Jumaat, 20 Mei 2011

Berbasikal ke Restoran Selera Rimba

Salam pembuka bicara..

Saya kongsi satu aktiviti sihat yang boleh dilakukan beramai-ramai dan yang pasti menyeronokkan. Aktivitinya adalah...


Ahad lepas, saya ikut ayah saya berkonvoi basikal dari masjid berhampiran rumah saya di Kuala Kubu Bharu ke Selera Rimba, Sungai Besar. Tapi saya tak naik basikal lah, saya cuma naik kereta kesayangan saya sahaja, cik beba itu.


Tapi kalau kena dengan peserta aktiviti berkonvoi ini sangat seronok. Perjalanan hanyalah 33km. Kebetulan, Restoran Selera Rimba ini berada di tengah-tengah perjalanan dari rumah saya ke pekan Sungai Besar, Selangor. Itu pun ada yang ajak berbasikal dari Restoran Selera Rimba ini ke Teluk Intan kemudian keluar di Bidor, Perak dan patah balik ke rumah saya.


Kebanyakan yang sertai konvoi ini adalah lelaki dan hanya dalam 3-4 orang sahaja peserta perempuan. Dari pelajar sekolah menengah sehinggalah orang yang bergelar atuk (untuk saya lah). Atuk ini gigi dia tinggal beberapa batang sahaja tapi masih gigih mengayuh basikal. Saya sangat kagum dengan beliau. Ahli agama yang terdiri daripada ustaz pun join juga tahu.


Sepanjang perjalanan, ada 2 kali berhenti untuk kumpulkan semua bikers. Dan yang paling menarik, Restoran Selera Rimba di Sungai Besar ini terkenal dengan makanan eksotik (betul ke eja ni) menurut kawan saya yang memang berasal dari Sungai Besar. Beliau sendiri tak pernah makan di sini. Tapi lauk masa makan di sini adalah rendang landak, ayam goreng, ikan patin masak lemak dan ulam-ulaman. Sebelum ini, saya memang pernah rasa daging landak sebab ayah saya ada beli untuk jamu tetamu masa raya haji.

Tadi saya cuba google restoran ini, mana tahu ada website ke blog ke apa tapi yang saya jumpa adalah ini.


Maknanya, sudah ramai rupanya yang dah makan kat tempat ini. Tapi masa saya balik dari restoran ini, konvoi perodua alza pula yang sampai untuk makan. Luckily, restoran ini ada facebook. Klik sini. Selera rimba. Kalau ada antara kamu yang teringin nak makan di sini, boleh la tanya mereka. Suasana di sini pun best je.

Ok, pen off. Ada hal lain. hu

xoxo

0 komen: