Salam pembuka bicara..
Ini adalah tayar kereta saya.
Tempoh hari dia bocor.
Saya hantar pergi kedai untuk tutup kan lubang yang bocor tu.
Ingat kan mahal rupanya RM5 je. hehehe. Baru la saya tahu.
xoxo
p/s: Entri ni less word bukan wordless. hehehe. Pagi ni pergi buat passport dan kemas rumah sewa. Besok start kerja baru.
Catatan Popular
Rabu, 29 Februari 2012
Selasa, 28 Februari 2012
Baju raya dah hantar tempah
Salam pembuka bicara..
Saya dah hantar kain untuk dibuat baju raya. 2 helai baju raya tahun ni.
Excited padahal tahun ni macam tak ada raya sangat pun. Raya tahun ni, insyaallah akan menjadi raya yang sangat special dan berlainan sebab merasa pegang 2 status dalam sekali raya. he

Isnin, 27 Februari 2012
Sama ke tak?
Salam pembuka bicara..
Agak-agak ada persamaan tak?
dengan ini
Tapi saya tetap suka kan ini,
Lepas tengok-tengok perkahwinan artis terus teringat album majlis pertunangan saya hari tu, saya belum habis buat. Bila la nak pergi hantar printing ni dah 3 bulan bertunang, asyik postpone postpone je nak siapkan album. Bila tengok ticker wedding terus macam mengelabah sebab less than 6 months lagi. Alamak..
Semoga perkahwinan lisa surihani dan suami serta ana rafalli dan suami sentiasa diberkati Allah swt. Amin~
xoxo
Agak-agak ada persamaan tak?
dengan ini
sumber: beautifulnara.com
Tapi saya tetap suka kan ini,
sumber: ministry of moment
Lepas tengok-tengok perkahwinan artis terus teringat album majlis pertunangan saya hari tu, saya belum habis buat. Bila la nak pergi hantar printing ni dah 3 bulan bertunang, asyik postpone postpone je nak siapkan album. Bila tengok ticker wedding terus macam mengelabah sebab less than 6 months lagi. Alamak..
Semoga perkahwinan lisa surihani dan suami serta ana rafalli dan suami sentiasa diberkati Allah swt. Amin~
xoxo
Labels:
all about marriage
Jumaat, 24 Februari 2012
Makan-makan besar yang meriah
Salam pembuka bicara..
Ingatkan ada cuti seminggu ada la masa lebih sikit hadap blog. Rupanya tak~
Hari tu, ayah ada belanja makan besar dekat luar. Ajak sepupu saya sekali. Sepupu yang ni dah kahwin. Anak 2. Hee. Ayah saya anak bongsu jadi lebih kurang sezaman la dengan anak buah dia. Meh layan gambar ye. Tapi jangan ada yang terliur pulak.
Kami adik beradik biasanya minum jus oren atau epal. Kedai ni air epal dia ada asam boi sekali. Motif letak asam boi tidak diketahui.
Sepupu saya anak beranak minum air teh. Nasi putih pun dah sampai.
Ini sup tulang, cendawan goreng dengan sayur kailan masak ikan masin.
Ini pula tom yam campur dengan sotong goreng tepung.
Ayam masak halia pun ada. Sesuai untuk buang angin.
Saya yang baik hati tak tunjuk gambar close up. Nanti ada yang terus cari makanan nanti.Saya la tu.
Ayah order macam-macam lauk. Yang tak ada dalam gambar telur bungkus yang sangat sedap dan gebu. Dah lama ayah tak belanja makan besar macam ni sejak saya kerja. hehe. Macam berselera la gile-gile la makan. Kami selalu makan kat sini kalau open table gini sebab murah dan makanannya banyak. Makan kali ni saya tak tahu harga sebab bukan saya yang bayar. he
Thanx ayah!
Nak sambung siap kan bunga untuk centrepiece. Babai..
xoxo
Ingatkan ada cuti seminggu ada la masa lebih sikit hadap blog. Rupanya tak~
Hari tu, ayah ada belanja makan besar dekat luar. Ajak sepupu saya sekali. Sepupu yang ni dah kahwin. Anak 2. Hee. Ayah saya anak bongsu jadi lebih kurang sezaman la dengan anak buah dia. Meh layan gambar ye. Tapi jangan ada yang terliur pulak.
Kami adik beradik biasanya minum jus oren atau epal. Kedai ni air epal dia ada asam boi sekali. Motif letak asam boi tidak diketahui.
Sepupu saya anak beranak minum air teh. Nasi putih pun dah sampai.
Ini sup tulang, cendawan goreng dengan sayur kailan masak ikan masin.
Ini pula tom yam campur dengan sotong goreng tepung.
Ayam masak halia pun ada. Sesuai untuk buang angin.
Saya yang baik hati tak tunjuk gambar close up. Nanti ada yang terus cari makanan nanti.
Ayah order macam-macam lauk. Yang tak ada dalam gambar telur bungkus yang sangat sedap dan gebu. Dah lama ayah tak belanja makan besar macam ni sejak saya kerja. hehe. Macam berselera la gile-gile la makan. Kami selalu makan kat sini kalau open table gini sebab murah dan makanannya banyak. Makan kali ni saya tak tahu harga sebab bukan saya yang bayar. he
Thanx ayah!
Nak sambung siap kan bunga untuk centrepiece. Babai..
xoxo
Labels:
food lover
Khamis, 23 Februari 2012
Nutritionist tu apa? Kenapa nak berhenti? Rare kan kerja ni
Salam pembuka bicara..
Banyak saya dapat soalan gara-gara entri wordless semalam. Meh saya jawab satu-satu. Konon retiss la tu. Pang!
1. Kenapa saya berhenti?
Sebab saya dapat kerja baru.
Saya memang ada plan nak cari kerja area Shah Alam atau Klang sebab lepas kahwin nak ikut bakal suami tu. Walaupun dapat offer job yang totally different dengan apa yang saya belajar, dengan apa yang kerja sebelum ni tapi saya tetap nak kerja sana.
Sebab utama, satu tempat kerja dengan bakal suami. At least, kalau saya tak faham apa kerja engineer ni sekarang, nanti-nanti saya akan faham sebab dah nampak macam mana dia bekerja nanti.
Dorang offer better salary dari sekarang.
Saya nak belajar sesuatu yang baru dan nak improve kan diri sendiri. Kerja sekarang kalau pejam mata pun boleh setel sebab hari-hari buat perkara yang sama. Tak ada perubahan. Ini serius. Kalau orang nak cek malaria, satu dunia guna method yang sama. Tiap-tiap hari ada kes malaria boleh pejam mata je buat slide malaria ni sebab senang sangat. Kalau ada 50 orang buat malaria, 50 kali buat yang sama. Even orang nak cek urin, kita buat dipstick. Lepas tu akan nak baca bawah mikroskop, sebelum baca air kencing bawah mikroskop kite dah tahu dah apa yang ada dalam air kencing tu. Senang kata, tak payah cek pun dah tahu akan ada apa dalam air kencing orang ni.
Kerja dekat sini memang susah nak berkembang sebab ada unsur-unsur perkauman. Buktinya, sila baca yang soalan nombor 4.
Tahu kan kerja saya nutritionist tapi dalam masa yang sama saya buat lab work. Lab work yang biasanya medical lab technologist buat. Patient consultation memang ada juga tapi hari jumaat je atau hari-hari yang ada orang buat annual check yang mahal-mahal. Sebab tu biasanya hari jumaat saya tak menang tangan.
2. Resign atau promote?
Saya resign.
3. Kenapa tak nak tukar branch dekat Klang?
Saja nak mencuba bidang baru walaupun jiwa saya memang sangat dekat dengan nutrition and community health.
Yela, masa kecik-kecik dulu nak jadi doktor. Naik sekolah menengah nak jadi ahli farmasi. Tup tup masuk matrik dah pandai fikir matang, pekerjaan saya yang saya minat tu semua ada on call. Saya pulak tak sanggup nak korban kan masa bersama keluarga, kawan-kawan semua. Bayangkan masa raya kena kerja, mahu saya nanges. haha. Sebab tu ambil nutrition sebab tak ada on call. hehehe
Lagipun, .... baca nombor 4.
4. Ada 2 orang je melayu kerja nutritionist dekat company tu?
Ya, memang. Saya branch Tanjung Malim. Seorang lagi branch Ipoh. Yang lain semua chinese dari Utara ke Selatan. Bumiputera Sabah Sarawak ada 2, 3 orang je. India nan hado.
Sebab tu saya selalu cengkelat kalau ada continuing medical training. Best pergi training tapi macam boring sikit la~
5. Lepas ni kerja mana?
Kerja dekat kilang je. Hehe.
6. Nutritionist tu apa?
Copy paste dari sini.
Nak tahu lanjut, tekan sini
Ok. Rupanya masing-masing tanya soalan yang sama. hehehe..
Hari ini hari saya beristirehat. Petang nanti nak keluar beli barang sebab nak buat kenduri tahlil untuk arwah atuk tersayang. Rindu dekat arwah atuk. sobsobsob

Nutritionists advise individuals and the community about food choices for a healthy diet. Nutritionists do this by using their extensive knowledge of the nutritive value of foods, the important nutrients required by the body at different stages of development, and the role of nutrients and diet in health and the prevention of disease.
Nutritionists can be involved in the research and development of new food products and they may also do research into the role of nutrients and dietary patterns in health and disease.
Nak tahu lanjut, tekan sini
Ok. Rupanya masing-masing tanya soalan yang sama. hehehe..
Hari ini hari saya beristirehat. Petang nanti nak keluar beli barang sebab nak buat kenduri tahlil untuk arwah atuk tersayang. Rindu dekat arwah atuk. sobsobsob
xoxo
Rabu, 22 Februari 2012
WW : Hari terakhir bekerja
Salam pembuka bicara..
Sebelum menjadi penganggur selama seminggu, ini adalah gambar terakhir saya bekerja sebagai nutritionist. Dalam semua branch company di seluruh Malaysia, hanya ada 2 orang sahaja nutritionist melayu. Lepas ni, tinggal la sorang. hehe
Tak adalah wordless sangat. hehe

Selasa, 21 Februari 2012
Menang GA kedua. Excited nak lebih!!
Salam pembuka bicara..
Hari tu kan ada join simple GA dari anies. [tekan sini]. Main teka je. Dah la tak pernah jumpa durian belanda kan~ Belasah je la. Tengok rupa tak ada la besar sangat. hehehe
Jadi, saya taram la 1kg. [tekan sini]
tup tup tup.... Memang betul 1kg. hehehe
Maka, sabtu lepas saya dah terima hadiah GA dari anies. Tapi ahad baru bukak sebab abang posmen hantar hadiah hari sabtu tengah hari masa saya tengah bersiap-siap nak ke Melaka. Terima kasih anies. Dapat bahan bacaan yang simple tapi cukup berilmiah.
Pesanan dari anies.
Wah.. semua nak tayang. Almaklum, baru kali kedua menang GA dari blog ini. Blog yang lagi satu pun dah 2 kali menang GA jugak. hehehe
Terima kasih anies.

sumber: anies & you

Sabtu, 18 Februari 2012
Jangan bukak kalau belum sudah selesai.......
Salam pembuka bicara...
Hari ini saya akan ke Melaka. Biasalah pergi Melaka hantar adik balik UTeM la. Kalau hari tu pergi dengan nenek, adik dan tunang, kali ini pergi dengan satu family. Balik dari kerja ni terus ke sana la kami semua. hehe.
Kenapa saya kata jangan tengok kalau belum makan sebab malam tadi belek-belek album. Konon nak delete sebelum tu nak upload dalam flickr dulu la kan? Meh tengok.
Korang dah breakfast ke pagi tadi? Makan apa? Ini nasi goreng tapi bukan breakfast saya. Nasi goreng ni makan dengan steamboat.
Ala, hari tu kan saya ada melantak dekat steamboat MAEPS Mardi, Serdang. Hehehe. Tengok frozen food ni rasa teringin lagi nak makan steamboat.
Teruja tak dengan steamboat. Perut kecik macam saya memang kurang berbaloi la makan steamboat ni tapi tetap nak makan. haha
Malam-malam masa sejuk-sejuk pun sedap kan kalau pekena kueh tiaw kungfu.
Ini first time Z ajak saya makan western food. Sangat tak percaya dia yang ajak, bukan saya. Jenuh kot mengajak dia sebelum ni. Mungkin sebab dia combine malay style dengan western kot. Memandai je.
BBQ chicken chop fried rice
Black pepper chicken chop fried rice
Lapar tak?? Pergi cari makanan ye sekarang.
OK bai!

Jumaat, 17 Februari 2012
Farewell party
Salam pembuka bicara...
Minggu-minggu terakhir bekerja di sini sebelum mulakan suasana dengan pekerjaan baru.
Sepatutnya, besok hari terakhir saya bekerja tapi saya kesian kan keadaan lab yang akan kekurangan staf. Lagi-lagi sekarang ni banyak foreign worker yang nak renew permit pekerjaan dorang. Dalam lab, mesti sangat banyak kerja. Jadi, saya extend sampai rabu minggu depan.
Tapi hari ini hari terakhir saya akan berjumpa dengan doktor dekat sini (sebab doktor ada rotation). Setiap hari jumaat je doktor akan datang sini. Lepas ni dah tak dapat nak bersembang, berlawak dan berbisik-bisik bersama-sama. Tempat kerja saya ni semua tak suka branch manager sebab dia pemalas. Sangat pemalas.
Sempena hari terakhir berjumpa dengan doktor ni, doktor belanja saya tart telur. Yeay!!! Import dari Kampar. hehe. Nak makan tart telur kejap lagi. Siapa nak join?

sumber: google
xoxo
Khamis, 16 Februari 2012
Sijil kahwin dah ada, tiket honeymoon dah ada. bila nikahnya?
Salam pembuka bicara..
Tajuk over! Ramai ye yang pandai meneka. hehehe. Betul la tu. [tekan sini] Semalam sijil kursus kahwin dah boleh ambil. Tapi saya tak ambil lagi. Excited je lebih.
Sebenarnya, hujung minggu lepas saya pergi kursus pra-perkahwinan dekat Presint 9, Putrajaya. Sangat best. Sangat tak puas. Rasa nak nak nak nak. Serius saya cakap 6 slot dengan 2 jam setiap slot tu terlalu pendek. Banyak yang boleh dipelajari lagi. Tapi masa sangat mencemburui. hehehe. Ada banyak perkongsian yang disampaikan secara santai dan lawak. Ada tu yang sampai tergelak sampai tak boleh nak pegang pen dah. Pasal apa?? Biarlah rahsia.
Yang atas ni bukan sijil kursus pra-perkahwinan taw tapi manual yang memang akan dapat kalau kita pergi kursus kahwin ni. Bagus juga buku ni. he
Lagi bagus, pergi kursus kahwin ni dengan bakal suami atau isteri masing-masing. Sebab dua-dua dapat belajar perkara yang sama. Macam saya ni, pergi dengan kawan-kawan. Belajar dan story mori dengan kawan-kawan je la. Tunang satu hape pun tak tahu. Sebab otak dia dah berkarat. Itu lah pergi awal sangat masa belajar dulu kan dah tak ingat sekarang. Rasa nak bagi dia baca nota-nota yang sempat saya salin masa berkursus ni. Supaya dia boleh refresh balik.
Mesti ramai yang tahu Air Asia ada buat promo lagi. Harus la grab untuk honeymoon. he. Lama jugak dekat waiting room. Dan akhirnya, saya dapat booked tiket ke tettttt. Tempat honeymoon dirahsiakan. Kalau nak tahu cuba teka ini.
Tak tahu jugak?? Kat sini lah....
Z beria-ria nak pergi sini walaupun saya pujuk pergi ke tempat lagi satu. Tapi saya faham yang tempat yang saya nak pergi tu agak costly. Jadi, kami pilih lah destinasi di atas. Sebenarnya, tunang tu dia nak bersnorkelling dengan white rafting je yang lebih. Saya pula nak ber'elephant treking'. ermmm... Mana yang sempat saja lah~
Nikahnya bila?? errrrr.... nanti saya jemput ye. hehe
p/s: teha dah tahu kan jawapan pertanyaan teha yang dua kali tu. hehehe

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki. Murahkanlah rezeki kami dan tabahkanlah hati kami. Ya Allah, permudahkanlah urusan pernikahan dan perkahwinan kami.
xoxo
Labels:
honeymoon,
my wedding
Rabu, 15 Februari 2012
Selasa, 14 Februari 2012
Doktor gigi hensem
Salam pembuka bicara..
Hari tu kan saya sakit gigi. [klik sini]
Petang tu dah tak tahan sangat jumpa la doktor gigi. Doktor gigi tu sangat hensem dan nampak macam sangat muda. Patut la nurse-nurse dia semua ye perempuan.
Tapi seram kot sebab dah lama tak jumpa doktor gigi untuk cek gigi masa sakit. Kalau jumpa doktor gigi untuk cuci gigi (scaling) je. Saya tak pernah sakit gigi jumpa doktor gigi. Even cabut gigi pun cabut sendiri tanpa doktor sebab gigi susu saya berapa batang je yang cabut. Yang lain, gigi susu dah jadi gigi kekal dah pun~
Selama ni ada mind set, pergi klinik gigi caj mahal. Dekat UPM buat scaling RM4. Masa sekolah, free je sebab student. Kini tak lagi sebab standard macam pergi klinik sakit biasa je. Sekarang, belajar tukar mindset.

health is wealth
Isnin, 13 Februari 2012
Dah tahu dah macam mana nak cek TnG
Salam pembuka bicara..
Berkenaan entri Jumaat lepas [klik sini], saya kan macam tertanya-tanya macam mana nak cek baki touch and go kan? Hasil dari survey la konon tu, jawapan yang saya dapat adalah:
a) Cek di customer service counter
b) Cek dekat ATM machine
c) Cek guna smart tag
d) Kena topup baru tahu baki
e) Cek dekat tol tu je
f) Cek di http://e-services.touchngo.com.y/e-statement
Terima kasih semua...
Antara 5 pilihan ni, 2 sahaja yang saya pernah buat. Yang pertama, saya pergi topup dulu baru tahu baki. Time ni sah-sah dah tahu banyak lagi isi dia sebab dah topup. Yang kedua, scan saja dekat tol tu. Ini berani mati la kan? Kalau tak cukup, silalah reverse.
Tapi Jumaat hari tu, saya pergi la bayar manual macam biasa. Ala, guthrie highway kan lenggang. Sanggup la bayar sendiri. Rupanya dekat semua kaunter tol tu ada touch n go scanner. Jadi, saya try la scan. Rupanya banyak lagi baki dia. hehe.
Terima kasih untuk semua cadangan.
Monday blues la. Mengantuk. Penat sabtu dan ahad penuh aktiviti.

sumber: sini

viva is my baby
Jumaat, 10 Februari 2012
Siapa tahu macam mana nak cek touch n go??
Salam pembuka bicara..
Pagi ni gerak ke kerja lambat dari biasa sebab siap kan packing packing kain baju nak lari rumah. Ok tipu. Melangkah keluar rumah selepas bersalam dengan mak dengan doa semoga jalan clear. Mak pesan hati-hati. Saya jawab "baik mak". Saya berharap tak ada lori berbeban. Tak ada kereta bawak macam siput.
Tapi half-way terserempak dengan kereta bawa macam siput. grrrr...geram sebab saya nak cepat nak kejar thumbprint pukul 8. Sepanjang jalan bawa 60km/j. Kalau 80 km/j tak apa la jugak. Nak potong tak boleh sebab saya pengguna mematuhi undang-undang. Ada double line. Bersabar la menunggu walaupun dah cucuk 2 3 kali supaya laju sikit. Nak bagi high beam terasa "aku bawa viva je pun".
Bila dapat je pintas kereta siput tu dan masuk jalan persekutuan terus buat macam jalan sendiri. Pecut macam dekat highway. Lucky bukan saya seorang yang pecut macam highway. Ada myvi bawa lagi laju. Ada viva bawak lagi laju. Ada kancil pun bawa lagi laju. Kenapa semua kereta buatan Malaysia? ermm.. Terasa nak beli Honda Civic. Bila nak rush boleh bawa laju-laju. Berangan je la.
Sampai parking jam dah pukul 8.06 pagi. Owh, jam kereta cepat beberapa minit. Relax lagi. Boleh main gores dan menang untuk parking. Jalan cepat-cepat. Masuk lab tengok mesin thumbprint dah pukul 8.00 pagi. Terus thumbprint. Tapi failed. Nasib belum sempat kutuk mesin tu dah boleh boleh thumbprint dengan selamat tepat pukul 8.
Petang nanti lepas kerja terus pecut ke Putrajaya. Selepas merancang-rancang ikut Guthrie lagi cantik tapi tol Shah Alam mesti sesak sikit. Rasa ye dalam touch n go ada RM50 lebih lagi. Tapi takut dah pakai. Hari tu dah banyak jalan-jalan. Ada sesiapa tahu macam mana nak cek baki touch n go tanpa perlu topup? Saja guna warna merah sebab touch n go point asal. hehehe

Siapa tahu macam mana nak cek baki?? Malas nak topup kalau ada banyak lagi. hehe
xoxo
Labels:
viva is my baby
Khamis, 9 Februari 2012
Selamat hari lahir ayah!
Salam pembuka bicara..
Hari ini, 9 Februari adalah ulang tahun ayah saya yang ke setengah abad. hehe. Baru perasan saya pula tahun ni suku abad.
Setengah abad tu berapa? Faham faham sendiri lah. Semalam guna kupon Pizza Hut yang RM40 tu beli pizza. Kebetulan, sorang je adik saya masih berada di MRSM. Yang lain ada dekat rumah. Ngam-ngam sorang satu mushroom soup, ngam-ngam sorang 3 slice pizza.
Mula-mula nak tempah pandan layer cake tapi sebab datang kedai kek lepas pukul 5, dorang dah tak ambil tempahan la pulak. Last-last beli je black forest cake 1kg on the spot dan terus bawak balik. Kira nya ter'celebrate' awal la kan?
Sempena ulang tahun kelahiran ayah yang ke setengah abad. Kakak sentiasa doakan ayah sentiasa dimurahkan rezeki, dikurniakan umur yang bermanfaat, rezeki yang halal dan kehidupan yang dirahmati di dunia dan akhirat. Amin..
Love u ayah! Terima kasih untuk segalanya. Tahun depan tambah lagi sorang ahli keluarga. he (Menantu sulung lettew)

birthday,
keluargaku
Rabu, 8 Februari 2012
Selasa, 7 Februari 2012
Kerja la tak ada cuti
Salam pembuka bicara...
Bagi yang tertanya samada saya cuti atau tidak, jawapannya tidak. Saya bekerja straight dari isnin minggu lepas sampai jumaat minggu ini. Alasan saya: orang sakit tak pernah cuti. hekhek
Pagi ni pergi kerja dengan gusi bengkak. Berdenyut-denyut sampai sekarang. Wuwu. Nak nanges pun tak berbaloi sebab sakit tak akan hilang. Selalu sakit gigi sebab gigi bongsu masih dalam tumbesaran. Ada lagi yang keluar lagi. hehe. Jom baca doa ni. Doa sakit gigi.
Sarapan pula pagi tadi nasi goreng yang ada sayur kobis, daging dan fish cake. Nak kunyah susah betul.
Ok bai. Happy holiday thaipusam!

اللهم أذْهِبْ عَنْهُ سُوْءَ ما يَجِدُ وفَحْشَهُ بِدَعْوَةِ نَبِيِّكَ الْمَكِيْنِ الْمُباَرَكَ عِنْدَكَ
Ya Allah hilangkanlah darinya keburukan dan kekotoran apa yang dia rasakan dengan permintaan NabiMu yang mempunyai pengaruh dan diberkati disisiMu.
Sarapan pula pagi tadi nasi goreng yang ada sayur kobis, daging dan fish cake. Nak kunyah susah betul.
Ok bai. Happy holiday thaipusam!
xoxo
Labels:
health is wealth,
Islam is universal
Isnin, 6 Februari 2012
Maulidur rasul
Salam pembuka bicara...
Salam maulidur rasul semua. Saya lambat wish, lambat update pasal ni. Penat sungguh semalam.
Semalam, saya berblogwalking ke blog L. Ada sesuatu yang sesuai untuk kita semua baca. Ianya pengetahuan ok! Walaupun, panjang tapi sarat dengan mesej-mesej sesuai dengan sambutan maulidur rasul semalam.
Nak lanjut disini ya. [tekan sini]
Hari-hari kerja tanpa cuti letih jugak. Nasib tak amek medic kalau tak lagi lah letih~ wuwuwu

Sabtu, 4 Februari 2012
Jangan minum berdiri!
Salam pembuka bicara..
Mood malas nak update sudah datang kembali. Hari ini paksa diri untuk rajin update. hehe.
Biasa tak mak atau ayah marah sebab minum berdiri?? Masa kecik-kecik dulu, bila mak ayah marah alasan ye sebab Rasulullah melarang kite minum berdiri. Pernah jugak terfikir kenapa tak boleh tapi tak bertanya.
Dah dewasa ni, dah kenal google jadi google saja pun boleh kan?
Dari segi perubatan, dalam badan kita ada satu penapis. Prinsip dia sama je macam penapis air dekat rumah tu. Uniknya, penapis ini akan terbuka bila kita duduk. Manakala, tertutup bila kita berdiri. Penapis ni dipanggil penyaring sfringer.
Dalam air minuman kita, ada pelbagai bahan-bahan yang belum tentu sesuai dengan fungsi badan kita. Jadi, air yang kita minum perlu dibersihkan sebelum diolah untuk kegunaan badan.
Jadi, disini lah penapis ini memainkan peranan dia. Kalau dekat rumah, kita guna penapis air untuk pastikan air minum bersih. Penapis di dalam badan kita pun memainkan peranan membersihkan air yang masuk dalam badan. Kalau kita minum duduk, maka penapis akan terbuka dan air yang diminum dapat dibersihkan sebelum digunakan oleh badan. Kalau kita minum berdiri, penapis akan tertutup dan terus pundi kencing kita.
Cuba bayang kan dalam air ada beberapa compound yang badan kita tak guna dan minum pulak dengan cara berdiri. Tak ada penapis yang membantu untuk membersihkannya. Jadi, bahan yang badan kita tak guna ni akan berkumpul dalam ureter. Lama-lama, bahan yang terkumpul ini akan bersatu macam keladak dan membentuk kristal atau batu karang. Tak bagus kan untuk kesihatan kita!
Jadi, kawan-kawan ada hikmah disebalik pesanan. hehehe.
Selamat beramal~

Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah saw bersabda:
Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan?” beliau menjawab: “Itu kebih buruk lagi”. (HR. Muslim dan Turmidzi)
Bersabda Nabi dari Abu Hurairah,“Jangan kalian minum sambil berdiri ! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan !” (HR. Muslim)
Dari segi perubatan, dalam badan kita ada satu penapis. Prinsip dia sama je macam penapis air dekat rumah tu. Uniknya, penapis ini akan terbuka bila kita duduk. Manakala, tertutup bila kita berdiri. Penapis ni dipanggil penyaring sfringer.
Dalam air minuman kita, ada pelbagai bahan-bahan yang belum tentu sesuai dengan fungsi badan kita. Jadi, air yang kita minum perlu dibersihkan sebelum diolah untuk kegunaan badan.
Jadi, disini lah penapis ini memainkan peranan dia. Kalau dekat rumah, kita guna penapis air untuk pastikan air minum bersih. Penapis di dalam badan kita pun memainkan peranan membersihkan air yang masuk dalam badan. Kalau kita minum duduk, maka penapis akan terbuka dan air yang diminum dapat dibersihkan sebelum digunakan oleh badan. Kalau kita minum berdiri, penapis akan tertutup dan terus pundi kencing kita.
Cuba bayang kan dalam air ada beberapa compound yang badan kita tak guna dan minum pulak dengan cara berdiri. Tak ada penapis yang membantu untuk membersihkannya. Jadi, bahan yang badan kita tak guna ni akan berkumpul dalam ureter. Lama-lama, bahan yang terkumpul ini akan bersatu macam keladak dan membentuk kristal atau batu karang. Tak bagus kan untuk kesihatan kita!
Jadi, kawan-kawan ada hikmah disebalik pesanan. hehehe.
Selamat beramal~
xoxo
Labels:
health is wealth,
Islam is universal
Khamis, 2 Februari 2012
Jawapan wordless
Salam pembuka bicara..
Haha.. Kelakar baca semua komen-komen kawan-kawan dekat entri semalam. [klik sini]
Sebenarnya, pagi semalam memang macam mengantuk je. Kalau ikut kan jadual tidur saya pukul 10 lebih. Kalau pukul 11 tu confirm dah tidur la. Tapi kan sejak sebulan lebih ada streamyx dekat rumah ni, jadual tidur dah jadi lain. Bertukar. Selalu terlajak tidur sampai pukul 12 lebih. Gara-gara, online la chatting dengan member yang duduk dekat perantauan la. Kemain kan?
Lepas sebulan baru ada efek dekat badan. Rasa macam lemau je pergi kerja. Jadi, saya kena kurangkan segala aktiviti tak berfaedah ni.
Semalam pulak, dah la macam lemau je kan. Lepas tu, sampai-sampai tempat kerja terus masuk stor sebab nak ambil syringe dengan sample tube. Masuk-masuk dah pening tengok stor. Stor lama dalam proses nak jadi kan bilik x-ray. Stor sekarang ni dah la kecik. Laluan muat untuk sorang je. Panas. Barang banyak bertindih-tindih. Kena punggah satu-satu barang untuk cari sample tube.
Akhirnya, saya jadi penat semalam. Tak mengantuk lagi. Tapi bila di tambah lagi dengan sampel darah yang super banyak dari biasa. Berganda-ganda la penat dan rasa gantok. Buat kerja berdiri pulak tu sebab rasa tak selesa buat kerja duduk. Meja tinggi sangat. Time lunch lepas solat terus tidur kejap.
Semoga hari ini lebih bersemangat. Tidur awal malam tadi. kehkeh

Rabu, 1 Februari 2012
Langgan:
Catatan (Atom)