Khamis, 9 Jun 2011

Jom kahwin!

Salam pembuka bicara..

Apa lah~ Dah petang baru nak update.

Minggu lepas banyak sangat jemputan sampaikan ada jemputan yang tersilap tengok tarikh. dush. Terutamanya hari ahad. Memang banyak tempat yang harus dipenuhi. Sampaikan saya terpaksa minta kawan yang berikan hadiah kepada pengantin. Ya, saya tahu memenuhi jemputan adalah wajib.

Nak tahu ucapan yang terbaik untuk pengantin? [klik sini]

Antara jemputan yang sempat saya print screen adalah:

Sabtu, 4 Jun 2011
Ini adalah jemputan di Serdang. Mohon maaf kepada pengantin kerana saya tak dapat hadir majlis beliau. Saya perlu memenuhi jemputan di Pahang pada hari sabtu itu. Ingat kan nak pergi ke rumah beliau pada hari jumaat (waktu malam) tapi sebab beliau tak balas mesej, saya tak jadi lah pergi. Takut juga menganggu beliau. Akhirnya, jumaat malam itu saya menonton X-men First Class di The Mines.

Satu lagi jemputan adalah di Pahang dimana jemputan yang saya penuhi. Tiada gambar dalam simpanan saya.

Ahad, 5 Jun 2011
Sangat banyak jemputan.
Ini jemputan daripada kawan Z di Jengka. Jadi, saya pun terjebak sama dalam jemputan ini. Tapi kami tak tunjuk muka pun. Z hanya kirimkan hadiahnya kepada salah seorang kawan dia yang akan pergi ke majlis ini.

Ini pula jemputan daripada pasangan doktor di Puchong. Kedua-duanya adalah doktor. Pengantin perempuan adalah sahabat baik saya di sekolah rendah. Sekolah menengah, kami berdua sama-sama masuk asrama yang berlainan. Tapi semasa di matrikulasi, kami berjumpa kembali malah satu lecture hall (kira belajar sama-sama jugalah).

Ini pula jemputan dari rakan sekolah rendah juga. Masih di Puchong. Jiran rumah ayah saya di Puchong. Majlis bertemakan biru dan pink. Sangat unik gabungan warna ini.

Ini pula jemputan yang saya salah tarikh. Sila lempang saya. Saya ingatkan 5 Jun adalah majlis di pihak perempuan rupanya lelaki. Rakan saya adalah pengantin lelaki. Saya sudah inform rakan saya bahawa yang saya akan datang ke majlis pihak perempuan kerana majlis lelaki di Penang. Sangat jauh untuk saya pergi. Majlis di Batang Berjuntai lagi mudah untuk saya pergi tapi sayang, majlis perempuan rupanya pada 29 Mei 2011. Nasib sebelum pergi saya sudah perasan kalau tidak, buat malu je.

Seingat saya, minggu ini tak ada jemputan kahwin daripada rakan-rakan saya. Tapi minggu depan dan minggu seterusnya pak su saya kahwin.

Barakallah untuk semua pengantin dan bakal pengantin.

xoxo

0 komen: