Selasa, 16 Januari 2018

Pengalaman Guna Essential Oil (EO) dan Produk EO untuk Anak

Salam pembuka bicara..


Mungkin ramai dah tahu tentang kebaikan essential oil (EO). Tah-tah ada kot antara kawan-kawan yang jual EO ni. As for me, EO ni macam works jugak la especially untuk dzikri, si budak yang susah makan ubat tu. In case, kalau dia demam dan tak sihat memang saya sapu anything yang bersumberkan EO, alhamdulillah tak lama lepas tu sihat dah dia.


Saya bukan lah penjual EO tapi saya pengguna EO pelbagai jenama. Yang mana serasi dan murah dan jimat tu, itulah yang saya beli. Hahaha. Jenama EO ni ada banyakkk. Yang paling famous amos tu Young Living la kan. Tapi saya guna juga jenama yang lain seperti Doterra.


Bonus baru ni pulun beli blend EO preparation untuk beranak dan tambah anak


Lepas tu kan banyak jugak balm atau produk-produk yang berasaskan EO jugak kan. So far, biasa saya guna jenama Scent Sync dan Mama Homemade. Ada juga orang perseorangan yang saya order blend EO. Blend EO ni maksud nya adalah EO yang telah didilute. Pada saya, beli blend EO lagi jimat dari EO sebotol terus.


Yang ni borong balm Mama Homemade. Share share 1 ofis.


Anak bujang memang jarang sangat lah tak sihat. Alhamdulillah. Kalau dia demam pun tak sampai, 24jam dia kebah dah. Bab ni saya memang lega juga. Mudah menjaganya. Kali ni, saya share dulu setakat pengalaman ciput guna EO dan seangkatan dengan untuk anak dulu ye.



Demam

Kalau dzikri demam, saya sapukan EO Lemon dekat dia tapi dilute dengan virgin coconut oil (VCO). Kadang-kadang, saya layerkan jugak dengan EO Peppermint. Dekat rumah tu, saya memang ada EO basic ni iaitu Lemon, Peppermint dan Lavender. Lepas tu, kalau demam dari siang, saya akan mandikan dia dengan titisan EO Lemon ni. Lemon ni macam agen penyejuk membantu menurunkan suhu badan anak yang panas. Peppermint pun memainkan peranan yang sama. Nak cakap lelebih, saya tak mahir la pula.


Selesema, Batuk dan Berkahak


Kalau dzikri selesema, batuk dan berkahak pulak, saya lebih sukakan guna Mama homemade Garlic Balm. Dia ada banyak variasi bergantung pada umur anak. Kandungannya sama cuma kepekatan bahan tu berbeza. Pernah juga guna EO R.C dari Young Living dan Scent Sync Cough and Cold Care (CCC) Balm. Tapi nampaknya dzikri lebih serasi dengan Garlic Balm dari Mama Homemade. Cuma dekat rumah pengasuh saya bekalkan jugak Scent Sync CCC. Pengasuh pun suka pakai balm CCC ni sebab katanya hingus cepat kering. 


Susah nak Tidur/ Penenang
Budak-budak ni kadang-kadang ada masa susah betul nak tidur lebih-lebih lagi kalau balik rumah nenek atuk dia. Mak dia memang lebur dulu la. Harapkan makcik-makcik dzikri yang balik sekali tu melayan dzikri main sampai tengah pagi. Kadang-kadang atuk nenek dzikri pun jadi burung hantu sama. Melayan cucu punya pasal. 
Dulu, saya ada pakai balm Easy Sleep dari Mama Homemade tapi efek dia lambat jugak lah. Sekarang, saya lebih suka sapukan Baby Lotion dari Scent Sync. Cepat gak la dia efek mengantuk dan tenang dia tu. Ikutkan ramuan EO dalam Easy Sleep Balm lagi banyak dari Baby Lotion tapi tak pasti lah kenapa efek lambat sangat. Hahaha. Pakai lotion ni sebenarnya mendatangkan masalah jugak dekat saya sebab dengan saya sekali nak tidur.
Saya pernah cuba diffuse lavender dulu tapi saya pulak yang kurang suka bau lavender ni. Lepas tu, tak da dah diffuse lavender dah. 


Melembabkan Kulit Anak


Tujuan asal beli Baby lotion dari Scent Sync tu adalah sebab kulit dzikri ni nampak macam kering sikit. So, beli ni untuk buat sapuan yang melembabkan kulit dia. Tapi rupanya dia memberi kesan penenang jugak. Mungkin dalam dia ada lavender sekali kot. Lavender memang bagus untuk kulit. Frankincense yang ada dalam lotion ni pulak merupakan King of Oil dalam dunia EO ni. Mahal gila kot kalau nak beli sebotol. Tapi memang dalam list nak beli.


Benjol dan Melecur
Budak lasak kan kalau lompat sana, lompat sini, main sana sini, kadang-kadang dapat lah dia satu dua benjol dekat kepala la memana. Sebagai ibu yang sangat protective, dengan segera ibu sapu EO Frankincense dekat tempat berbenjol atau bengkak tersebut. Frank ni pada saya macam EO yang tak panas sangat, kadang-kadang tu saya sapu neat je, kadang-kadang saya sapu dilute. EO Frank ni saya ada tak banyak dalam 1ml je. Dapat free gift dari seller Doterra dulu. Sepatutnya kita guna dengan cermat la sebab tak banyak kan.
Boleh dikatakan EO Frank antara EO favourite saya. Saya pernah bengkak di gusi sebab cabut gigi bongsu. Saya sapu EO Frank ni dekat pipi dan leher saya. Layer dengan EO lavender. Dalam gusi tu, saya sapu EO Thieve. EO Thieve ni dapat free gift dari Young Living dalam sample pack dorang tu. 
Satu lagi yang saya suka EO Frank ni adalah kalau terkena minyak panas ke air panas ke cepat-cepat lah sapu EO Frank. Kesan melecur langsung tak keluar. Saya dah 2-3 kali jugak dah terkena minyak panas. Ada sekali kena teruk sangat kena minyak panas. Sapu EO Frank, kesan hitam langsung tak da. Kulit gelembung lagi lah tak da.
Sebab tu EO Frank ni antara list EO saya nak beli.


Ubat gigi
Untuk dzikri, dari start saya pakai ubat gigi untuk dia, saya memang guna KidScents Toothpaste. Dari packaging lama Kidscents berperisa Thieve sampai lah ke packaging baru berperisa Oren saya memang pakai hat ni je untuk ubat gigi anak.


Trial Set Baby Balm 


Ni satu lagi yang saya pernah beli. Tapi saya tak pakai dekat Dzikri la. Saya beli buat hadiah untuk anak buah baru saya. Sekarang, mak pak anak buah saya ni (adik dan adik ipar saya) adalah antara pengguna tegar balm keluaran Scent Sync. Even nurse yang datang melawat masa adik ipar saya berpantang pun terkejut sebab Tummy Tamer (salah satu balm dalam set ni) sangat membantu mengurangkan masalah kembung anak buah saya.

Baru ni adik saya repeat balm 2 ni

Rasanya dah banyak kali dah adik saya ni repeat order balm ni padahal anak baru 3 bulan. Tapi yang dia repeat order tu bukanlah trial set. Dia repeat mana-mana balm yang serasi dengan anak dia la, sesuai dengan penggunaan dorang.


Ini lah sedikit sharing pasal EO dan seangkatan dengan nya yang saya pakai untuk anak. Kot ada mak-mak yang nak cuba boleh lah cuba contact seller ni:-


Seller EO Doterra
Instagram ID: stealing.sunshine
Nombor telefon: 019-2284725 (Eqin)


Seller EO Young Living
Yang ni saya beli dari ramai orang sebab orang-orang yang saya beli basically adalah kawan-kawan saya dan bukan semua antara mereka yang memang jual produk ni. Ada tu jadi ahli semata-mata sebab dorang guna produk ni. 

