Sabtu, 9 Jun 2012

Makan-makan dekat Restoran Segi Seri Steamboat 3 in 1

Salam pembuka bicara...


1 Rejab hari tu (owh, cerita lama) saya dengan housemate semuanya ramai-ramai berpuasa. Petang tu nak buka puasa masing-masing lemau je nak masak. Last-last, salah seorang dari housemate ni ajak la makan steamboat. Pasal dia teringin sangat, pecut la kami cari steamboat selepas solat maghrib. Kiranya, bukak puasa dan solat dekat rumah dulu kemudian baru cari tempat makan.


Kali ni steamboat yang jadi pilihan hati adalah dekat Restoran Segi Seri Steamboat 3 in 1 di Seksyen 23, Shah Alam. Semua baru pertama kali datang sini.


Kenapa 3 in 1? Sebab ada :-
a) steamboat



b) buffet
Lupa tangkap gambar.


c) Grill dan sate



Semua ni harganya termasuk dalam senarai harga di bawah.



Kekurangannya, air dia bukan jenis yang unlimited la. Air kena bayar lain harga. Sadis betul. Tempat dia ok la. Parking pun banyak tapi macam sunyi sikit. Maksud saya, sunyi tu tak ada muzik-muzik ke TV ke nan hado semua tu. Pelayan dia semua ok.


Kalau nak makan sate, kena bakar sendiri. Itu kurang best jugak. Tapi kalau nak grill, ada staf dia yang tolong grill kan. Desert macam aiskrim dan buah-buahan pun ada. Nak makan nasi semua pun ada. Bihun dia dah siap direbus. Boleh terus makan je. Kalau ada yang belum try sini dan rasa nak try boleh lah try. Harga dia pun kire ok la kan sebab Johnys lagi mahal. LOL


Btw, saya dah ada page FB untuk blog ini. Kalau suka, silalah like. Ngee. [tekan sini] Dekat sidebar pun ada. hehehe


xoxo

17 komen:

♥ Cmª shIemª ♥ berkata...

wah..peberet cma..leh la try nnti!

HeNRieTTa JoSe berkata...

yummy....harga dia kira ok lew....

sarah mohamad berkata...

Saya dah makan sini and saya kureng berpuas hati sbb masa saya pergi tu saya nak pilih tempat sendiri. Tapi waiter dia tak bagi. Kalau ramai orang takpelah tak bagi, ni orang takde punnn! Sejak hari tu, malas dah nak g sini. Hehehe even dekat je 5 minit dari ciast. heheh

Prince of Noob berkata...

sedapnya makan... done follow - Noob

mama aini berkata...

ehem ..bestnya dhiera gi makan2..yg tak suka kalau nak sate kena bakar sendiri..hu2x..

cikguNae berkata...

dah lama tak makan steamboat ni...
ishhh kena cari ni... :-)

cikguNae berkata...

dah lama tak makan steamboat ni...
ishhh kena cari ni... :-)

cikguNae berkata...

dah lama tak makan steamboat ni...
ishhh kena cari ni... :-)

cikguNae berkata...

dah lama tak makan steamboat ni...
ishhh kena cari ni... :-)

Zakia berkata...

wah steamboat..jom la dtg jb..kat mutiara rini..1 kepala RM18 je.

teha berkata...

nyum nyum.. heheheh :)

zulhilmi tempoyak berkata...

perghhh.. tp harga ok la klu hrga tu.. sbb kat sni smpai dah 35 sorang..huhu

amna berkata...

harga boleh tahan..
rsanya lebih sesuai kalau makan utk bersantai atau luang masa dgn rakan2, dan bukan time perut tgh mengelegak lapaq kan.. ^^

ctk berkata...

amboi...tiga2 sekali...ok jugk tu...

*dh der pge sndiri ae..nti ct dh active fb, ct like..hehe

Hanie Dew berkata...

harga sama dengan Flaming Steamboat kt KL. tp air unlimited, yg lain sume ade kecuali sate dan grill.

mizzura berkata...

bole tahan la murah dan macam2 kan...mau kembung perut makan camnih..tunggulah rumah baru siap nnt bole la rajin singgah situ..:-)

Afzainizam berkata...

eeemmm boleh makan seberapa boleh kan... kira murah lah tu... dari segala macam steamboat sampai deasert mm lumayan tu... air jer tak...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy spray paint caliper brake disk kereta