Hari yang sangat busy. Tak menang tangan sebab kekurangan staf lagi hari ini.
Tajuk macam tak boleh blah.
Tadi rasa nak kembang semangkuk sebab ada doktor puji saya pandai ambil darah. wee.. Sebenarnya dah biasa kena puji sebab ambil darah orang, pesakit rasa tak sakit tapi hari ini buat pertama kalinya ambil darah dari doktor (yang mana ramai tahu pandai ambil darah). Tapi kan doktor yang saya ambilkan darah ni, dia kurang pandai draw blood sebab dah kurang jelas penglihatan. Almaklumlah, doktor ni sudah berumur. Lagipun, memang tak nampak pun salur darah dia walaupun doktor tu putih sebab dia cina. Tapi kita masih boleh rasa kat mana vein dia.
Nak tahu tempat mana yang tak sakit darah. Meh saya ajar ye.
1. Kamu ni mesti bukan seorang yang mengelabah atau takut bila nampak jarum.
Sebab kalau kamu ada pemikiran ambil darah tu sakit, yang kamu rasa adalah sakit.
2. Ambil darah di bahagian lengan lagi kurang sakit dari ambil darah di belakang tapak tangan.
Bagi kes ini, bergantung juga pada individu. Biasanya, kalau seseorang yang mempunyai bentuk badan besar memang susah nak nampak dan rasa salur darah di bahagian lengan. Alternatifnya, adalah ambil darah di belakang tapak tangan. Tapi memang sakit.
3. Salur darah yang tengah lagi kurang sakit dari tepi.
Di lengan kita, kebiasaanya ada 3 salur darah yang besar. Salur darah di bahagian nombor 1 adalah paling kurang sakit. Bahagian 2 dan 3 agak sakit bergantung pada individu.
4. Ada kes dimana jarum memang masuk di salur darah tapi darah masih tak keluar.
- Kebiasaannya sebab kamu terlalu takut atau nervous. Saya selalu cakap, 'jangan takut nanti darah takut nak keluar, kena cucuk banyak kali". hek. Tapi memang betul pun.
- Ada juga kes bukan disebabkan takut tapi secara teorinya, memang saya tak tahu kenapa darah itu tak nak keluar. Biasanya, kami di sini akan berikan pesakit minum air suam-suam panas.
- Ada juga sebab kolesterol yang tinggi. Darah itu jadi macam berlendir. Kalau keluarkan jarum, darah tu macam hingus yang melekat dan dapat ditarik.
5. Kedudukan jarum.
Sila bayangkan, gambar 1 menggunakan jarum yang attach pada syringe bukan menggunakan tiub (butterfly neddle). Sebenarnya, kedudukan jarum yang menegak seperti gambar 2 itu lebih sakit berbanding kedudukan jarum yang condong (gambar 1). Jarum yang condong biasanya tangan orang yang mengambil darah itu kena pada kulit kita. Ini kata senior saya lah.
6. Daya tahan kesakitan setiap orang adalah berbeza.
Ada orang tak boleh tahan sakit walaupun sedikit (manja sangat ini). Silalah percaya, ada orang pergi scalding gigi pun rasa sakit walaupun sebenarnya, saya rasa tak sakit.
7. Teknik orang yang ambil darah.
Biasanya, orang yang memang betul-betul berpengalaman, tiada masalah untuk mengambil darah tapi ada sesetengah kes seperti nombor 1 dan 4 memang susah untuk dielakkan.
xoxo
20 komen:
ada yang sampai pengsan sebab takut darah...http://mykampong-hasdin.blogspot.com/2011/06/handmade-motorcycles.html
memang ada pun~ kena bagi dorang baring dan minum air..
tringat kesah rabu lepas mase derme darah..ade gurl tue smp tjerit time nurse 2 cocok..
nurse kate,klu amek darah dkt tepi cepat kecot gelmbongnye..
@ azryNaiN: kalau nurse tu guna saiz jarum yg betul dan cucuk kat vein tanpa pecahkan salur darah, memang tak akan jadi gelembung. Kalau nampak macam gelembung tu, kena tuam cepat2~
saya tak berani nk ambil darah sebab pernah pitam...he...he
ps.. tuan blog boleh tunjukan tutorial nak buat resent post gambar bergerak diatas.tq
@SuhaimiKassim@teruna9752 : owh, pernah pitam ea?!takut sgt la 2..
grr..saya bukan tak nak tolg tp sy xtaw la..template ni memang skali dgn slide tu..
saya takut gila dengan jarum. dulu jat sekolah rasa mcm nak menangis tunggu turn nak kena inject tu. bila da kena, tak sakit pon sbnrnye. tapi kalau ambil darah, sumpah takut gila. pernah sekali kena. tak ingat rasa dia. tapi memang taknak lagi lah. tengok gamba pon mcm da boleh rasa sakit dia.
@ .izzati liyana.: normal kalau semua orang ada perasan macam tu. nanti kalau nak pregnant, lagi selalu ambil darah taw...
serious ah? taknak pregnant boleh? urgh!
eh, macam tu plak~ kalau takut, pegang la tangan hubby kuat2... pernah sorang patient ni, hubby dia siap peluk lagi sebab nak bagi wife dia relax sikit~
nak tanya.. camana patient perlu buat nak bagi senang bile darah diambil..ada special excercise utk tangan x? yang boleh bagi urat2 yang menyorok tu senang dirasa... pengalaman saya, nurse kata urat saya "nyorok kat dalam".. hehe
@Tanpa Nama
saya cadangkan awak sebelum ambil darah:-
1. tepuk-tepuk lengan yang akan dicucuk
2. gerakan tangan dengan melipat dan buka tangan
kedua-dua cara ini biasanya membantu untuk tunjukan salur darah.
tapi bukan semua kes akan berjaya jika anda berbadan besar
macam sama dengan kes saya jer.. Takut sangat nak ambil darah . sebab nya Fobia drp pengalaman lepas ...
next week ada appointment utk ambil darah bagi tujuan Haji. Hati dh berdebar debar dan tak lelap tidur..
Ada orang nasihatkan saya banyakkan selawat ...
Insyallah dengan Info yg berguna ini saya akan "korbankan " sikit perasaan "ngeri" itu demi menjadi tetamu Allah pd tahun ini...
doakan saya berjaya melalui "Uian" ini...
Ya Allah permudahkan lah...Ameen..
Al zarafee.
Errmmm..baru lepas ambil darah..huhu..6 kali cucuk ..darah tak keluar..mmg nak nangis rasa..last cucuk dekat salur darah bahagian tengah..alhamdulillah keluar n xrasa sakit mcm penerangan di ats..
Errmmm..baru lepas ambil darah..huhu..6 kali cucuk ..darah tak keluar..mmg nak nangis rasa..last cucuk dekat salur darah bahagian tengah..alhamdulillah keluar n xrasa sakit mcm penerangan di ats..
Mohon izin share dlm fb ya..tq
Tkt nak amik darah.. Tlg!!
Kalau saya hari itu ada darah lepas tu tengah bengkak sebab apa
Sebenarnya sakit ke atau tak ambil darah ni😂
Dari sekolah menengah sampai sekarang, memang susah darah keluar. Sampai ke senior nurse yang kena ambikkan darah. Doktor ambik darah saya pun akan 2-3 kali percubaan... Esok nak kena ambik darah dan minum air gula, harap x kena cocok banyak kali.
Catat Ulasan