Khamis, 16 Jun 2011

Tony blair islam?

Salam pembuka bicara..

Sekadar renungan kita bersama. Macam mana orang yang bukan islam boleh membaca al-quran setiap hari sedangkan kita yang beragama islam ni paling kuat pun seminggu 2-3 kali atau mungkin ada yang jarang-jarang sekali.

Bekas PM Britain baca Al-Quran setiap hari

LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.
sumber: google

Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.

Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini."
"Saya membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna," ujarnya.

Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.

Blair sebelum ini memuji agama Islam sebagai indah dan menyatakan Nabi Muhammad SAW penggerak yang kuat dalam membentuk masyarakat bertamadun.

sumber: google

Adik ipar pemimpin tersebut, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu. - Agensi

sumber berita: Kosmo

Renugkan lah bersama.

xoxo

2 komen:

Wanita Bertudung Hijau berkata...

ustaz kata org kafir selalu baca dan hafal al quran.

dan bacan mereka jauh lebih baik dan sempurna drpd kita org melayu yg baka Islam

knp diaorg baca dan hafal

krn mereka cuba mencari kelemahan org Islam

krn mereka cuba nak memutar belitkan fakta yg ada dlm quran

cth seperti mereka kata nabi muhammmad bunuh salah seorg bapa mentuanya (org yahudi)

walhal bapa mentuanya mati di medan perang,

ni salah satu cth supaya mereka dpt menjatuhkan Islam

p/s: marilah kita baca al quran, paper hari2 boleh bacakan

tp al quran bila baca dpt pahala
so hari2lah baca

1 huruf 10 pahala

esk kat kubur al quran akan dtg tuntut kita knp kita tak bacanya

tahu tak satu lagi perkara

mukjizat teragung adalah al quran, yg kekal spjg zaman

mukjizat ni boleh guna oleh siapa2 sahaja dalam dunia ni samada utk niat baik dan jahat

mukjizat lain mcm tongkat nabi musa, nabi musa je yg bila guna ianya berkesan

sy sekadar menyampaikan

yg pntg jgn lupa baca al quran hari2

sarah mohamad berkata...

alhamdulillah kalau tony blair memeluk islam.