Sabtu, 5 Mac 2011

Nak cari tempat makan murah, sedap dan berbaloi? Ada kat sini.

Salam pembuka bicara..

Memang dah jadi rutin untuk makan besar tiap-tiap bulan. Semalam kami makan besar di satu restoran yang memang mak dah lama asyik sebut-sebut nak makan kat situ.

Ternyata memang berbaloi pun makan kat sini sebab kami makan

sup tulang yang lazat dan banyak saderi.

+

Telur bungkus yang tidak menggunakan kacang pea dan jagung.

Saya memang suka kalau tak ada kedua-dua sayur itu. Isi dalam telur bungkus sangat mampat dan banyak. Dalam telur bungkus ada telur hancur lagi

+

Ayam masak halia.
Sedap betul makcik ni masak. Ayam dia banyak dan besar. Memang tak kedekut mak cik ni.

+

Sayur kailan masak ikan masin.
Yang ni, sayur dia kurang masin sebab ikan masin dia dah habis. Tapi dia gantikan dengan ikan bilis goreng yang ditabur atas sayur.

+

Cendawan goreng.
Makanan ini memang sangat best sebab cendawan dia lembut-lembut. Senang je nak potong guna sudu. Hidangan dia menggunakan bekas yang sangat besar. Kalau nak banding dengan pasar 1cawan tu dah rm1 ke rm2 tapi rasa tak berbaloi sebab sikit dan cendawan dia dah potong-potong kecil. Tapi makcik ini punya, memang original size dia bagi.

Inilah makan yang saya dan family saya makan. Tak ramai pun 4 orang aje yang pergi makan luar ni sebab yang lain duduk asrama. hu. Ayah sampai tambah nasi. Kiranya nasi putih semalam ada 5 pinggan.

Air pula. Air dia kurang mengancam sikit sebab air dia manis. Saya tak suka minum air yang terlalu manis ini. Kami order kopi O ais (ayah punya), saya dan mak fresh oren dan adik fresh apple. Air epal dia ada campur dengan asam boi sekali. Jadi adik kurang minat.

Jumlah belanja = RM40 sahaja tunai. Murah kan? Bab makan memang berbaloi tapi bab air je kurang sikit. Tapi kami tetap puas sebab makanan dia best dan murah.

Kat mana tempat ni? Dekat Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu. Dekat dengan BHPetrol petrol pump. Ada sesiapa tahu ke tempat ni?

Oh ya, semua gambar kredit to google. Semalam sebab excited sangat lupa plak nak tangkap gambar. lalala
xoxo

p/s: oh ya, jangan lupa tekan nuffnang saya kat tepi tu. saya tengah kumpul duit kahwin ni. terima kasih

4 komen:

sue berkata...

hai assalamualaikum..tq..komen kt blog akak.. insyallah doakan bby akak kali nie selamat.. makanan hypoglycemic tue cm ne..share ngn akak boleh..

Unknown berkata...

perut lapar tengok makanan ni

dhiera berkata...

@ kak sue: ok,no hal..jpg saya gtaw akk ea..

dhiera berkata...

@ a'im: kalau tengah lapar n nampak makanan lagi lapar kn?