Isnin, 21 Mac 2011

Kek murah-murah dan tempat santai free

Salam pembuka bicara..

Biasanya bila awal bulan, poket sudah kembung, saya memang tak akan melekat di rumah. Tahu-tahu je lepas kerja hilang pergi jumpa rakan-rakan. *kamu tahu tak, saya amat rindu kan masa belajar saya dimana saya boleh melepak bersama-sama mereka, pergi jalan-jalan bersama mereka dan belajar bersama-sama mereka.

Sebenarnya saya nak cerita, hari itu saya keluar dengan Z dan adik saya. Balik tu kami beli kek yang dijual kat PKNS Shah Alam 3 bji RM6.00. Murah kan? Dan pizza buatan Jusco Bukit Raja. Dan makan di bawah rumah adik saya. Ala, flat merah depan UiTM tu.


Ini port mula-mula saya duduk, excited nak makan padahal baru lepas makan. Kemudian, adik saya tegur "eh, nak makan kat sini ke? sana ada kerusi lah"

Ok, kemudian kami beralih tempat.

Nak tahu rupa makanan yang buat saya macam starving tu.

Inilah rupa kek coklat, tiramisu dan black forest. Nampak macam sedap tapi rasa ok ok la~


Inilah rupa pizza yang beli di la Boheme Jusco Bukit Raja. Adik saya yang pilih untuk makan ini.

Oh ya, pagi ini saya diceramahkan oleh seseorang supaya saya kahwin cepat dan bertunang paling lama 6 bulan. Sebenarnya, sudah 3 hari saya mendengar ceramah yang sama. Mungkin betul, orang kahwin lagi murah rezeki. Tapi saya rasa secara mentalnya, saya agak belum bersedia. Mungkin sebab saya lebih banyak bergantung pada keluarga kot walaupun sudah 10 tahun berpengalaman duduk di asrama.

Bercerita hal ini membuatkan saya terfikir kan Z. Pada saya, Z pun mungkin belum cukup bersedia disebabkan kerjayanya yang baru sahaja stabil.

Malah keluarga saya juga mempunyai perspektif dan kriteria yang tinggi dalam memilih seorang menantu walaupun nampak macam tak kesah sahaja. Kadang-kadang mulut cakap lain, hati cakap lain atau hari ini cakap lain, besok cakap lain. Kalau lah saya diberi hak untuk membuat keputusan yang sememangnya keputusan yang saya inginkan. Mungkin juga disebabkan saya ini anak sulung maka mereka ingin saya jadi contoh pada adik-adik saya dan mereka tak sanggup untuk melepaskan saya. Ya, ayah selalu kata "try your best and choose the best" tapi saya ini best sangat ke?

Dulu saya ada bercita-cita untuk belajar di luar dari Malaysia tapi tak dibenarkan malah untuk memohon belajar di UNIMAS atau UMS juga tak boleh. Tapi pada adik saya yang belajar di MRSM tu, mak saya kata "belajar betul-betul nanti boleh sambung kat luar negara". Dalam hati saya, "apa kes aku tak boleh pula"

Tapi saya bersyukur juga kerana sekurang-kurangnya, mereka tak sama macam mak cik saya yang mahukan menantu bekerja di sektor awam sahaja sampai sepupu saya pun sebenarnya marah dan berkecil hati dengan mak cik saya ni. Seolah-olah macam mereka pula yang nak kahwin. Best sangat ke berlakikan penjawat awam. Tapi tah-tah kalau sepupu saya tunjukkan teman lelaki yang bekerja kerajaan tapi sebagai pemandu, mesti jawatan yang diterima "carilah orang yang elok sikit". Ya, saya dan sepupu sudah dapat agak permainan mereka.

Sebenarnya, mereka nak menunjuk-nunjuk anak siapa lagi bagus. Dulu masa belajar, anak siapa paling pandai. Sekarang, anak siapa dapat laki bergaji besar.

Oh ya, dulu saya pernah di anggap paling bodoh sebab dapat nombor periksa nombor 41 tapi kan peratus saya 74% ok!! Dan dibandingkan dengan sepupu yang dapat nombor 2 tapi peratus dia, saya lagi tinggi kot. Saya rasa tak suka sangat sebab saya bersekolah di bandar yang bersaingan tinggi tapi sepupu sekolah di luar bandar yang majoritinya melayu. Walaupun kami berdua, belajar di kelas yang pertama.
Eh, emotional lebih pula.

Abaikan.

Sabtu lepas, seorang sepupu saya pun selamat ditunangkan dengan orang Johor. Hujung tahun ni mereka kahwin lah. Excited!


xoxo

9 komen:

hamzah ian berkata...

murah gila... waaa
nmpk sedap weh

shahjiehan berkata...

wah!! kek ni yang x leh tahan nih!!! nk kek coklat tu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


plissssss~

Kak hana berkata...

WAHHpandai dhiera wat kek ye..meh kongsi resipi..:)

nescafe_ais berkata...

yummyyyyyyyy...tiramisu...huhuhu

dhiera berkata...

@hamzah ian: kena cuba baru la tahu sedap ke tak?

dhiera berkata...

@shahjiehan: suka kek coklat ea. tiba2 saya terbayang moist choc cake..adoi~

dhiera berkata...

@ana admi: kek ini bukan saya yang buat la..saya beli je~

dhiera berkata...

@nescafe_ais: sebenarnya kan, saya tak tahu rasa sebenar tiramisu cake ni. sebab tiap kali beli, rasa dia mesti jadi lain~erm

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ berkata...

haa~~ jgn mkn bnyk2 nanti gemuk :P