Rasa macam kurang sihat hari ini. Macam biasa, kat tempat kerja ramai sangat patient sampai tak sempat nak duduk, tak sempat nak minum apatah lagi tak sempat nak rehatkan otak kejap.
Bila tekak dah semakin perit, asyik terbayang dapat minum minuman sejuk. Tak pasal-pasal sekarang, tonsil saya dah mula membengkak. Terasa besarnya bengkak ini. Boleh tak nak minta MC lama-lama sikit. hek.
Dulu masa sekolah, tonsil saya selalu bengkak. Tapi dalam tak suka demam malam, saya suka sebab dapat cuti lama-lama. Dalam pada tak suka kena makan banyak ubat (ubat tahan bengkak la, antibiotik yang ada 2 jenis, ubat sakit tekak lah, ubat kumur lah, macam-macam ubat ea), saya suka sebab dapat makan aiskrim. Antibiotik kena makan 2 jenis sebab antibiotik sebelum tu saya tak habiskan. Sadis bukan?
Oleh itu, kalau kamu di prescibe dengan antibiotik pastikan kamu habiskan antibiotik itu walaupun kamu rasa kamu sudah sihat walafiat ok!
sumber: google
Z pula demam, selesema dan batuk-batuk makin teruk. Sebenarnya, hari ini Z ada test dan interview di salah satu company worldwide. Company yang berasal dari India. Kalau dah nama company worldwide, basic salary dorang nak bagi memang 2 kali ganda dari gaji saya. Best ok dapat job yang offer high salary.
sumber: google
Cuba bayangkan, dalam pada tak sihat beliau sanggup pergi interview dan test tu. Kalau saya, saya nak tidur kat rumah sahaja. Tapi Z insist nak pergi, lagipun beban kat tempat kerja dia makin banyak semenjak eksekutif dia berhenti. Jadi, dia kenalah buat semua kerja eksekutif dia dan kerja dia sendiri. Lepas itu, asyik meeting je. Otak dia pun sudah tepu dengan meeting, meeting, meeting. Kalau sudah meeting, kerja sendiri yang banyak pun jadi terbengkalai. Jawab nya, bebanan kerja pun semakin meningkat. Kasihan encik kekasih.
Tapi disebabkan keadaan Z yang kurang sihat, dia tak lepas penilaian company ni. Kasihan sangat. Kasihan juga kat saya sebab baru berangan dapat demand dan minta macam-macam.
xoxo
0 komen:
Catat Ulasan