Sabtu, 18 Jun 2011

Rukun nikah

Salam pembuka bicara..


Memandangkan pak su saya akan bernikah hari ini. Maka, saya nak kongsi beberapa perkara yang wajib kita tahu. Rukun nikah wajib tahu ye, kalau tok kadi tanya tak kan nak sengih ye.


 sumber: google

Rukun nikah dibahagikan kepada 5 iaitu:


Pengantin lelaki 
Pengantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya   
Pengantin perempuan 
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu 
Akad (Ijab & Qabul)
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu 
Wali 
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik. 
Dua orang saksi 
Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.
Itu sahaja. 

xoxo

2 komen:

Tanpa Nama berkata...

wah3..siap ada rukun nikah lagi ni...xlma lg kot:)

dhiera zainudin berkata...

hekhek..
doa doa kan ye..