3cm
Saya: Doktor, batu karang boleh ada dalam hempedu ke? Saya ingat dalam buah pinggang je.
Doktor: Hahaha..boleh la.

Situasi 5
sumber: google
Dalam bilik stress test.
Saya: Doktor, saya tak pandai cek BP (known as blood pressure atau tekanan darah) guna manual one ni ye (sphygmomanometer macam gambar kat atas).
Doktor: La, yeke? Saya pun kurang pandai ni. Susah nak baca bila patient tengah berlari.
Saya dan doktor: Hahahaha.. (Kami gelak je sebab bukan saya seorang yang tak pandai)

Cukup lah dengan 5 situasi ini. Kesimpulannya, bila kita jujur, kadang-kadang menampakkan kecomelan kita sendiri. Tak perlu mekap atau dress up dengan baju comel untuk nampak comel. Bila kita tak tahu kemudian bertanya, kita tak akan nampak seperti orang bodoh tapi nampak comel. hek.

xoxo

Selasa, 14 Jun 2011

Aku permata - Salmah mentor 5

Salam pembuka bicara..

Nak share mengenai lagu Aku permata setelah rasa nak muntah dengar lagu Hazama - Cinta Teragung di mainkan berulang-ulang di radio ERA semalam. Saya lagi suka Salmah mentor lebih daripada Hazama. Memang tak minat langsung pun dengan peserta AF9.

sumber: google

Lagu : Aku Permata
Penyanyi : Salmah Mentor 5
Komposer : Taja Meet Uncle Hussain

sumber: google

Betapa jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau kutempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menentang arus yang deras
Demi hari esok ku relakan…

korus

Haaa.. haaaa…

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang ku dambakan
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar

Agar permataku terus bersinar

Suka lagu ni. Lagu bersumberkan sini

xoxo

Isnin, 13 Jun 2011

Cinta teragung - Hazama AF9

Salam pembuka bicara..

Tahniah buat Hazama AF9 yang menjadi juara Akademi Fantasia buat kali terakhir. Semoga Hazama tetap sukses.
sumber: google

Hanya nak kongsi lirik lagu Cinta Teragung nyanyian Hazama AF9.

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

Nak download? Tekan sini.
Tapi penangan Hazama tak sama macam penangan Salmah.

p/s: Tahniah juga buat pasukan Terengganu yang menang Piala FA.

xoxo

GA PERTAMA PUTERI KATEK

Salam pembuka bicara..

Agak lama saya tak join giveaway. Hari ini, saya nak join satu giveaway daripada Puteri Katek. Jom ramai-ramai join GA ni.


3 tajuk entri terbaik dalam blog ini (pada saya):

Jom la baca entri tu.

“ LIFE IS TOO SHORT TO BE UNHAPPY!!”
xoxo

Jumaat, 10 Jun 2011

Engineer diperlukan (updated)

Salam pembuka bicara..

Hari ini, saya nak buat iklan kerja kosong. Sebenarnya, tempat kerja Z tersangat perlukan beberapa orang engineer sebab ada perkembangan projek.
 
sumber: google

Terdapat nama jawatan kosong tersebut adalah
- Production engineer
- Production process engineer

Nama company:
GX Corporation. Kilang terletak di Klang. Berdekatan dengan Klang Sentral. Terdapat 2 kilang GX Corporation disitu. Company mengeluarkan glove (sarung tangan) jenis nitrile untuk industri. *seingat saya lah*

Requirement:
- Mempunyai ijazah dalam Chemical Engineering terutamanya. *Kalau dari industrial engineering, mechanical eng., mechatronic eng. dan lain-lain pun boleh cuba mohon.*
- Berkebolehan berkomunikasi dalam bahasa melayu dan inggeris
- Bekerja harus lah di bahagian pengeluaran.
- Fresh graduate pun boleh memohon
- Terdapat dalam 5-6 kekosongan

Bidang tugas, saya tak pasti. Kena tanyakan pada Z saya sendiri. Beliau lebih arif kerana ini company beliau bekerja. Kalau kamu berminat atau ada kenalan kamu yang memerlukan pekerjaan, sila inform mereka dan hantar kan resume kamu ke emel Z iaitu zulhafiz@gxcorp.com.my. Sebarang pertanyaan, boleh ditanya pada emel itu juga. *Tak pasal-pasal kamu tahu nama Z. adoyai*

Selamat mencuba dan bekerjaya!

UPDATED!
Hari ini (10 Jun 2011), Z mesej saya minta saya sebarkan mengenai satu lagi kekosongan iaitu

Maintenance engineer

Kelayakan:
- Haruslah graduat dalam mechanical engineering.
- Haruslah lelaki.

Antara deskripsi tugas adalah dalam melakukan paperwork dan documentation.

Permohonan (resume) hantar ke emel ini: zulhafiz@gxcorp.com.my. Perlukan lagi 2 orang engineer.

xoxo

Khamis, 9 Jun 2011

Jom kahwin!

Salam pembuka bicara..

Apa lah~ Dah petang baru nak update.

Minggu lepas banyak sangat jemputan sampaikan ada jemputan yang tersilap tengok tarikh. dush. Terutamanya hari ahad. Memang banyak tempat yang harus dipenuhi. Sampaikan saya terpaksa minta kawan yang berikan hadiah kepada pengantin. Ya, saya tahu memenuhi jemputan adalah wajib.

Nak tahu ucapan yang terbaik untuk pengantin? [klik sini]

Antara jemputan yang sempat saya print screen adalah:

Sabtu, 4 Jun 2011
Ini adalah jemputan di Serdang. Mohon maaf kepada pengantin kerana saya tak dapat hadir majlis beliau. Saya perlu memenuhi jemputan di Pahang pada hari sabtu itu. Ingat kan nak pergi ke rumah beliau pada hari jumaat (waktu malam) tapi sebab beliau tak balas mesej, saya tak jadi lah pergi. Takut juga menganggu beliau. Akhirnya, jumaat malam itu saya menonton X-men First Class di The Mines.

Satu lagi jemputan adalah di Pahang dimana jemputan yang saya penuhi. Tiada gambar dalam simpanan saya.

Ahad, 5 Jun 2011
Sangat banyak jemputan.
Ini jemputan daripada kawan Z di Jengka. Jadi, saya pun terjebak sama dalam jemputan ini. Tapi kami tak tunjuk muka pun. Z hanya kirimkan hadiahnya kepada salah seorang kawan dia yang akan pergi ke majlis ini.

Ini pula jemputan daripada pasangan doktor di Puchong. Kedua-duanya adalah doktor. Pengantin perempuan adalah sahabat baik saya di sekolah rendah. Sekolah menengah, kami berdua sama-sama masuk asrama yang berlainan. Tapi semasa di matrikulasi, kami berjumpa kembali malah satu lecture hall (kira belajar sama-sama jugalah).

Ini pula jemputan dari rakan sekolah rendah juga. Masih di Puchong. Jiran rumah ayah saya di Puchong. Majlis bertemakan biru dan pink. Sangat unik gabungan warna ini.

Ini pula jemputan yang saya salah tarikh. Sila lempang saya. Saya ingatkan 5 Jun adalah majlis di pihak perempuan rupanya lelaki. Rakan saya adalah pengantin lelaki. Saya sudah inform rakan saya bahawa yang saya akan datang ke majlis pihak perempuan kerana majlis lelaki di Penang. Sangat jauh untuk saya pergi. Majlis di Batang Berjuntai lagi mudah untuk saya pergi tapi sayang, majlis perempuan rupanya pada 29 Mei 2011. Nasib sebelum pergi saya sudah perasan kalau tidak, buat malu je.

Seingat saya, minggu ini tak ada jemputan kahwin daripada rakan-rakan saya. Tapi minggu depan dan minggu seterusnya pak su saya kahwin.

Barakallah untuk semua pengantin dan bakal pengantin.

xoxo

Rabu, 8 Jun 2011

Wordless wednesday

Salam pembuka bicara..

Hari ini hari tanpa kata-kata. Mood blogwalking sangat tinggi. Siapa nak saya datang melawat ke blog kamu, sila tinggalkan url blog kamu untuk saya terjah!

sumber: google

Sebenarnya ada cerita untuk di update tapi gambarnya saya perlu edit dulu sebab saiz gambar terlalu besar. Jadi harap bersabar. Gambar di atas ehsan dari google.

xoxo

Selasa, 7 Jun 2011

konvoi mini cooper

Salam pembuka bicara..

Hari ini mood lebih kepada untuk blogwalking. Tapi saya nampak ini.. dan saya kata "eh, macam mana boleh sesat ni"


Ada sesiapa tak yang suka berkonvoi tak kiralah konvoi alza ke mini cooper ke skuter ke? Apa yang best ea bila berkonvoi ni? Walaupun, saya pernah berkonvoi berbasikal ke Sungai Besar, yang saya rasa hanyalah penat. [klik sini]

xoxo