Isnin, 16 Mei 2011

Segalanya tentang cikgu

Salam pembuka bicara..

sumber: google

Selamat hari guru buat semua guru-guru. Maafkan kalau anak didik ini banyak melakukan kesilapan atau mengecewakan kalian. Terima kasih sebab selalu melayan kerenah anak didik ini yang selalu tanya banyak soalan, yang ganggu masa rehat, yang ganggu masa balik rumah, yang ganggu masa istirehat di rumah. Terima kasih sebab luangkan masa untuk saya walaupun ketika waktu cuti. Terima kasih sebab melayan kerenah saya yang tak puas hati kalau jawapan saya salah. Terima kasih juga sebab rotan saya sebab saya ponteng sekolah, ponteng solat subuh di surau, ponteng kelas prep juga dan tak dapat jawab soalan sejarah.

Sekolah pertama saya haruslah sekolah tadika,
Tadika Intan Jaya di Seksyen 19 Shah Alam.
Saya mula bersekolah pada umur 4 tahun sebab tengok kawan-kawan saya pergi sekolah. Suka sekolah situ sebab cikgu pandai main piano.

Sekolah kedua di Tadika Kemas Felda Gedangsa.
Kali ini bersekolah di kampung sebab masa ini kami sekeluarga berpindah ke Puchong Perdana. Waktu ini berumur 5 tahun setengah. Kenangan yang dapat ingat, ada seorang budak lelaki suka bagi perhatian kat saya. hu. Tapi dah ingat siapa nama dia. he. Kenangan lain, doktor gigi datang ajar cara gosok gigi. Pergi balik sekolah arwah atuk tersayang datang ambil dan hantar. Waktu ini tinggal dengan nenek dan atuk la.

Sekolah ketiga di Tadika Kemas Puchong Batu 14.

Hasil google

Berumur 6 tahun. Sekolah pagi. Pagi-pagi banyak anjing. Kena lalu taman permainan baru sampai pintu sekolah. Seingat saya, ada dua orang kawan kena gigit dengan anjing liar itu.

Sekolah keempat di Sekolah Kebangsaan Puchong Batu 14.

hasil google

Nama cikgu yang paling saya tak boleh lupa ialah Zhaliah bt Abd Aziz. Kat mana cikgu ini sekarang saya tak tahu. Saya ingat cikgu ini sebab saya anak murid kesayangan. wee. Cikgu suka sikat rambut saya waktu ini. Tapi belajar sampai darjah 3 saja sebab ada sekolah baru yang lagi dekat dengan rumah. Batch saya baru ada ujian PTS. Tak ingat lah nama penuh PTS. Penilaian Tahap Satu kot. Yang budak tahun 3 lompat kelas masuk tahun 5. Sekarang dah ada ujian ini dah.

Sekolah kelima di Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana (SKPP).
Alamak tiba-tiba lupa nama cikgu. dem. Cikgu Matematik merangkap cikgu Kajian Tempatan, Cikgu Salmah kalau tak silap. Cikgu ini memang best. Sebab selalu kena puji, memang lah best. Cikgu ini juga suka bagi homework banyak-banyak. Sehari ada dekat 200 soalan cikgu bagi. Kadang-kadang lebih. Sorry sangat-sangat cikgu sebab kerja sekolah cikgu bagi banyak sangat, soalan matematik yang tak perlu tunjuk cara kerja, saya kira pakai kalkulator ayah saya je. Kalau tak sempat, ayah dengan mak saya yang tolong buat. Sampai sekolah, saya bagi kawan-kawan pinjam buku saya pula. Cikgu ini tinggal sebelah rumah saya je. hek. Tak tahu buat, saya pergi rumah cikgu aje lah. Terima kasih cikgu. Kalau bukan homework yang banyak sangat itu mesti saya tak jadi macam sekarang, tak masuk asrama, tak masuk universiti dan tak jadi nutritionist. Terima kasih juga sebab cikgu pujuk saya masa result UPSR keluar. Frust sebab tak dapat 5A. Cikgu sains pun sama. Tinggal kat sebelah rumah juga tapi cikgu lelaki bujang. Kena ajar luar rumah aje lah. Rindu sangat nak kembali masa zaman sekolah rendah.

Sekolah keenam di SMK Tengku Ampuan Rahimah (STAR) Klang.
sumber: google

Masa ini tinggal kat asrama juga. Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK). Kalau kat sekolah, saya jadi pengawas. Tapi masa form 2, saya ada juga buat jahat. Cikgu Afifah tak suka bau minyak cap kapak. Sebab nak balas dendam kena cubit, saya sapu sikit minyak cap kapak kat papan hitam masa cikgu nak masuk mengajar. Masa form 3, ada juga lari dari sekolah sebab cikgu selalu tak masuk kelas atau cikgu mengajar sampai saya tertidur. Kadang-kadang pergi sekolah tak pakai tali kasut. Tudung sekolah saya tak berjahit sebab saya tak suka pakai tudung sekolah yang licin tu. Jadi beli tudung bawal kosong yang tak ada manik, saya jadikan tudung sekolah. Lencana dengan name tag semua cucuk guna jarum peniti. Saya bawa handphone pergi sekolah tapi sorok dalam blazer pengawas.

sumber: google

Kat asrama, pernah kena rotan sebab ponteng sekolah dan buat party dalam dorm. Tak best kena rotan depan junior tapi kenakalan itu yang buat saya ada satu memori indah untuk dikenang. Sorry pengetua sebab selalu lepas balik sekolah hari jumaat, saya terus cabut balik rumah. Masa ini kami sekeluarga sudah pindah dekat Sijangkang.

sumber: google

STAR lah sekolah terakhir saya. Lepas itu, masuk matrik Perak. Tempat belajar paling cantik adalah KMPk. Terima kasih buat semua cikgu.

p/s: Ada tak antara kalian yang satu sekolah dengan saya?

xoxo

0 komen: