Rabu, 30 November 2011

WW: Kena belajar!

Salam pembuka bicara..


Mak kata kena belajar. grrr.. Suka dengan perancangan member, lepas setahun kahwin baru fikir anak. Sekarang dah setahun boleh fikir pasal anak. Setahun untuk honeymoon. Z boleh ke?

xoxo

Selasa, 29 November 2011

Orang kahwin sabtu lepas

Salam pembuka bicara..

Aktivit hujung minggu yang penuh dengan undangan perkahwinan. Sinonim la kan, cuti sekolah dengan cuti kahwin ni. huhu

Hari Sabtu, lepas kerja saya terus pecut ke Tapah. Pergi wedding kahwin senior saya di UPM. Saya tak dapat nak ikut mak dan ayah saya menziarah rakan sepermainan saya yang telah kembali ke rahmatullah sebab tak dapat cuti. sob. Bos tak akan bagi cuti sebab nanti tak ada orang nak settle hal dalam lab. Dia sendiri tak nak masuk lab.

Gila susah nak cari dewan akak ni kahwin. Pusing-pusing Tapah tu banyak kali woo. Plan asal memang tak nak pergi sebab ingat kan ahad, rupanya sabtu. Sabtu free jadi tetibe jadi lah nak pergi. Dah la tak dapat kad (sebab last minute baru tahu sabtu), tak familiar dengan Tapah pun satu hal. Adalah pusing Tapah tu lebih 30 minit baru jumpa.

Signboard wedding ye kecil amat. Tak nampak. Sabar je la. Nasib akak nak menetap dekat Australia lepas ni, tak dapat dengar saya membebel tak jumpa signboard akak.

Meh tengok beberapa gambar dekat majlis my senior ni.




Barakallah buat kak syima dan pasangan!

xoxo

Isnin, 28 November 2011

Hasil kutipan hujung minggu

Salam pembuka bicara..

Inilah hasil kutipan dari Tapah, Semenyih, Teluk Panglima Garang dan Pulau Indah. Weekend ni ada lagi di Cheras dan Jengka. hukhukhuk.


Ada lagi yang tak ada dalam gambar ni. wuwu

xoxo

Ahad, 27 November 2011

Salam maal hijrah!

Salam pembuka bicara..

google

Maal hijrah itu sama lah dengan awal muharam. Sebagai peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan umat islam dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 masihi. Dimana bersatunya kaum Muhajirin dan Ansar. 1 Muharam diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Jangan kita lupa 1 Muharam adalah tahun baru untuk kita yang beragama islam.

Salam maal hijrah yang ke 1433 hijrah!

Suka dengan ayat ini yang rakan saya jadikan status FB nya : "Andai buruk 'daging' itu buruklah seluruh jasad nya. Andai baik 'daging' itu baiklah jasadnya. Dan ketahuilah sekeping 'daging' itu  adalah HATI". Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Dan semoga berjaya dalam azam tahun ini dan berjaya memperbaiki diri kepada seorang yang lebih baik!

xoxo

Sabtu, 26 November 2011

Review majlis tunang

Salam pembuka bicara..

Saya terlupa nak sambung review majlis hari tu. Ini adalah sambungan nya. Nak baca review pertama [klik sini]


h) Mini pelamin
Plan asal tak mahu pelamin segala ni. Bajet nak sarung cincin dalam bilik je. Sekali tu 2 hari sebelum majlis ye, nenek saya kata tak kan nak bergambar dalam bilik? Nanti kawan-kawan dengan sepupu dalam bilik, nak sarung cincin pun dalam bilik mestilah keluarga Z pun nak tengok jugak? Ok. Fine beralah saja lah kan sambil buat muncung? Tapi ada kebenaran ye. Family Z yang tak pernah jumpa saya lagi harus lah nak tengok jugak kan. Lagi 2 hari nak majlis ni taw. Stress sungguh masa ni.


Jadi, buat pelamin sendiri. Seharian saya siap kan hampir 100 kuntum bunga carnation dari crepe paper. Dua hari berturut-turut buat tangan saya biru-biru dan sakit. 1 crepe paper boleh dapat dalam 6 kuntum bunga. 1 keping crepe paper berharga 70 sen. Saya beli dalam 30 keping. Bunga ni hiasan di bahagian atas. Dawai bunga beli satu je RM 2 sahaja sebab boleh potong kecik-kecik. Solatape bunga dalam RM3 sahaja. Percaya lah, bunga ini saya akan recycle untuk buat bunga telur atau centre piece masa resepsi nanti. Penjimatan jangka panjang.


Beli juga dua pasu artificial flower. Satu pasu RM 44. Dapat banyak less sebab regular customer kedai ni. Gubah bunga free. Ayah buat kan bangku untuk duduk di mini pelamin. Tempat duduk tu alas dengan span. Lebihan span yang mak buat tilam kitorang landing depan TV untuk bagi bangku tu sedap di duduk. Tilam ni dah macam carpet dah. Asal tengok TV je, semua nak landing baring. Bantal hijau dekat pelamin tu ambil dari dalam kereta. Saya peminat keroppi. Recycle aje la bantal.

Kain alas bangku tu pakai kain ela putih yang sedia ada di rumah dengan kain langsir. Boleh? Kos DIY mini pelamin hanya lebih kurang RM 100 - 120 sahaja.

i) Mekap
Mekap sendiri, sendiri bajet timing la kan? Baru pakai make up base dengan BB cream dan tepek press powder, sekali tu cousin datang nak tengok samada nak alter bahu ke tak. Last-last dia tolong mekap kan sama-sama. Thanx cousin! Produk saya guna adalah produk yang biasa saya pakai pergi kerja. 

j) Handbouquet


Ini tak penting pun. Tapi sebab saya memang dah DIY carnation flower sendiri buat lah untuk bunga tangan sekali. Kos buat masuk dalam pelamin tadi. Reben hias bahagian pemegang tu dalam seringgit dua je. Seringgit dua pun nak kire jugak ke? erk..

Itu sahaja kot. Ke ada lagi ea? Seingat saya memang ini sahaja kos yang di gunakan untuk majlis tunang saya hari itu.
________________________________________________________________________________

Pada saya, kalau saya sanggup sacrifice sendiri, buat sendiri, kita dapat lagi banyak kepuasan dan pengalaman yang orang lain tak dapat. Orang kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Kalau nak jimat tu, kena plan betul-betul. Tak elok membazir. Itu amalan syaitan.

Yang lelaki, kena la pandai tackle awek kalau dia dah rambang mata. Biasa lah perempuan ni, bila tengok ni cantik nak, tengok sana cantik nak. Itu normal la kan? Macam mana korang handle awek tu yang penting? In the future, lelaki akan jadi ketua keluarga kan? Didik sikap kepimpinan dari sekarang. Jangan nak turut kan sangat perangai awek tu.

Yang perempuan, kalau tambah kerajinan lebih sikit dan pengorbanan lebih sikit, kamu akan dapat kepuasan yang tiada bandingnya. Jangan membazir pada benda yang tak perlu. Bersederhana tu lebih baik. Ini bukan perkara "aku ada duit, sukahati aku lah" atau "ala, bukan aku yang bayar pun". (walaupun memang ada orang yang berfikiran macam ni. up to you la) Terserah tapi ingat perempuan akan jadi seorang isteri dan ibu. Perempuan juga ada tanggungjawab untuk didik anak bangsa akan datang. Jangan jadi selfish. Didik diri untuk menjadi sederhana supaya anak-anak akan terdidik untuk bersifat sederhana dan tak jadi bodoh sombong.

Kemain lagi dhiera ni kan? Kalau boleh elak kan pembaziran. Saya pernah lihat satu perkahwinan yang penuh sangat pembaziran. Diam kan saja lah sebab kita bukan siapa-siapa. Nak tegur, mereka lagi banyak makan garam. Tapi bab pergi honeymoon, jangan berkira sangat. Sebab itu kali pertama berjalan bersama kekasih halal kan? hakhakhak. Saya simpan banyak duit untuk honeymoon dari majlis kahwin. Sila percaya!

Owh ya, sebelum lupa. Sahabat sepermainan saya semasa kecil-kecil dulu, telah kembali ke rahmatullah malam semalam sebab denggi. Pagi semalam pukul 11 lebih di masukkan ke ICU. Dan malam nya telah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah buat arwah!

xoxo

Jumaat, 25 November 2011

Roadtax degil

Salam pembuka bicara..

Hari yang tersangat busy. Sekarang baru dapat rehat sikit. *curi tulang dhiera ni*

Saya nak tanya  lah, macam mana korang tanggal kan roadtax kereta yang lama? Kot-kot ada yang pernah tengok orang tanggal kan road tax kereta yang dah expired tu.

Semalam, saya nak tanggal kan roadtax kereta yang dah expired. Ayah kata ada cara nya. Guna guna air, tarik pelahan-lahan. Pas tu basah kan kan lagi. Saya tanya guna spray aje boleh kan isi air? Ayah jawab boleh.

sumber: google

Mulalah misi menanggalkan road tax. Bahagian tepi dengan tengah road tax dah tertanggal tapi bahagian yang ada logo JPJ dengan ayat "kenderaan persendirian" tu tak boleh tanggal la plak. grr... Kenapa ye? Ayah kata dah lekat mati ni. Last-last, kami kikis pakai duit syiling sahaja sambil sapu petrol. Panas la kena pertol. Tapi tak lut jugak. Lepas tu, ambil body shower sapu-sapu kat situ sampai kikis ganas-ganas. Baru lah tercabut.

Afzainizam boleh tolong jawab cara terbaik nak tanggal road tax ni tak?

xoxo

Khamis, 24 November 2011

Review majlis

Salam pembuka bicara..

Kesian kucing semalam kan? Geram! Tak pe la, glamer sekali sekala kucing tu.


Sedikit rumusan mengenai majlis pertunangan saya yang lepas. Awas! Entri ini panjang!

a) Flow majlis
Majlis selepas zohor. Solat zohor -> bacaan tahlil -> makan tengah hari -> perbincangan -> sarung cincin -> sesi bergambar -> sesi bungkus makanan

b) Makanan
Ini saya serahkan kepada orang tua saya. Mereka lebih arif. Masak sendiri. Makanan nya adalah nasi putih, ayam goreng berempah, nangka campur perut masak lemak, sambal petai campur ikan bilis, kari daging, ikan masin, sayur goreng (kobis, kobis ungu dan kacang panjang) dan buah tembikai serta air sirap. Pasang 2 khemah. Anggaran bajet, saya tak tahu sebab memang serah bulat-bulat pada mak dan ayah. Yang saya tahu, tembikai tu RM10 ada 3 biji. hu

Yang nak bertunang tu dengan kawan-kawannya sekali, ingat ye makan siap-siap sebelum majlis. Kalau tak nanti lapar. Kita kena layan tetamu yang datang nanti.

c) Jemputan
Kaum keluarga dua-dua keluarga saya dan Z, jiran-jiran, orang masjid, wakil keluarga saya dan Z, rakan rapat saya dan Z.

d) Baju


Z pakai baju kemeja kerja sahaja. Saya buat baju kurung moden. Baju: nenek saya yang jahit. Manik: emak saya yang jahit. Kos baju dalam RM 100. Kain satin 4 meter (bidang 60) dan lace dalam 1 meter. Banyak lebihan kain satin. Kos manik dalam RM 24. Veil beli dalam RM 30. Tudung pakai tudung sedia ada.

e) Bantal hantaran


Lebihan kain satin buat baju buat 7 sarung bantal hantaran. Tambah 1 meter kain satin je. Ada extra lagi kain ye. Hiasan tepi bantal (manik gantung-gantung) semeter RM 4.90. Mula-mula nak buat sendiri bantal, sekali pergi ke Kedai Sakan ada jual bantal yang sesuai untuk buat bantal hantaran. Harga sebiji RM 3. Beli 7 biji. Sebenarnya, guna alas hantaran lagi jimat. Tapi saya mengada-gada nak jugak bantal hantaran sebagai investment. Saya akan sewa kan mungkin dan boleh jahit sarung baru untuk nikah nanti. Tapi pakai kain murah-murah pulak.

f) Hantaran
Plan asal 3 berbalas 5. Kemudian, jadi 5 berbalas 7. Pagi di hari kejadian majlis, jadi 5 berbalas 9. Mungkin saya anak sulung, jadi ramai yang sponsor. Hantaran yang betul-betul guna duit saya hanya persalinan lelaki untuk nikah sahaja.


Bantal hantaran tak cukup pagi majlis tu. Jadi, pakai alas dulang masa pak su saya tunang kot. Kaki dulang guna koleksi nenek saya sahaja. Owh, ya. Saya ada beli 4 bakul untuk stand by. 1 bakul RM15. Tapi guna 3 bakul sahaja.

Hantaran gubah sendiri. Tak kreatif pun buat-buat jadi kreatif. Hiasan guna bunga carnation crepe paper sahaja. Bunga ini buat sendiri. Kira masuk dalam kos buat pelamin la ye. Dari saya bertemakan hijau. Dari tunang bertemakan gold.

g) Photographer
Ya, saya ada photographer. Tapi menerima sebagai sumbangan ikhlas daripada paksu saya. Saya hanya guna kan khidmat pak su saya yang sememangnya seorang photographer part time dengan butik d'orange beauty gallery. Butik yang berada di Melaka. Tapi kawasan lain pun dia ambil jugak. Tak dapat nak tunjuk hasil beliau lagi sebab tak dapat gambar dari beliau. Gambar yang cilok dari FB beliau. Suka gambar ni dekat Broga Hill.


Nak tahu pakej atau caj beliau, silalah tanya ke FB beliau. Fazli Ismail. Sebut je nama saya. Insyaallah dapat best price kalau sebut nama saya. Saya tak ada print apa-apa album ke gambar ke sebab saya dah grab 2 buah photobook dari Photobook Malaysia masa promotion bulan 10 hari tu melalui groupon. Super duper jimat sebab harga asal photobook RM 208, promo hari tu RM 54 sahaja!

