Isnin, 6 Jun 2011

Review: X-men First Class

Salam pembuka bicara..

Beberapa hari ini mood untuk menulis di blog amat kurang sekali walaupun banyak perkara saya ingin kongsi.

Jumaat hari itu saya tengok cerita X-men First Class. Pawagam memang penuh lah sampai kan saya terpaksa membeli tiket wayang pukul 11.00 malam. Itu pun dapat seat baris ketiga dari depan. Nasib tak teleng kepala dibuatnya.

Pelakon filem ini:
Jame McAvoy
Michael Fassbender
Rose Byrne
January Jones

Sedikit sinopsis
Bermula pada tahun 1944 di Poland, Erik Lensher dapat bengkok kan pagar kerana marah apabila berpisah dengan ibu bapanya. Jadi Erik dipanggil oleh Dr. Schmidt ke pejabatnya dan Dr. Schmidt minta Erik alihkan duit syiling dari meja dan ugut akan membunuh ibunya jika dia
gagal.

Dalam masa yang sama, di New York, Charles Xavier (telepati muda) berjumpa dengan Raven (shape-shifter). Oleh kerana, gembira berjumpa dengan seseorang yang mutan sama seperti dia, Charles Xavier mengajak Raven tinggal bersama dengannya.

Pada 1962, Erik masih berdendam dengan Shaw dan mencari Shaw untuk membunuhnya. Dalam pada itu, Xavier baru sahaja bergraduat dari Oxford University dengan tesis mengenai mutasi. Agen CIA, Moira MacTaggert mengintip Kolonel Hendry ke sebuah kelab dan berjumpa dengan Shaw, Emma Frost dan Azazel. Shaw mengugut Kolonel Hendry dan kemudian Kolonel Hendry hilang bersama Azazel.

Cukup lah tu. Tak boleh cerita panjang lagi dah. hek

Pendapat saya
Saya memang pengikut tegar X-men. Pada saya, filem kali ini menceritakan permulaan dimana Charles Xavier berjumpa dan bersahabat baik dengan Magneto (Erik Lensher). Tapi disebabkan matlamat mereka yang berbeza, mereka sudah tidak sehaluan. Dalam filem kali ini juga menceritakan bagaimana Professor X boleh menjadi seorang yang lumpuh. Memang sangat berbaloi menonton cerita ini.


xoxo

0 komen: