Sabtu, 31 Disember 2011

Bye bye 2011, Hye hye 2012

Salam pembuka bicara..

Kita sudah boleh ucapkan selamat tinggal tahun 2011. Selamat datang pada tahun 2012. Semoga kedatangan 2012 membawa seribu makna kebahagian dan kejayaan dalam hidup kita semua.

Bila dah hujung tahun ni, dalam fikiran akan terfikir apa pencapaian sepanjang 2011? Apa peristiwa yang sentiasa diingati pada 2011?

Rupanya, tak banyak pencapaian dan peristiwa penting saya pada 2011 berbanding 2010. Dari segi material memang tak banyak perubahan tapi dari segi kehidupan memang ada perubahan.

1. Permulaan tahun saya dapat surat confirmation bekerja. Dekat company saya, nak tunggu confirm ni 6 bulan. Jadi, januari 2011 genap 6 bulan saya bekerja.

2. Kalau dah confirm tu, confirm confirm gaji naik. yeay!

3. Saya ada satu percutian ke Penang bersama rakan-rakan tersayang walaupun masing-masing sudah bekerja.


4. Dapat iftar bersama kawan-kawan tersayang walaupun masing-masing duduk berjauhan. Ada iftar dengan rakan chinese.


5. Ada satu percutian bersama adik-adik saya di Melaka.


6. My bestie, ili, kak lijah mendirikan rumah tangga (ramai lagi yang kahwin sebenarnya)


7. Ramai juga bertukar status menjadi 'tunang' orang. (aja, syud, ude)

8. Ada juga yang dah kahwin kemudian dapat baby (tini, tutie, cukik)


9. Saya sendiri telah bertunang. yeay!! Semoga impian nak berkahwin pada usia 25 tahun menjadi kenyataan.


10. Setelah bertahun tak dapat kad raya dari abang posmen, tahun ni saya dapat!


11. Tunang hadiahkan kamera sebagai duit raya dan lampu pokok kelapa tidur warna hijau dari Bangkok.

12. Pertama kali, konvoi dua kereta dengan family sendiri masa raya lepas. Ayah bawak satu kereta, saya bawak satu lagi kereta. Gara-gara, kami adik-beradik semakin membesar dan mengembang. Satu kereta saga tak muat nak sumbat 7 orang yang bersaiz kembang-kembang.


13. Tahun lepas bagi duit raya pada adik, sepupu dengan saudara-saudara je. Tahun ni bagi duit raya pada tetamu kecil.

14. Blog ini bertukar wajah. Nuffnang bagi banyak rezeki kepada saya.

15. Selepas bertahun tak sambut hari lahir nenek bersama-sama sepupu, pakcik dan makcik. Tahun ni sambut beramai-ramai.


Ok. Tak dapat fikir lagi. Yang masih kekal, kereta tetap saya miliki, insuran tetap saya miliki. PTPTN tetap bayar seperti biasa.

Selamat tahun baru semua. Jangan tanya saya azam baru sebab errr... saya tak pasti azam tu macam mane. hehe. Hari ni hari lahir adik saya yang ke dua. Dia request pandan layer cake.

xoxo

Jumaat, 30 Disember 2011

Benda kecik pun kecoh

Salam pembuka bicara..

Pernah tak korang rasa benda / perkara kecil yang boleh diselesaikan tapi korang nak sentap habis? Tapi korang takut nak bagitahu orang terdekat atau terapat dengan korang sebab takut kena marah? Gaya macam budak kecil.

sumber: google

Kemudian, bila korang bagitahu orang terdekat atau terapat korang, sangkaan korang meleset. Dia tak marah tapi dia bagi solution, siap bagi moral support. Kemudian, korang rasa terharu sebab jangkaan korang meleset. Terharu sangat sampai menangis. (Over gile sampai nanges)

sumber: google

Bila fikir-fikir balik, sebenarnya korang tengah depress. Yang paling tak best, depress sebab PMS. Dush!  (Mengada-gada)

sumber: google

Ok, bai. Jom nanges kerja banyak!

xoxo

Khamis, 29 Disember 2011

Baju kahwin lelaki done discussion!

Salam pembuka bicara..

Lepas pergi kenduri kahwin kawan saya dalam entri selasa ritu, saya terus pergi ke Bangi untuk jumpa designer yang akan buat baju majlis resepsi nanti. Baju kahwin saya tak sewa sebab harga designer ni sama dengan harga sewa baju dekat butik.

Alhamdulillah segala perbincangan berjalan lancar. Bersyukur sangat sebab saya ada menang contest yang designer ni dah anjurkan. Hadiahnya adalah tudung dan veil bernilai RM300. Best kan? Paling bersyukur sebab hasil perbincangan, kami telah bersetuju bahawa baju persalinan untuk lelaki, saya tak perlu beli kain sendiri. Designer ni akan sediakan. Dapat percuma sampin dan tengkolok. Saya cuma beli material buat baju resepsi saya sahaja.

Baju nikah Z pun dah lama settle sebab saya buat hantaran hari tu. Kawan saya kata ada lagi 10 bulan tapi gaya macam lagi 3/ 4 bulan. Eh, bukan lah lagi 8 bulan mungkin. Saya senyum je boleh? Tahu la ko dah kawen kan? Jeles. Semoga urusan ke walimah di permudahkan.

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki. Murahkanlah rezeki kami dan tabahkanlah hati kami. Ya Allah, permudahkanlah urusan pernikahan dan perkahwinan kami.

Nak minta kawan-kawan, tolong vote entri Contest Kisah ‘Cinta kami’ kalau suka dengan entrinya. Klik sini. Jangan lupa tinggalkan link blog masing-masing ok! Terima kasih

xoxo

Rabu, 28 Disember 2011

Saya sudah. Kamu?

Salam pembuka bicara..

Saya dah buat annual medical check-up. Tak ada la annual sangat sebenarnya.

Dah lama sebenarnya tak cek kolesterol, gula semua tu. Kebetulan, company bagi free harus lah buat kan. Keputusan nya semua nya elok-elok belaka. Alhamdulillah. Saya takut kalau good cholesterol saya menurun je sebab sekarang dah kurang exercise. Dekat uni dulu selalu lah pergi exercise. Alhamdulillah, bacaannya 2 kali ganda dari my expectation which is good la.


Lepas tu, saya ada jugak buat ultrasound bahagian upper abdomen dengan pelvis. Alhamdulillah semua clear. Tak ada yang apa-apa masalah. Kalau nak kahwin, bagus juga sebenarnya buat scan bahagian pelvis. Sebab nak kahwin mesti nak ada anak kan? Pelvis ni scan rahim (uterus), ovary, tiub fallopion semua tu. Bahagian reproduktif la. Kalau upper abdomen tu pula scan bahagian hati, buah pinggang, limpa, hempedu semua tu la.

Sekarang ni, banyak lab yang sediakan khidmat saringan kesihatan ni. Malah, masa saya belajar dulu pun kitorang selalu buat event dekat luar macam dekat Rawang dengan Jeli, Kelantan semata-mata nak tingkatkan pengetahuan orang ramai betapa pentingnya saringan kesihatan diri. Orang kata mencegah lebih baik dari merawat. Sekurang-kurangnya kalau dapat detect apa-apa masalah kesihatan dari awal, risiko menjadi lebih teruk tu dapat dikurangkan.

xoxo

Selasa, 27 Disember 2011

Cuti krismas buat blog ke laut

Salam pembuka bicara..

Lama betul mood blogging ke laut. Nak blogwalking pun malas. Bukak blog pun kejap-kejap. Adoyai. Cuti krismas, korang semua ke mana? Saya attend kenduri kahwin member seasrama dulu. Sebenarnya ada 2 undangan majlis. Satu dekat Johor rakan blogger kita, ain. Satu lagi dekat Shah Alam. Kawan asrama.

Yang sempat hanya pergi kenduri kahwin rakan seasrama je. Dia dah minta saya save the date dari awal tahun. Jadi, saya memang ingat krismas dia kahwin. Lagipun, dah bertahun tak jumpa. Dia kerja pun dekat Miri. Wife dia sangat ramah. Bila berbual rasa macam dah lama sangat kenal. Kami (saya dan wife kawan) siap pegang tangan macam tak reti nak lepas. Mungkin itu yang makin buat saya rasa lebih senang mesra dengan wife dia. Sempoi. Saya suka!


Buat Ain,walaupun saya tak sempat nak dapat datang wedding ain. Saya tetap mendoakan kebahagian dan keberkatan keluarga baru yang ain bina. Barakallah ain. Sebelum saya lupa, nanti ain update ok honeymoon dekat grand lexis! Tak payah cerita isi honeymoon tapi cerita keseronokan berada di grand lexis. Tiba-tiba, nak honeymoon dekat grand lexis jugak.


Tak rugi bagi kad kahwin dekat saya sebab saya seorang yang suka kumpul kad kahwin orang. Uniknya kad kahwin ni adalah ada bahagian penghargaan untuk vendor-vendor. Saya belum jumpa kad kahwin yang ada bahagian penghargaan untuk vendor! Menarik! Nanti saya nak letak list vendor majlis saya juga lah. Haha. Padahal, majlis saya semuanya DIY belaka. Dush!

Apa korang buat masa cuti krismas? Ada yang kerja sebab dapat triple payment? Student mesti stress nak final exam kan?

xoxo

Jumaat, 23 Disember 2011

Pasang la lampu tu!

Salam pembuka bicara..

Sebenarnya dah lama nak buat entri tapi asyik lupa je. Selalu sangat nampak perkara macam ni jadi.

Sepanjang minggu ini, perjalanan pagi saya ke tempat kerja dipenuhi kabus. Tapi hari ini, kabus itu sangat tebal. Jarak penglihatan tak sampai 500 meter. Traffic light hijau ke kuning ke merah ke memang tak nampak dari jarak 500 meter. Putih je.

sumber: google

Yang sedih sekali, terdapat juga pengguna jalan raya (terutamanya kereta) yang tak reti nak pasang lampu. Jangan la selfish sangat, bro. Kereta saya tak ada masalah dengan cermin depan. Tapi buat pengguna jalan raya yang lain, yang cermin depan dia macam kabur dan kurang jelas lagi-lagi waktu pagi, kesian kan? Ada orang yang siap pasang emergency signal lagi tapi mereka ni lampu pun tak pasang.

Buat kawan-kawan yang baca entri ni, masa hujan lebat (rintik-rintik tak pe la) atau masa berkabus tebal atau berjerebu, jangan lupa pasang lampu ok! Tak membazir pun pasang lampu tu. Keselamatan pengguna jalan raya bersama

xoxo

Khamis, 22 Disember 2011

Hujung bulan yang melayang

Salam pembuka bicara..

Laptop dah sihat kembali tapi pendrive masih tak dapat di format. Melayang RM35. Baru RM35. Hari ini akan melayang RM500 pula. Nanges!

Malam tadi nak cari warranty card pendrive. Rasanya, ada warranty lagi sebab saya beli masa final year samada 2009 atau 2010. Warranty ada 5 ke 3 tahun tah. Tapi bila fikir balik, pendrive 8gb sekarang baru RM30++. Masa beli dulu, 8gb dekat RM70++. Beli baru saja lah.

Nak tahu kenapa hari ini akan melayang RM500?

Sebab tunang mintak jersi MU original sebagai hantaran kahwin nanti. Dah survey dekat Malaysia, SACC mall je sebenarnya dekat adidas, harga dalam RM200 lebih tapi tak boleh personalized. Lepas tu, kawan kata dia beli untuk tunang dia jersi Arsenal RM199 (masa sale) dekat Nike Alamanda. Dia kata SA Nike kata boleh personalized dekat Sungai Wang harga dalam RM80++ bergantung pada tulisan macam tu (rasanya berapa banyak huruf kot) tapi bukan original.

Last-last, tanya dekat member yang sekarang ni dekat UK. Kan super sale nak krismas dekat UK? Dia kata kat sana tengah sale. Tanya dekat 2 orang.

Sorang suruh refer website ini : http://www.elverys.ie/
Sorang lagi mintak refer sini :  http://tinyurl.com/clckkjw

Walaupun laptop dah siap format tapi software yang selalu edit gambar tak ada lagi.

Yang sorang tu cakap, minggu lepas baru je pergi Old Trafford. Tapi tak tahu kan. Lepas survey dua website tu dan personalized nama+nombor+badges, last-last pilih beli dekat United Direct punya sebab lagi murah dalam RM250 lepas personalized. Shipment free sebab kawan saya balik Malaysia bulan Mac nanti. Bila adik saya tahu, dia pun nak jugak. Akhirnya, jadilah dua kali ganda.

Kawan saya pesan, walaupun itu jersi original tapi bukan made in UK sebab labour cost dekat UK tinggi. Jadi, dorang buat baju tu dekat negara yang labour cost rendah. Owh, baru lah saya tahu. hek. Terima kasih dekat kawan-kawan yang tolong.

Saya dah pesan dekat tunang, kalau dah gemuk, tak muat pakai baju tu nanti, sila frame kan baju tu dalam frame kaca. Gantung dekat rumah.

Ke korang ada cadangan lain untuk beli dengan harga berbaloi? Nak jersi original je taw.
Semalam tak dapat nak blogwalking, hari ni akan cuba blogwalking!

xoxo

Rabu, 21 Disember 2011

Laptop masuk ward

Salam pembuka bicara..

Laptop saya masuk ward. Pendrive saya juga begitu, nak format pun tak boleh.

Ini lah kalau budak-budak uni balik rumah guna laptop. Suka sebarkan virus yang tak ada ubat. Selama ni guna laptop tak kesah anti-virus sebab tahu satu jenis pendrive ye yang guna pada laptop. Pendrive tu pun kongsi file dari laptop dengan PC ofis je.

Bila budak-budak uni dah balik, lebih dari satu pendrive nak sama-sama sebar kan virus. Adoyai.. Hantar hospital la keduanya.

Cukup la hari ni. Sambung kerja dan bye!

xoxo

Selasa, 20 Disember 2011

Siapa tengok moneydrop?

Salam pembuka bicara..

Meh-meh nak tanya sape tengok 1 juta money drop? Tengok tak tengok tak? Ala, permainan realiti secara live mula dari sejuta ringgit. Best ye dapat pegang sejuta! Apa nak buat dengan sejuta ea?

Kadang-kadang kan rasa macam

"ala..soalan senang je! tak kan tak boleh jawab!"

Kadang-kadang tu rasa,

"eh, soalan apa ni? tak tahu". hahahaha

Lawak la.

Tapi yang saya perasan kalau soalan yang jawapan nya ada buah kurma kan mesti dorang failed nak jawab. Macam hari tu 'mana satu paling banyak kalori?' dengan soalan 'mana satu paling banyak karbohidrat?'. Ada yang jawab pisang la apa la. Saya kat rumah, bukan lah jawapan dia kurma! eiiii...geram dorang jawab salah.

sumber: google

Kalau belajar agama, mesti tahu yang Nabi SAW pernah berbuka puasa dengan sebiji kurma. Pernah terfikir tak kenapa? Sebab tenaga dalam sebiji kurma paling tinggi nak dibandingkan dengan makanan lain pada zaman Nabi SAW. Zaman sekarang, kebanyakan makanan kita high fat confirm-confirm la high kalori.

Ada tu soalan sejarah, 'mana satu yang berlaku dahulu?'. Pilihan jawapan antara ingat tak ingat perang larut, pembunuhan birch, serangan jepun, Malayan Union. Ada yang jawab serangan jepun. Serius terbahak-bahak gelak. Soalan sejarah ni. Adik saya sampai kata, "aku belum ambil SPM pun aku tahu aku tak kan jawab Malayan Union dengan serangan jepun". Jepun paling last jajah Tanah Melayu sebelum British ambil alih balik. Tak kan serangan jepun berlaku dulu sebelum yang lain.

Soalan sains plak 'berapa berat otak?'. Saiz otak tu sebesar dua penumbuk tangan kite je. Tak kan berat sampai 12.5lb kan? Tapi kalau saya kena jawab, saya pun tak tahu dalam pound kalau kilogram tahu la~ 1.5kg jerk. hekhek

sumber: google

Soalan pengetahuan am, serius soalan senang. 'mana satu makanan berasal dari negeri sembilan?' Jawapan ye harus lah masok lomak. Favourite saya tu. Tiap-tiap hari kalau boleh nak pekena masak lemak cili padi kaw-kaw. Ok. Saya orang minang, fine! Itu pun boleh jawab salah. hahaha

Kemain kan gelakkan orang. Cuba main sendiri! Ada satu pasangan je yang pernah bawak balik dengan duit RM100 000. Itu pun rasa pergh dasyat lah! Untung la badan, free-free dapat RM50 000 sorang.

Apa pun Tomok tetap menang dengan duit sejuta sebab dia menang one in a million.

xoxo

Isnin, 19 Disember 2011

Shout mix akan diberhentikan

Salam pembuka bicara..

Perasan atau tidak kalau tengok pada shout mix, di bahagian atas ada important notice.


Ada sesiapa tak pernah buka dan baca apa important notice tu? he

Sebenarnya, shoutmix nak hentikan servis percuma dia. Jadi kita diberi dua pilihan samada tukar kepada pelan berbayar atau berhenti terus kan guna shoutmix. Ia akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2012 nanti.


Nak tahu lanjut, silalah klik pada important notice di shout mix masing-masing ye. hek

Pilihan saya adalah saya akan berhenti gunakan shout mix. Gile kedekut dhiera ni. Sebabnya adalah saya jarang guna shoutmix dan selalu pun tengok shoutmix tu seminggu sekali je. Kadang-kadang, 2 minggu sekali. Jadi, saya fikir lebih baik saya tak guna shoutmix dari tukar ke cbox atau bayar kan. he

Jadi rakan-rakan, tak lama lagi saya akan berhenti guna shout mix. Kalau nak tinggalkan jejak, bagi saja lah komen ya! Pasti akan saya terjah. Jangan risau~

xoxo

Sabtu, 17 Disember 2011

Jom blogwalking!

Salam pembuka bicara..

Hari ni malas nak cakap banyak sebab semalam tak sempat nak blogwalking. Jadi, hari ni masa untuk blogwalking!


Ok, bye!

xoxo

Jumaat, 16 Disember 2011

Perkara pertama kali

Salam pembuka bicara..

Semalam buat pertama kalinya sepanjang perkenalan..

sumber: google

bercakap dalam telefon buat masa yang panjang dengan tunang. hek. Semuanya sebab discuss pasal..

sumber: google

Terima kasih buat keluarga dan orang tua kami kerana memberi kepercayaan kepada kami. Seperti yang saya harapkan saya tak mahu nilai hantaran diketahui orang kecuali orang-orang terdekat. Z juga mempunyai hak untuk tentukan segala yang dia ingin beri. Malah, masa bertunang tempoh hari ayah tak ada sebut mengenai hal ini. Yang pasti, ayah katakan biar semuanya kami yang tentukan kerana itu semua milik kami dan kami yang membina kehidupan kami.

Rasanya buat masa ini, apa yang saya harapkan itu berlaku. Tiada siapa yang tahu kecuali orang-orang terdekat. Saya tak mahu majlis meraikan kami terdapat ada yang mengata itu dan ini. Jadi, biarlah orang-orang tertentu sahaja yang tahu.

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki. Ya Allah, permudahkanlah urusan pernikahan dan perkahwinan kami. Kau murahkanlah rezeki kami dan tabahkanlah hati kami, kuatkanlah kesabaran kami. Aminnnn~

Eh, sebenarnya nak cakap pertama kali cakap dalam tempoh yang lama dengan Z dalam telefon. hekhek. Ke laut sudah.

xoxo

Khamis, 15 Disember 2011

Souvenir dari jauh

Salam pembuka bicara..

Rakan sekerja saya baru balik dari bercuti. Sorang ke Taiwan manakala sorang lagi ke Hong Kong. Yang Taiwan ni dah balik lama dah. Ingat tak pasal saya tak dapat bercuti ke Labuan tempoh hari? Sebab kena cover dia la. Yang bercuti dekat Hong Kong ni yang betul-betul baru balik minggu lepas.

Hari ni nak tayang souvenir dari dorang. (sila abaikan background yang menarik tu ye)


Yang handbag hanger tu dari Hong Kong. Cantik! Harga HK$ 78. hek. Tahu sebab dekat belakang dia ada tanda harga. Tapi macam tak guna sangat sebab handbag hanger ni kena guna pada permukaan besi untuk kukuh kalau letak handbag. Bahagian bawah manik-manik pink tu ada magnet. Cukup unik la~

Yang lagi satu tu, tak tahu nak panggil apa. Keychain handphone kot nama ye. he. Ini comel-comel jerk. huhu. Tak dapat pergi dapat barang dari sana pun ok jugak kan?

Belum ada rezeki nak pergi oversea. Dulu, masa nak pergi Medan tak jadi sebab tiba-tiba admit hospital gara-gara denggi. Nasib detect masa dekat Malaysia, kalau detect dekat Medan masa ni, lagi lah haru. Anak mak ayah mesti la sakit pun nak mak jugak kan. hek. Tunggu honeymoon nanti aje la. Koh Samui ke Krabi ea?

xoxo

Rabu, 14 Disember 2011

Korek mengorek buat cik pha

Salam pembuka bicara..

Hari tu, ala dah berminggu juga la si cik pha aka lisa surihani ni ada tag saya. Suruh selongkar entri-entri lama zaman dulu kala. Tak suka selongkar balik entri-entri lama ni sebab penulisan tah hapehape jerk. Masa ni boleh kata baru nak up la kan? Bila selongkar-selongkar, rupanya dulu-dulu suka upload gambar dalam blog ni.

*Cik pha, sorry ye no link. Kire aci la kan?*

Meh layan sikit-sikit tapi jangan harap lah kan nak bagi link entri mana. Malu sangat *sambil sorok muka dalam bantal*. Jangan ada pula yang try nak selongkar entri lama saya ea.

Ni gambar masa pergi Sungai Gabai dengan kawan-kawan. Rasanya masa ni second year dekat UPM. Time ni, member buat blog terus rasa nak ada blog jugak tapi update jangan harap lah kan.