Plan akan datang, untuk nikah mungkin guna kan khidmat paksu saya. Tapi untuk majlis resepsi tidak mungkin sebab beliau antara orang penting untuk di ajak bergambar bersama. 

bersambung la ye.. panjang benor dah ni~ wink wink

xoxo

Rabu, 23 November 2011

WW: kena shot

Salam pembuka bicara..


grrr....

xoxo

Selasa, 22 November 2011

Curi-curi makan durian

Salam pembuka bicara..

Tak ada mood nak menulis panjang-panjang.

Sekarang ni asyik makan durian je. Rambutan dengan manggis tak usik pun. Memang malas nak kopek rambutan tu. Leceh!

Ahad ri tu, sorok-sorok makan durian dekat dapur dengan kawan-kawan saya. Meh layan setepek buat kenangan kamu semua.


Tiba-tiba nak masuk contest candid boleh tak?

xoxo

Isnin, 21 November 2011

Officially engaged!

Salam pembuka bicara...

Hari ini bekerja seperti biasa dalam keadaan sangat lemau, penat dan letih. Lagi-lagi, hari ini bermulanya adalah open day. Ke saya kena monday blues ni? ermm...

Saya ada khabar untuk disampaikan kepada rakan-rakan alam maya saya, rakan-rakan blogger. hek. (poyo jerk). Nak cakap bahasa inggeris ke bahasa melayu ye? lalalala. Gila hari ini.

Sebenarnya, semalam 20.11.2011 pada jam 2.42 petang, secara rasminya saya bergelar tunangan kepada Z. wink wink. Ok itu sahaja.


Saya rasa tak perlu untuk saya huraikan secara detail mengenai majlis ini. Mungkin dengan hanya summary yang ringkas (summary tu bukan ringkasan ke) akan saya kongsi dengan kamu semua. Mana tahu ada yang plan nak bertunang ke apa ke. Boleh dapat buah fikiran secara kasar. haha. Kesemuanya mengenai majlis ini buat sendiri atau buat oleh kaum keluarga dan orang-orang disekeliling saya. Dari baju, makanan, gambar, solek semuanya sendiri. Tak hire sesiapa pun~ Mungkin itu yang buat ianya lebih bermakna.


Kalau nak tahu details, silalah rujuk di sini dari masa ke masa. Insyaallah, akan saya update sikit demi sedikit.

Till here semua. daaa. Sambung kerja, open day ramai patient!

xoxo

Jumaat, 18 November 2011

Cik dila buli saya

Salam pembuka bicara...

Saya di tag dan dibuli oleh cik dila.

Jom kenal saya. hek

11 perkara tentang saya.

1. Dari dulu sampai sekarang, orang selalu salah eja nama saya. Mencik!
2. Kat sekolah, cikgu selalu panggil saya dengan nama adik saya dan vice versa. Nadhirah jadi nadhirul dan sebaliknya.
3. Saya tak suka orang tanya saya asal mana sebab saya tak tahu nak jawab apa, tempat lahir ke tempat tinggal?
4. Mula sekolah umur 4 tahun dekat Shah Alam
5. Sekolah rendah dekat Puchong
6. Darjah 3 hafal sifir 2 dengan 5 je.
7. Sekolah menengah dekat Klang
8. Pernah kena rotan dekat asrama sebab ponteng sekolah. Malu depan junior! arghh
9. Dulu nak jadi ahli farmasi tapi terjadi ahli nutrisi pulak.
10. Siapa kata budak nakal tak boleh berjaya? Kenangan jadi budak nakal best!
11. Kat matrik, classmate gelar saya budak nakal. Sebab tu ada dhieranottie~

Nakal saya sebab suka sakat orang saja ye.

Soalan cik dila.



1- nickname within family and friends
Family: kakak, dira
Friends: dira, adik

2- 3 tempat lepak yang best.
Jarang lepak kat luar la sayang~ Selalu lepak dalam bilik, dalam rumah je

3- nama tempat korang belajar dari tadika sampai sekarang.
Fuhyo.. banyak ye nak list. hahaha
Tadika Intan Jaya : 4 - 5 tahun
Tadika Kemas Felda Gedangsa : 5 tahun
Tadika Kemas Puchong Batu 14 : 6 tahun
Sekolah Kebangsaan Puchong Batu 14 : 7 - 9 tahun
Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana : 9 - 12 tahun
SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Kolej Matrikulasi Perak
Universiti Putra Malaysia

4- list gadget yang korang ada.
Tak ada gadget boleh? Handphone cap ayam yang berjasa

5- air terjun/laut/swimming pool jadi pilihan? why?
Air terjun best untuk berendam. Dah lama tak mandi laut. Swimming pool best. Asyik nak swimming dekat pool UPM je tiap-tiap kali turn perempuan.

6- Selalu bangun pagi pukul brp?
6.40 pagi. 

7. Nasihat yang paling berkesan dalam hidup.
Ayah cakap masa tengah stress exam dekat matrik : i know u can do it kakak. try your best. jadi contoh terbaik untuk adik-adik. Ada pemberi semangat disitu! Nasihat ke ni?

8. Describe rumah idaman anda.
Yang pasti perlu ada tanah.

9. Rapat dengan ayah atau mak?
Both.

10. Aktiviti lasak paling mencabar pernah korang cuba.
Survival. Redah hutan dengan kompas sahaja tanpa trek. Lepas tu kena tidur dalam hutan, pukul 9 malam baru jumpa tapak yang sesuai untuk tidur tapi kena tebang semak dan bersihkan kawasan dulu malam-malam. 
11. Akan datang korang prefer nak stay kampung or bandar?
Tak terfikir lagi kot. Boleh tak nak duduk dekat-dekat dengan mak. lalalala

Malas nak tag orang boleh?

xoxo

Khamis, 17 November 2011

Hati ko busuk ke?

Salam pembuka bicara...

Entri semalam [wordless wednesday].

Sebenarnya, geram dengan seseorang. Kawan. Ya, kawan yang tak berapa nak rapat.

Kemudian, sedih dituduh yang bukan-bukan. Buat saya terfikir, mana silapnya. Atau dia yang terburu-buru kemudian terus menghentam tanpa bagi peluang untuk saya terangkan duduk perkara sebenar? Kenal dah lebih 10 tahun, kenapa ada macam rasa dengki?

Lagi sedih sebab dia membawa imej yang baik. Tapi hati dia tak berubah walaupun dia pandai bermain dengan hadis. Mungkin sebab dia perempuan. Perempuan suka beremosi. Tapi, perkara yang cuba diperbesarkan ini secalit pun tak ada kena mengena dengan dia. Malah, perkara itu tak ada apa-apa pun yang terjadi. Seolah-olah, dia cuba melagakan persahabatan saya dengan rakan rapat saya. Kenapa?

Izzysabki pernah tulis "Iman itu letaknya pada hati. Andainya hati tidak dipelihara dengan baik, segala tindakan juga pastinya tidak menjurus ke arah kebaikan."

Sedih jugak sebab hati saya digasak dengan fikiran yang bukan-bukan disebabkan dia. Saya cuba memujuk supaya tidak berburuk sangka dengan dia. Sabarkan hati. Berusaha untuk tidak palit kan rasa benci pada dia. Tapi, dari dulu hingga sekarang dia masih bersikap macam ni bila dengan saya walaupun saya sentiasa cuba berbuat baik pada dia.

Saya tak faham.

xoxo

lega ok luah kat sini.

Rabu, 16 November 2011

wordless wednesday

Salam pembuka bicara..

Perasaan hari ini...


kemudian,


xoxo

Selasa, 15 November 2011

Pelawak veteran

Salam pembuka bicara..

Ahad lepas, saya attend satu kenduri kahwin ni dekat Sungai Buaya. Anak kepada senior ayah saya masa sekolah dulu yang kahwin.

Makan kenduri ni memang membuka selera sebab dia guna ayam panggang dengan sotong. Yummy! My favourite sebab tu suka makan dekat Kenny Rogers.


Tapi yang paling best, ada kumpulan kugiran yang menghiburkan tetamu. Unik. Masa nak balik tu pula, terjumpa pula dengan Wazata Zain.


Ayah saya la paling sakan sebab dia memang peminat Wazata Zain ni dari kecik-kecik. Saya tak kenal. Jadi, saya blur. Tanya pada ayah, siapa tu? Ayah kata ini lah Wazata Zain. Pelawak, pengarah, pelakon. Kiranya masa zaman ayah saya kecik-kecik sekolah rendah tahun 60-an ke 80-an, memang Wazata Zain ni famous amos la. Saya sendiri lahir tahun hujung 80-an, memang sah-sah tak kenal.

Sebab Wazata Zain (atuk sepatutnya sebab beliau lahir tahun 1939) ni cakap dalam fb dia "Kalau anak-anak kecil kini asyik menonton rancangan kartun seperti Spongebob Squarepants, rakan sebaya mereka pada era 1980-an pasti ternanti-nanti siri Cumi & Ciki. Nostalgia telatah boneka kupu-kupu dan monyet itu tidak sempurna tanpa Wazata Zain".


Cumi & Ciki??? Saya tak ingat kalau ada cerita kartun ni. Sebab zaman kanak-kanak saya, saya tengok cerita ultraman, tom & jerry, scoby doo, popeye, adam and family ke apa tah. Waktu ni tak ada astro tapi ada MegaTV. Itu yang pasti sebab saya hadap channel kartun 24jam. Saya terlalu taksub dengan ultraman sampai kan saya tertipu dengan ayah yang bergambar dengan raksasa masa ayah kena bekerja di Jepun.

Pelawak veteran ni ramah taw orangnya. Dan suka senyum.

Inilah pertama kali jumpa, pelawak veteran yang sezaman kelahiran dengan nenek atuk saya. Korang kenal tak siapa Wazata Zain ni? Ke saya sorang je yang tak kenal?

xoxo

Isnin, 14 November 2011

Subaru la kawan-kawan

Salam pembuka bicara..

Entri teka-teki yang tak ada hadiah. [klik sini] hek

Jawapan paling tepat dan cepat adalah jawapan aReLan. he. Saya memilih untuk mengekori subaru. huhuhu. Sebabnya, itu kereta idaman Z. Tak ada kena mengena.


Kawan-kawan, jom ramai-ramai berblogwalking ke blog aReLan. [klik sini] Pengalaman hidup di Jepun dia banyak taw. lalalala

Hari ini busy lagi. Bye!

xoxo

Sabtu, 12 November 2011

Subaru atau skyline?

Salam pembuka bicara..

Pagi tadi, saya dah dapat blogwalking semua komen-komen yang menjengah. he

Jom berteka-teki.

Di suatu pagi yang hening di Lebuhraya Kesas berdekatan plaza tol awan besar, saya terjumpa dua buah kereta yang menarik minat saya. he

Agak-agak, saya pilih kereta yang mana satu. Subaru ke skyline? hek


Ce teka? Ce teka? Senang je jawapan ye. he

xoxo

Jumaat, 11 November 2011

Spontaneous: blogwalking

Salam pembuka bicara...

Spontaneous la sangat. Korang korang, saya tak dapat nak blogwalking. Sorry ye kawan-kawan. Bila saya sudah betul-betul free, saya akan blogwalking kamu semua.

sumber: google

Rindu ye nak melawat blog-blog korang!

xoxo

Khamis, 10 November 2011

Bulan kesihatan 2011

Salam pembuka bicara..

Saya sangat terharu dengan komen-komen semalam. Terima kasih semua. Minggu ini dan minggu depan, saya sangat busy. Mungkin akan jarang menghadap blog. Eh, tak. Sebenarnya bulan ini saya sangat busy. Saya akan cuba buat autopublish post la kalau sempat dan tak penat.

Sekarang kan tengah musim bulan kesihatan.


Semalam, saya perlu educate staf di UPSI sambil promote dan bercerita mengenai health screening. Ambil darah orang memang pekerjaan saya. Buat kerja lab pun memang pekerjaan saya. Bagi consultation pun kerja saya. Penat sungguh semalam. Tapi best sebab dah lama tak buat outside health screening. Masa belajar dulu je selalu buat outside health screening. Paling jauh, saya pergi Jeli. Apa khabar keluarga angkat ku di sana?

Saya tunggu HPV vaksin diberikan di LPPKN. Jeles dengan government servant sebab dorang di caj RM161.40 sahaja untuk 3 dos. Sangat murah. Dekat tempat kerja saya, even dapat staff price, HPV vaksin masih sangat mahal. Untuk 3 dos RM550. er.. Ya, lagi baik mencegah dari mengubati. RM550 tu sangat murah untuk penjagaan kesihatan seumur hidup. Yang bernama wanita tu ambil lah vaksin ni sebagai perlindungan kanser servik. Umur paling sesuai adalah umur pertengahan 20an. Saya hampir masuk umur 20-an. Kalau bajet 2012 yang dicanang beri suntikan HPV vaksin pada orang awam itu betul-betul dilaksanakan tahun depan, saya tunggu. Jika tidak, saya leburkan saja duit tu.

*apa motif entri ni?

xoxo

Rabu, 9 November 2011

Cinta 365 hari

Salam pembuka bicara..

Mood hari ini down sebab Z kena ber"outstation".

Yang paling merisaukan, dia ber"outstation" di Bangkok. Melawat kilang customer di sana. Bangkok masih banjir tapi rasanya kawasan kilang yang dia akan pergi tak banjir kot. (sedapkan hati sendiri). Hujung minggu nanti baru dia balik ke Malaysia semula. sobs.

Hari ini genap lah setahun kami berstatus teman tapi mesra. Setahun lagi untuk menjadi kekasih halal. Can't wait!


Entri tahapehape je hari ini sebab kena duty dekat Pusat Kesihatan UPSI hari ni. Muntah amek darah la gamak ye. Ok. Bye!

xoxo

Selasa, 8 November 2011

Resepi: Apam polka dot versi dhiera

Salam pembuka bicara...

Buat pertama kalinya, saya buat apam polka dot bersama adik-adik. Bukan pertama kali buat kuih dengan adik tapi pertama buat apam polka dot.