Yanie


Seller Mama Homemade
Izza (seorang blogger jugak [link])
Nombor telefon: 019-6683098


Seller Scent Sync
Tqah (blogger dan founder By Tqah Nasir)
Nombor telefon: 019-6348003


Kalau ada yang berkenan nak pakai mana-mana produk atas ni, boleh la cuba contact seller-seller ni. Cakap je dhiera yang bagitahu. Tapi tak janji la dapat diskaun. Hahahaha


xoxo
dhiera

27 komen:

cikyan berkata...

mcm best je kan... nk try jugak la nnt..

dear anies berkata...

kebelakangan ni bila tgk kt ig ramai yg guna EO dan yg kaitan dgn nyer terutama mereka yg ada anak autism...

byk betul dhiera beli ya ;-)

E'in berkata...

ramai kawan e'in yang jual nie.. tapi tak sempat nak beli lagi..

Fatin Shahrizam berkata...

Macam macam jenis fungsi ada eh. Memang terbaik. Boleh cuba satu hari nanti.

Atie Zieya berkata...

good review ni.. boleh jgk klu nk try nanti

dhiera zainudin berkata...

@Nur Azian Jaafar
untuk kita yang dewasa pun sesuai. nanti saya share

dhiera zainudin berkata...

@dear anies
betul. its good for autism too. cuma eo ni bukanlah ubat.
tapi its works naturally for me

dhiera zainudin berkata...

@E'in
ramai kan orang jual sekarang. kite pun support kawan-kawan since its works

dhiera zainudin berkata...

@Fatin Shahrizam
1 jenis EO ni ada pelbagai fungsi dia jugak. bukan 1 eo berfungsi untuk 1-2 je

dhiera zainudin berkata...

@Atie Zieya
its good for us yang adult ni jugak taw

Zaleha Pengedar Vivix Shaklee berkata...

famaous EO ni. benda yang baik memang elok dikongsikan.

mamapp berkata...

Banyak fungsi yg bagus2 lah

Jari Manis berkata...

Pelbagai jenis produk rupanya..baru tahu pasal EO ni..boleh la cari kalau nak

nohas berkata...

saya cuma beli YL lavender, utk stress-reliever..mngkin boleh try yg lain2 jg..

Eeiou_ berkata...

packaging dia comel jeeee.

Nina Mads berkata...

rata2 parents yg ada anak autism pun dorang pakaikan EO ni. sapu2 nanti anak akan calm down sendiri.

Ana Suhana berkata...

Sekarang ramai dah berpaling ke arah EO ni sebab tau kebaikan EO kan. Dan banyak juga produk berasaskan EO tgh naik dkt market skrg ni. Ana ada cuba 2 produk EO ni dan serasi dgn ana. Suka sgt.

Azhafizah MN berkata...

Teringin nak mencuba nanti. Suka bau bau wangi semerbak dalam rumah.

dhiera zainudin berkata...

@Zaleha Pengedar Vivix Shaklee
kan. memang ramai menggunakannnya sekarang

dhiera zainudin berkata...

@mamapp
betul 1 eo ada banyak fungsi

dhiera zainudin berkata...

@Jari Manis
haa..boleh la cari nanti kalau nak. contact dekat entri tu

dhiera zainudin berkata...

@nohas
saya pula macam kurang suka lavender. stress reliever ni saya sukakan stress away. bau dia lebih wangi

dhiera zainudin berkata...

@Eeiou _
tu la

dhiera zainudin berkata...

@Nina Mads
baru-baru viral utk digunakan pada anak autism kn

dhiera zainudin berkata...

@Ana Suhana
betul. sekarang rmi sgt beralih ke EO. saya pun suka!

dhiera zainudin berkata...

@Azhafizah Md Nor
cuba lah iza. best!

Azlinda berkata...

Akk dah pakai doterra dan young living..