Ni pula masa saya pergi MAHA tahun 2008. Second year jugak ni. Pakai handphone cikai je ni.


Ingat tak, saya pernah cakap yang pernah jadi peer-educator dekat sekolah juvana. Ini pula masa invitation card untuk pergi dinner NGO ni dekat Sunway Piramid Convention Centre.


Ni pula masa attend conference Nutrition Society Malaysia kali ke 24. Semua tu kebanyakan bekerja sebagai nutritionist, ada juga yang jadi research officer, sambung master dengan PhD pun ramai. Best sangat pergi conference ni sebab semua makanan dapat free. Haha. Vitagen, yogurt, cornflakes semuanya dapat free. Sejak kerja ni dah tak pernah pergi conference walaupun sebenarnya nak sangat attend conference kan? Sekarang ni, asyik pergi medical continuing training jerk. Boring!

Ni antara koleksi yakult, vitagen dengan yogurt drink yang saya bawa balik untuk satu hari. antara ye sahaja ye.

Ni masa zaman masing-masing selim melim. Baru lepas open house dekat kolej kediaman. Masa third year kot.


Ni pulak masa pergi mandi dekat sungai area Gunung Nuang tu. Pergi dengan my bestie. Sekarang tengah final exam. Bakal doktor. Belajar dekat Jakarta. Dalam gile air sungai ni, dalam dia sampai mulut saya. Yang budak-budak ramai mandi tu tak dalam. Ke dalam lagi baru dalam.


Ada juga review pasal telemovie, Ponti anak remaja. Khas untuk kamu ni cik pha, ada kembar kamu. Lisa Surihani. wink wink

sumber: tak tahu lah. google rasa ye.

Cukup lah tujuh je. Nanti muak pulak kan?

xoxo

Selasa, 13 Disember 2011

Musim buah sepanjang tahun

Salam pembuka bicara...

Perasan atau tidak tahun ni kan musim buah macam sepanjang tahun? Saya rasa dalam tahun ni durian asyik berbuah je. Nenek saya kata ni sebab Yang di-Pertuan Agong kita sangat pemurah. Sultan Mizan Zainal Abidin la kan? Tapi memang Sultan Mizan tu pemurah kan kan kan?

Nenek kata pernah dulu musim buah semua tak jadi sebab Agong tak berapa nak pemurah sangat. hahaha. Memandai je kan.

sumber: google

Dekat rumah saya, musim durian dah hampir sampai penghujungnya. Tak ada la nak nampak buah durian tergolek tepi jalan dah. Peti ais rumah pun dah penuh dengan stok tempoyak. Tapi manggis pula yang ganti tempat durian dalam rumah sekarang ni. hahaha

Jom makan manggis jom. Kitorang ni rajin makan je, nak petik ye malas. Kalau tanya dekat mak, "manggis tak da ke?". Kalau mak malas nak ambil, mak akan cakap " ada ular kat pokok. bahaya. tak payah amek lah"

sumber: google

Rambutan kat pokok pun banyak yang merah-merah tapi sebab kami adik-beradik malas nak kopek kulit rambutan tengok saja lah rambutan tu layu di tasik madu. Saya bukan malas tapi saya tak reti nak kopek melainkan pakai gigi lepas tu rasa kelat-kelat pahit. Tu yang tak minat tu. Kalau mak dah siap-siap kopek kulit kemudian masuk dalam bekas baru masing-masing nak hadap rambutan.

Eh, langsat pun tengah sibuk berbuah tu.

Dulu, masa mula-mula ayah nak pindah balik kampung jaga atuk dengan nenek, kitorang adik-beradik semua macam rasa tak best ye nak duduk kampung, jusco tak da, nak pergi keluar dengan kawan-kawan susah. Rumah nenek panas la apa laa. Lama-lama tu dah ok, dah seronok. Sekurang-kurangnya, tak adalah susah sangat nak balik rumah kalau masa weekend. Saya yang tak pernah jejak puduraya pun dah kenal puduraya tu macam mana. Tak ada la nak jumpa indon sepanjang jalan. Kalau tak dari UPM sampai KL jumpa indon. Dari KL ke Klang pun jumpa indon jugak. Dari Klang nak ke Sijangkang pun jumpa indon jugak. Merata dorang ada. hahaha

Busy sangat hari ni!

xoxo

Isnin, 12 Disember 2011

Kerana mu Zahiril Adzim

Salam pembuka bicara..

Baca tajuk, kejap lagi mesti tunang saya sms "kenapa tajuk macam tu?". Siapa suruh tak kerja hari ni, amekaw!

Hari ni Selangor cuti tapi saya tinggal je dekat Selangor. Kerja masih di Perak. dush. Jadi, gagah kan diri pergi kerja la kan.

Yang pelik ye, awal pulak saya pergi kerja hari ni. Mungkin sebab malam tadi mimpi Zahiril Adzim kot. Apa kes mimpi laki orang ni? grrr. Dia sangat romantik la.

sumber : google

Bukan sebab itu ye, hari pergi kerja awal sebab minyak kereta tinggal sikit. Malas nak pergi isi. Bajet nak bawa slow je. Balik kerja nanti baru pergi isi minyak. Tapi tak ada pun bawa slow. Standard macam biasa ye.

sumber: google

Selalu keluar rumah pukul 7.40 pagi tapi hari ni keluar pukul 7.30 pagi dengan harapan kalau jumpa lori sawit kat tengah jalan pun tak pe. Tapi buah sawit pun saya tak jumpa. Eh, Perak dengan Selangor dekat je. Dari rumah saya 7 minit je dah masuk Perak.