Senang nak buat tapi resepi yang tersebar di internet ni semuanya pakai gram. huh! Tak praktikal pada saya. Macam mana nak agak berapa gram. grrr.. Last-last convert sendiri. Tapi apam ye berongga udara. Serius tak tahu kenapa macam ni.

Meh saya share resepi apam polka dot versi dhiera!

Bahan-bahannya:
1 cawan gula halus
3 biji telur
Sedikit esen vanila (my version letak 1 penutup esen vanila)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar baking powder
1/2 cawan low fat milk
1/2 sudu besar ovallete
Jem (my version guna blackcurrant dengan rasberry)
Papercup

Cara-caranya:
1. Pukul gula dan telur sehingga kembang / jadi warna putih
2. Tambah esen vanila dan ovallete kemudian pukul
3. Masukkan tepung gandum, baking powder dan low fat milk kemudian gaul sebati.
4. Asing kan adunan (barter) mengikut berapa warna nak guna.
5. Masukkan adunan separuh papercup kemudian tambah jem dan tutup balik dengan adunan tepung tadi.
6. Kukus selama 15 minit.

Hasilnya, adalah begini.


Kalau korang buat tak jadi, saya tak bertanggungjawab ye. Menyampah tengok rongga udara tu. Mungkin kena kukus sekali dengan kain kot untuk serap air wap dalam periuk kukus tu.

Oh ya, kot-kot kamu ada resepi apam polka dot yang tak pakai gram, share la dengan saya.

xoxo

Isnin, 7 November 2011

Salam aidiladha semua!

Salam pembuka bicara..

Tak ter 'update' blog sebab permintaan dari pak cik saya yang pelbagai! Hari ini saya bekerja! sobs

Malam raya, kami bakar lemang sampai pukul 12 malam! Gara-gara lemang tepung yang lambat masak.


Akhirnya, tertunai juga permintaan pak cik saya nak bakar lemang walaupun hari hujan!


Dikesempatan ini, saya nak ucapkan salam aidiladha. Raya aidiladha 3 hari kan? Marilah kita bersama-sama menghayati pengorbanan nabi kita yang nawaitunya untuk mentaati peintah Allah SWT. May sincerity and honesty grow more in our hearts. Semoga beroleh kifarah!

xoxo

Jumaat, 4 November 2011

Makan-makan di Restoran Din, Kampung Jawa

Salam pembuka bicara...

Kawan rapat saya masa sekolah ada mesej “dira tak mai sini ke minggu ni?”. Terus rasa rindu dekat dia dengan anak-anak dia yang comel-comel tu. Kebetulan birthday anak sulung dia semalam. Dia pesan nak kek coklat atas ada strawberry. 'alahai, imah. auntie tak sempat nak pergi klang la bulan ni sayang'

Rumah dia ni dekat dengan rumah Z. Selalunya, saya akan melepak dekat rumah dia kalau datang Klang. Tapi tak pernah jumpa husband dia. Husband dia selalu kena kerja sabtu ahad. Anak-anak dia sangat comel. Last kami jumpa, awal bulan Oktober. Maknanya dah sebulan tak jumpa Z dah. Suka sangat borak dengan dia sambil melayan anak-anak dia yang pandai-pandai ni. Dorang panggil saya 'auntie' padahal umur belum masuk pertengahan 20-an lagi. Terasa tuanya saya.


Saya suka buat entri basi kan? Tapi nak buat juga. Malam tu kami makan-makan di Restoran Din dekat Kampung Jawa, Klang. Ramai sangat orang makan dekat restoran ni. Makanan dia pun sedap. First time makan kat sini. Ada kerang bakar, keropok lekor, satay macam-macam lah.


Lagi-lagi tomyam ni. Sangat sedap.


Tapi sambal belacan dia memang hampeh abes lah. Putus selera kalau makan.


Jumlah semua makanan hampir RM40 je. Murah kalau nak dibandingkan dengan set yang dorang dah sediakan. Mungkin sebab kami tak order ikan bakar kot. Datang dengan budak-budak kena tengok juga selera budak-budak ni. Dorang yang tengah membesar, jadi utamakan keperluan dorang. 

Lain kali, kalau datang sana lagi. Confirm nak pekena tomyam dekat sini lagi. Sedap!

xoxo

Khamis, 3 November 2011

Sawah padi yang menghijau

Salam pembuka bicara..

Entri semalam entri autopost. Rupanya, ramai jugak yang tak tengok bini-biniku gengster lagi.

Semalam saya bercuti sebab nak pergi pejabat KWSP Kuala Selangor. Ikut emak claim duit kwsp masa bayarkan duit adik saya masuk UTeM hari itu. Lepas itu, terus pecut ke Sungai Besar. Kononnya, nak shopping kain baju. Yang dapat hanyalah kain langsir sahaja.

