Rabu, 15 Jun 2011

5 cara nak nampak sentiasa comel

Salam pembuka bicara..

Korang pernah berjumpa dengan orang yang berperangai sehingga membuatkan korang terasa, comel ye dia. Bukan paras rupa tapi sikap dia. Saya teringat satu kisah jumaat lepas.

sumber: google
Mia sara nasuha memang comel

Setiap hari jumaat, akan ada seorang doktor yang akan on duty kat tempat saya ni. Disebabkan doktor yang selalu datang tu ada hal-hal tertentu, maka digantikan dengan seorang doktor yang lain. Tapi doktor ni sangat comel.

Situasi 1
sumber: google
Doktor telefon line meja saya.
Doktor: Nadhirah, minta sape-sape "safron" (bunyi dia macam ni lah lebih kurang) saya sekejap.
Saya: ...... Kejap ea doktor.

Dalam pada itu, saya tanya collegue saya.
Saya: kak, safron tu apa? Ubat?
Collegue: Eh, tak tahu. Apa?

On the phone balik.
Saya: Doktor, "safron" tu ape?
Doktor: Hahaha.. "Safron" tu macam ada doktor lelaki dia nak cek pesakit perempuan tapi tak kan dia berdua je, kena ada orang ikut lah.
Saya: Oooo..asisst ke? Jap ea doktor.
Doktor: Kamu guna asisst ke? hahahaha

Situasi 2
sumber: google

Transfer line lagi. Kali ini collegue saya yang angkat
Doktor: Kat mana steteskop ea?

Collegue saya pun masuk doctor's room dan tunjuk dalam laci. Lepas tu, kami gelak-gelak. Tak kan doktor tak cek dalam laci meja.

Situasi 3
sumber: google
Dalam bilik doktor
Doktor: Nadhirah, mana measuring tape ea?
Saya: Alamak..(Dalam hati, aku pun tak bawa) Doktor nak buat apa dengan measuring tape?
Doktor: Saya nak ukur dada patient tu.
Saya: Tak ada la doktor. Saya minta collegue saya beli kejap ea.
Doktor: Nak saya tunggu ke? Tak pe lah, saya cek yang lain dulu.

Tak lama lepas tu.
Doktor: Eh, ada pembaris. Saya ukur guna pembaris aje la.
Saya: Well, up to you doktor.

Situasi 4
sumber: google
Transfer line
Doktor: Masuk bilik saya kejap, asisst saya nak buat ultrasound.
Saya: Ok

Dalam bilik doktor
Doktor: Suruh patient tanggal baju dan baring ea.

Lepas itu, doktor pun buat ultrasound. Scan punya scan.
Doktor: Nadhirah, meh tengok ni. Patient ni ada batu karang kat dalam hempedu.
Saya: Eh..berapa besar doktor?
Doktor: Dalam 3cm
Saya: Doktor, batu karang boleh ada dalam hempedu ke? Saya ingat dalam buah pinggang je.
Doktor: Hahaha..boleh la.

Situasi 5
sumber: google
Dalam bilik stress test.
Saya: Doktor, saya tak pandai cek BP (known as blood pressure atau tekanan darah) guna manual one ni ye (sphygmomanometer macam gambar kat atas).
Doktor: La, yeke? Saya pun kurang pandai ni. Susah nak baca bila patient tengah berlari.
Saya dan doktor: Hahahaha.. (Kami gelak je sebab bukan saya seorang yang tak pandai)

Cukup lah dengan 5 situasi ini. Kesimpulannya, bila kita jujur, kadang-kadang menampakkan kecomelan kita sendiri. Tak perlu mekap atau dress up dengan baju comel untuk nampak comel. Bila kita tak tahu kemudian bertanya, kita tak akan nampak seperti orang bodoh tapi nampak comel. hek.

xoxo

10 komen:

FidDa berkata...

nice entry!! kecomelan akn wujud sndri dengan adanye kjujurn dan x perlu dress @ make up kn :)

dhiera zainudin berkata...

ye. betul~ tak perlu tu semua sebab itu hanya luaran je. yang penting dalaman kite!

Unknown berkata...

bestnya motif cerita ni~heee

dhiera zainudin berkata...

apa motif yg husna dapat? hekhek. eh, ada panggilan interview yg hari tu. akak pun tak tahu dah panggil ke belum?

Maya Mayana berkata...

cantik peribadi orang semua akan sayang...campak mana2 senang je dpt kawan...btw tg leman in between k.tinggi n mersing kat Felda tenggaroh..selalu buat karnival gp joran di sini :)

dhiera zainudin berkata...

betul tu~ antara mersing - kota tinggi ea.. tak pernah pergi lagi. boleh la plan bila-bila lain kali.

Izzati Liyana Sabri berkata...

haha. jujur yang akan mewujudkan kecomelan tu. btw, buat ape ukur dada patient? pelik jeh. huk3

dhiera zainudin berkata...

ukur dada patient tu memang normal untuk medical check up terutamanya kalau kamu nak bekerja di oversea ke, insurance medical check up ke~

Izzati Liyana Sabri berkata...

ohh.. tak pernah pulak checkup ukur dade. hoho.

dhiera zainudin berkata...

maybe buat check up biasa aje kot.. tapi ada jugak doktor yang just tick normal tanpa cek dulu~ nak cepat kan..