Ok lah, merepek. Bye. Sambung kerja. Ni ada orang suh buat diet untuk cancer patient ni.

xoxo

Sabtu, 10 Disember 2011

Pasal baju pun kecoh

Salam pembuka bicara..

Pada suatu malam, mak saya kata

"kakak beli lah baju baru (baju kurung sebenarnya)".
"ala, tak payah lah baju semua elok-elok. almari pun dah penuh. lain la dapat almari baru yang besar". 

Memberi hint di situ.

"beli aje la. asyik pakai baju yang sama je."

****************

Saya pergi kerja memang pakai baju kurung je. Senang walaupun malas ye nak iron baju. Selepas, didesak-desak. Ayah siap bagi seratus suruh beli baju baru. Tapi saya pulangkan semula. Dalam hati, baju aku teruk sangat ke? Saya mengalah.

Dan bermula mencari baju baru. Saya tak reti nak shopping baju sebenarnya. Selalu mengharapkan pandangan orang lain.

Masa masuk satu kedai ni, terus saya tanya dekat kakak kat kedai tu

"kak, baju kurung terbaru ada?"
"ada kat sini dik". 

Saya tengok semua baju baru dia, stok-stok orang nak pergi nikah jerk. Jadi, tak berkenan. Pusing-pusing satu kedai, jumpa baju yang saya berkenan. Cari saiz S tapi tak ada.

"kak, saiz S tak da ke?"


Kakak tu cari kemudian cakap

"dah habis lah dik. kalau adik nak baju ni akak boleh alter".

Akak ni pandai betul pancing. Macam tahu-tahu je kalau saya kata nak jawapan ye tetap nak walau seribu kali bertanya.

Akhirnya, saya cuba saiz M. Alamak, besar sangat la plak. Akak tu tengok dia kata kalau nak kecik kan kena kecik 2 inci kiri kanan. Dia suruh saya try saiz XS.

"tak mahu. Nanti baju ni ketat. Kecik kot saya pakai saiz XS"

Kakak tu tetap suruh saya cuba. Sedap kan hati kakak tu, saya pun pakai. Keputusan ye, baju XS ni besar bila saya pakai. Dalam hati cakap kenapa besar ea?

****************

Lepas tu pergi kenduri kahwin, kawan tanya

"dira, baju tunang hari tu baju kamu kan?".
"A'ah, kenapa?"
"macam bukan baju kamu. baju tu nampak besar dari kamu"


Saya cakap dalam hati, yeke? macam ok jerk.

****************

Baru-baru ni tunang tanya saya

"dira tak nak beli baju baru ke?"
"kenapa nak belanja ke?"

Pelik sebab dia tak pernah nak beli kan saya baju ke apa.

"yela, asyik pakai baju yang sama je"

Dalam hati, kenapa semua complain baju saya ni?

****************

Motif entri ni : saya dah kurus sikit gara-gara muat pakai XS. hahaha. Tapi kenapa semua suruh saya beli baju baru? Ya, saya tahu saya bukan kaki shopping baju.

xoxo

Jumaat, 9 Disember 2011

Tazkirah Jumaat : Minyak wangi

Salam pembuka bicara..

sumber: google

Soalan:
Seorang menyapu minyak wangi tanpa alkohol pada tangan, kemudian mengambil air sembahyang. Apakah solatnya sah sedangkan baunya masih ada pada tangan?

Jawapan:
Sekiranya wangian itu adalah jenis yang tidak menghalang air sampai ke anggota wuduk, wuduknya sah. Dia tidak perlu membasuh kesan wangian itu dahulu sebelum mengambil wuduk.

Tetapi sekiranya wangian itu jenis berminyak disapu pada anggota wuduk seperti pada tangan, maka ia perlu dibersihkan sebelum mengambil wuduk.

Sekiranya wangian itu bukan pada bahagian anggota wuduk seperti leher, maka tidak mengapa mengambil wuduk tanpa membersihkannya terlebih dahulu.

********************

Jadi, lebih baik kita ambil langkah selamat di mana pakai wangian tanpa alkohol dan sapu kan di kawasan yang bukan anggota wuduk kan.

sumber: Ustaz Azhar Idrus (2011), Anda bertanya Ustaz Azhar Idrus menjawab berkenaan permasalahan semasa, PTS Islamika
xoxo

Khamis, 8 Disember 2011

Anniversary mak ayah ke 25

Salam pembuka bicara..

Setelah 4 bulan saya rasa teringin sangat nak makan Mc Donald, akhirnya ahad lepas dapat makan. Beli dekat Hentian Rehat Genting Sepah sebelum naik genting highland untuk pulang ke rumah.

Hasil belian puasa McD selama 4 bulan adalah 4 prosperity burger, 1 big mac dan 1 mc chicken. Banyak tak? Makan untuk 6 orang ye. Kebetulan, isnin hari tu adalah ulang tahun perkahwinan ayah dan emak saya yang ke 25 tahun. hukhuk. Umur saya harus lah kurang dari 25 tahun kan.


Saya suka kan big mac tapi sekarang kan dah start musim prosperity. Jadi kerat big mac dan prosperity burger kepada 2 bahagian. Sebelah saya punya, sebelah lagi adik saya punya. hukhuk


Mak saya kata "belanja la makan seafood ke ikan bakar ke, kan lagi best. KFC lagi sedap" aihhh... mak ni. Tunggu lain bulan lah.

Semalam cek nuffnang dah sampai rumah. wink wink

xoxo

Rabu, 7 Disember 2011

WW : makan

Salam pembuka bicara..

Selepas 4 bulan mengidam, akhirnya dapat makan..


xoxo

Selasa, 6 Disember 2011

Rumors pasal HIV

Salam pembuka bicara..

Baru-baru ni, Z selalu dapat sms pasal rumors mengenai HIV yang ada kaitan dengan pepsi la 7up la ape tah lagi. Lepas tu, terbaca status beberapa orang dekat FB pasal yang sama juga. Saya tak dapat pulak sms macam ni.
Saya rasa bertanggungjawab pula nak jelas beberapa perkara pasal HIV yang mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Sebelum ni, saya pernah jadi peer-educator mengajar mengenai sex education dekat sekolah juvana. Serba sedikit perkara mengenai sex education memang kita dah tahu sebab kita ajar orang kan?

**********************************

Cara-cara utama jangkitan HIV berlaku adalah:

a) Sharing needle. Perkongsian alat suntikan dengan orang yang dijangkiti HIV
b) Sexual activity.
Hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral.
c) Dari ibu yang positif kepada bayi semasa dalam kandungan, kelahiran atau melalui penyusuan.
d) Blood transfusion atau pemindahan organ
e) Apa-apa aktiviti yang melibatkan penerimaan darah (termasuk darah haid), air mani, bendalir faraj atau susu ibu dari orang yang dijangkiti masuk ke salur darah seseorang yang belum dijangkiti.

Asas untuk jangkitan berlaku:

1. HIV mesti hadir dalam tubuh orang yang dijangkiti dan keluar dari tubuh dengan secukupnya untuk jangkitan berlaku
2. HIV mesti masih hidup
3. HIV mesti masuk salur darah individu yang belum dijangkiti.

Kebanyakan kes jangkitan HIV adalah melalui pemindahan darah, air mani dan bendalir faraj.

***************************************

See. Statement dekat atas ni, langsung tak ada sebut makanan. HIV tak akan merebak kalau kita bersentuh dengan orang yang dijangkiti, kongsi tandas, lagi-lagilah makanan. Sila jangan percaya sesuatu tanpa selidik perkara sebenar ye.

HIV tak akan mudah merebak macam batuk atau selesema. Kita mesti terima darah atau cecair badan (air mani, bendalir faraj) ke dalam badan untuk dijangkiti. HIV tak akan dapat hidup di luar badan manusia. Lagilah tak logik, untuk HIV hidup dalam air pepsi, 7up dan segala jenis air.

Saya minta jangan ada perasaan untuk stigma atau diskriminasi orang HIV positif ni. Memang ada yang dijangkiti HIV sebab mereka amalkan aktiviti berisiko. Tapi ramai lagi yang dijangkiti bukan sebab mereka sendiri.

Tak percaya, cuba lah pergi melawat rumah orang yang dijangkiti HIV. Pergi lah tengok macam mana masyarakat diskriminasi mereka (especially budak-budak yang tak bersalah). Sedih! Sedih sangat! Bayangkan budak-budak kecik yang aktif, yang comel, yang suka kan perhatian tapi dalam masa yang sama, mereka perlu ambil ubat pada waktu yang sama setiap hari. Kalau terlewat ambil ubat, ubat tu tak akan bagi kesan apa-apa pada dia. Dan virus akan berubah kepada bentuk yang lain. (kalau yang hebat sains tu, mesti tahu DNA virus boleh bertukar)

xoxo

Sumber: Modul perjalanan kehidupan: Manual Kesihatan Seksual dan Reproduktif serta HIV/ AIDS untuk pembimbing rakan sebaya

Isnin, 5 Disember 2011

Kerja hujung minggu

Salam pembuka bicara..

Saya ada hutang blogwalking dengan semua. Nanti saya blogwalking pelan-pelan ye.

Sabtu hari tu pergi wedding dekat Jengka. Rasanya, bukan pergi wedding kot tapi jumpa pengantin baru. Kenapa? Sebab saya datang lewat. Dekat pukul 8 baru  sampai rumah pengantin. Dush! Dah la tak ada gambar dengan pengantin. sobsob


Hari sabtu adalah hari bekerja saya tapi kerja half day la. Lepas kerja pergi beli barang sikit-sikit. Tunggu tunang datang ambil dekat rumah sebab saya malas nak drive ke Klang. Lagipun, saya sangat teruja nak cuba route baru ke Pahang sambil nak test kereta saya (cik bibah) larat tak nak naik Genting.


Keputusannya, yeay!!! Saya semakin teruja! Kereta saya sangat mampu untuk naik Genting dengan syarat tutup aircond kalau nak laju. Hahaha.


Rumah keluarga saya dekat Kuala Kubu Bharu. Jadi, route kami dari Kuala Kubu Bharu naik Genting dan turun dekat Genting Sepah dan terus kan perjalanan ke Jengka. Jumpa pengantin. Bermalam pula dekat rumah bakal keluarga baru.


Yang tak best, kereta saya berbau durian hingga hari ini sebab emak saya bekal kan durian sebonet viva, sebalang tempoyak dan sekotak rambutan.Nasib rambutan tak ada bau jugak. Rasa macam nak tanam daun pandan dalam kereta jerk. Erkk

Lepas siap kerja baru blogwalking ye!

xoxo

Jumaat, 2 Disember 2011

Apasal mabuk sangat ni?

Salam pembuka bicara..

Apa jadah ye tiba-tiba rajin update sehari dua kali? Abaikan dhiera yang kebenggongan hari ini.

Serius hari ni, saya rasa macam ni awang-awangan. Semalam saya selesema. Musim tengkujuh kan sekarang. Nyamuk pun nak yang besar je. Gara-gara, selesema semalam, saya mencari ubat selesema saya. Saya punya ubat special. hahaha. Tipu.

Kalau selesema, saya hanya makan 2 jenis ubat sahaja.

Pertama, saya akan memilih clarinase. (ini nama ubat yang saya akan makan kalau selesema ye). Tapi tapi saya lupa mana saya letak ubat saya. Cari-cari tak jumpa. Saya sangat respect pada clarinase sebab makan sebiji terus baik selesema.

Kedua, panadol soluble. Tapi kesan dia sangat lah slow macam siput. Mahu 2 3 hari baru elok dari running nose ni.

Disebabkan weekend nanti, (besok secara tepatnya) saya akan pulang ke Jengka. Ok. Ini tipu lagi. Pergi wedding my bestie (junior operation manager dekat HQ lab tempat saya bekerja) di Jengka tapi bermalam di rumah orang tua Z (yang kini menjadi tunang saya), saya inginkan selesema ini pulih dengan segera.

Jadi, malam tadi saya mencari-cari ubat selesema yang beri kesan pantas dalam peti rahsia ayah saya pula. Kemudian, saya terjumpa cetrizine HCl. Di luar tulis ubat gatal. Disebabkan saya belajar basic medical, saya tahu ubat ini juga ubat selesema. Cek expired date bulan April 2013. Jadi, terus makan.

Seingat saya ubat ini bukan jenis ubat yang mengantuk. Saya memang tak suka makan ubat yang bagi kesan mengantuk ni. Paling boikot, ubat piriton! Sebab 48 jam, saya akan tidur sahaja tanpa makan dan minum. Tapi, saya rasa cetrizine ni bagi kesan mengantuk pada saya.

Sebab:
1. Bukan cara saya, dah dikejut bangun kemudian tidur balik.
2. Bukan cara saya, mamai ketika memandu.
3. Bukan cara saya, memandu sambil fikiran kosong, terawang-awang sehingga tak dapat fokus.
4. Bukan cara saya, bekerja tapi fikiran kosong, tak tahu buat apa dan macam mamai
5. Ini cara saya menulis blog tapi tak mengantuk. hek. Masa taip ni, rasa macam tak mengantuk (tapi macam mamai) tapi saya taip je apa yang keluar dalam kepala.

Kesimpulannya, saya nak tidur sekarang!

xoxo

Orang kahwin ahad lepas

Salam pembuka bicara..

Ahad lepas pula ada pergi 3 undangan perkahwinan.

Yang pertama, dua pupu saya dekat Semenyih. 




Dua pupu la kan patutnya kalau mak saya dengan ayah dia sepupu? Dua pupu saya ni musician dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O kat TV9 tu. Penanggah wedding dia semuanya pakai baju x-pax yang warna purple tu. Band dan krew-krew Nasi Lemak Kopi O pun ada juga tapi saya sekejap je dekat sini. Sebab nak rush pergi kenduri lain. Gambar yang ada gambar pelamin sahaja. wuwu.

Yang kedua, jiran lama dekat Sijangkang.


Meriah kat sini sampai mak tanya "Lepas kahwin kakak nak duduk rumah dekat Sijangkang tak? Kalau duduk sini, mak buat kenduri kahwin kat sini aje lah. Meriah sikit". Saya mesti lah "nak nak nak" tapi dalam hati je la. huhu. Kalau duduk dekat rumah sendiri, lagi seronok nak deco-deco idaman dari sewa kan? huhu

Yang ketiga, kawan sekolah dekat Pulau Indah.


Lepas habis form 5, memang tak pernah jumpa dia ni. Even masa ambil result SPM pun tak jumpa. Tapi tak lama jumpa dia sebab saya dah nak balik. Hari pun dah nak hujan. Sedih kot sampai-sampai pengantin dah pergi outdoor awal sebab takut hujan punye pasal.

Weekend pergi wedding rakan sekerja dekat Jengka. Erk, bermalam di rumah bakal mertua. huhu. Kalau sempat baru pergi wedding bestie dekat Cheras. Kenduri belah lelaki plak.

xoxo

Khamis, 1 Disember 2011

Hari-hari terakhir bulan november

Salam pembuka bicara..

Dalam hidup, ada suka ada duka!

28 Nov adalah hari lahir adik bongsu saya yang comel lote itu.

Ayah beli kan kek coklat tanda menyambut hari lahirnya. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki adik! Semoga berjaya dalam segenap ruang dan cita-cita yang ingin dikecapi! Tahun depan PMR buat elok-elok ok~ huhu


29 Nov pula adalah hari lahir adik bongsu tunang saya. hoho. Kami masih berfikir untuk belikan apa.

Semalam (30 Nov), ayah kepada rakan rapat saya yang tersayang, pakcik tajudin telah kembali ke rahmatullah di hospital ipoh. Saya sangat terkejut dengan berita ini. Ingat kan, kakak ipar rakan rapat saya ni main-main. Rupanya betul. Saya speechless. Masih terbayang-bayang arwah yang senyum pada saya dan rakan-rakan masa saya datang ke majlis perkahwinan rakan rapat saya. Arwah sangat ramah orangnya.

Beberapa minit selepas itu, satu lagi berita yang saya terima. Salah seorang rakan pula kembali ke rahmatullah kerana jangkitan di otak. Lagi lah saya speechless. Kalau dengar berita pertama, saya nak menangis. Dengar berita kedua, ya saya menangis.

Hidup dan mati itu di tangan Allah SWT. Kita kena redha dan redah. Ya Allah, moga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Doa jangan pernah putus! Takziah kepada seluruh keluarga dan Al-fatihah untuk arwah.

xoxo

Rabu, 30 November 2011

WW: Kena belajar!

Salam pembuka bicara..


Mak kata kena belajar. grrr.. Suka dengan perancangan member, lepas setahun kahwin baru fikir anak. Sekarang dah setahun boleh fikir pasal anak. Setahun untuk honeymoon. Z boleh ke?

xoxo