On the way balik rumah, kami lalu kawasan bendang yang menghijau dekat Sungai Panjang. Sebenarnya, dekat Sekinchan pun ada sawah padi juga tapi tak ada feel nak ambil gambar sebab banyak sangat peniaga kecil di tepi jalan. Cantik!


Tapi tangkap gambar lupa nak turun kan tingkap jadi nampak gelap.


Seronok kalau tiap-tiap hari dapat tengok view macam ni. Lalu dekat restoran makanan eksotik, restoran selera rimba. Terus teringin nak makan lagi sekali dekat situ~

xoxo

Rabu, 2 November 2011

Kesian baru tengok bini-biniku gengster

Salam pembuka bicara..

Wekeend hari tu memang diisi dengan menonton movie jerk. Cerita yang baru juga saya tengok adalah cerita `Bini-biniku Gengster’.

Malas nak review sebab ramai lagi yang dah tengok cerita ni dan ramai yang dah buat review. Saya ni je yang baru terhegeh-hegeh tengok. Sebelum ni, memang tak ada masa. Sila percaya, kali terakhir saya menonton wayang masa tengok cerita X-men. Itu pun sebab saya memang peminat tegar x-men.


Cerita ni boleh tahan best juga kan? Ingat kan Shaheizy Sam tu memang macam bodoh-bodoh kena buli rupanya tak. Dia pun gengster juga. Pandai pula dorang nak satukan geng-geng gengster ni. Paling suka watak Manja. Seorang isteri yang serba boleh! he. Tapi watak Mat Saja tu memang boleh makan pelempang saja-saja je.

Entri tak ada motif.

xoxo

Selasa, 1 November 2011

Aku tak bodoh

Salam pembuka bicara..

Sila percaya saya baru je tengok cerita 'aku tak bodoh' ahad hari tu. Kesian kan? Cerita tahun lepas kot ni. Tengok melalui youtube je. Cerita ni adaptasi dari cerita cina "i am not stupid" arahan Jack Neo tu.

Saya suka pengajaran yang ada dalam cerita ni. Saya senaraikan beberapa babak yang saya ingat dalam cerita ni

Kebanyakan orang dewasa, mereka menganggap sikap mereka yang suka membebel itu adalah salah satu cara mereka berkomunikasi dengan anak-anak. Bila dah selalu sangat budak-budak ni dibebel, dorang pun mulalah amalkan istilah "masuk telinga kanan, keluar telinga kiri"


Selalu sangat anak-anak tidak diberi peluang untuk membela diri mereka sendiri. Bila anak-anak mula nak defend diri, orang dewasa kata mereka nak menjawab. Bila mereka tak mahu cakap, orang dewasa cakap "kenapa? Kena sampuk?". Nak jawab salah, tak nak jawab pun salah.

Orang dewasa suka cakap lain, buat lain. Dalam cerita ni, mak bapak si Roy dengan Jefri selalu kata 'masa tengah makan, jangan sms, jangan jawab telefon'. Tapi bila hp mak bapak dorang yang berbunyi, boleh pula jawab. Sepatutnya, orang dewasa kena jadi contoh pada anak-anak tapi yang berlaku lain pula.

Sikap ibu bapa yang tak beri perhatian pada anak-anak, sibuk dengan kerja dan selalu marah-marah akan menyebabkan anak-anak jadi bermasalah sebab dorang nak kan perhatian.


Buang sekolah tak selesaikan masalah tapi menyebabkan lagi banyak masalah-masalah sosial. Sebab budak-budak ni, dah la tak dapat perhatian ibu bapa, tak bersekolah, sah-sah banyak masa mereka yang terbuang dengan cara yang tak produktif macam melepak, kacau orang. Last-last, mereka mencuri

Paling best adalah part cara budak-budak berfikir, mereka fikir kalau dorang pegang tangan, lari-lari keliling pokok boleh sebab kan perempuan mengandung sebab pengaruh TV dari cerita hindustan. Hindustan kan selalu ada aksi-aksi nyanyi-nyanyi, golek-golek kat tanah, pusing-pusing pokok. hek. Pandai pula bagi makan nenas sebab nak gugur kan kandungan.

Bila anak dah tolong mak atau ayah dia, instead of bagi penghargaan atau cukup dengan ucapan terima kasih, anak-anak dimarah sebab berani pegang barang-barang dia. Sedangkan anak-anak ni, nak kan mak atau ayah dia bangga dengan kebolehan dia.

Saya paling suka bila ayah budak-budak ni cakap "tak ada anak yang tak boleh diajar tapi ada ayah yang tak pandai mengajar". Kalau ada yang belum tengok cerita ni terutamanya yang sudah bergelar ayah dan ibu atau yang bakal-bakal kahwin tu, saya rekemen tengok lah cerita ni.

xoxo