Khamis, 17 Mei 2012

Atuk sudah tiada. Terima kasih buat yang mendoakannya.

Salam pembuka bicara...


Terima kasih untuk segala doa yang kawan-kawan berikan. Bukan sekadar doa malah kata-kata semangat dari kawan-kawan.


Atuk saya telah meninggal dunia semalam, 15 Mei 2012 pada jam 12.53 tengahari. Dan selamat dikebumikan selepas solat asar. Telah sampai janji arwah. Arwah atuk dikebumikan selang satu liang lahad dengan arwah atuk (belah mak). Sedih tapi hidup mesti diteruskan. Nangis dalam hati sudah. he.


Bagus juga bila kenduri tahlil kaum keluarga yang masak sebab dapat elak dari kaum keluarga ni terkenangkan arwah. Wajah arwah atuk sangat putih dan tersenyum. Sempat juga cium arwah sebelum dan selepas dimandikan, panas badannya. Masa nak cium ni, mak pesan jangan ada air mata. Lap dulu. Pesanan yang sama mak pesan masa arwah atuk (belah mak) meninggal 2 tahun lepas.


Sekarang, saya cuma punya 2 orang nenek sahaja. Seorang masih sihat, seorang lagi biasalah dah tua kan. Umur pun sudah 90tahun. Saya beruntung sebab masih sempat bertemu dan bermanja dengan kedua-dua atuk dan nenek malah sempat juga bertemu dan bermanja dengan arwah moyang lelaki dan perempuan belah mak dari kawan-kawan yang tak pernah berjumpa. Alhamdulillah.


Sambung masak di dapur ya!


xoxo

35 komen:

dear anies berkata...

salam takziah..

alfatihaha

Huda Luna berkata...

huda dorang semua dah tak ada. sempat jumpe pun nenek2 je.

alfatihah

dhiera sedekah la alfatihah byk2 dekat arwah

Syu, Syuhada berkata...

innalillah..
takziah buat dhiera..
kite pon tngal nenek je dua2 belah;)
sempat jugak merasa brmnja ngan moyang mase skolah menengah :)

Sufia Mahzan berkata...

Takziah ye.. Semoga Allah tempatkan Allahyarham di kalangan orang yang soleh.

NZ berkata...

baru je komen pasal atuk dhiera kat post yg sebelum ni..al_fatihah~

mizzura berkata...

Alfatihah dhiera..tak sangka cepat sungguh panggilan ilahi..semoga sekeluarga tabah menghadapi hari2 mendatang..takziah

p/s: xpernh jumpa atuk (belah mama n abah) dan opah (belah mama)..nenek (belah abah) smpi umur 3thn je..tak ingat pun.. Both my parents yatim(abah) and yatim piatu(mama) sewaktu mereka kahwin..

Take care..

Ce'gu JAERA berkata...

daripada Nya kita diciptakan, kepada Nya juga kita kembali... al-fatihah buat arwah atuk dhiera... semoga arwah di tempatkan bersama2 orang2 yang beriman,.. amin

Tanpa Nama berkata...

alfatihah buat atuk dhiera..semoga rohnya dicucuri rahmat..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata...

salam takziah... al-fatihah untuk arwah atuk tu ye...

Myra Jay berkata...

Innalillah...
Moga roh arwah Atuk Dhiera dicucuri rahmat..

Salam takziah dari Myra..

azs berkata...

Salam takziah.. Kuatkan semangat ye.. Banyakkan bersedekah Al-Fatihah untuk arwah.. Moga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman..

Hanie Dew berkata...

Innalillah. takziah ye dhiera.

gen family ko sihat sihat belaka.panjang umur sampai umur 90++.

best la pernah rasa ada moyang. hee hee.

Cik Anita berkata...

Al-fatihah...

[sutera kasih] berkata...

salam takziah awk..kita doakan semoga arwaah tenang di sana ya..Al-Fatihah

nini berkata...

takziah....kuatkan semangat yer...al fatihah

Rtp Farra Arisha berkata...

salam takziah buat seluruh kaum keluarga sis.
semoga arwah atuknya sis tenang di sana. al-fatihah...

syafiqa berkata...

sudah ajal.
moga di tempat bersama org soleh.
al fatihah

J.Syazwana berkata...

al fatihah.
tabahkan hati ye :)

hari ni ada sorang anak kawan ayah meninggal kat kampung. eksiden. al fatihah.

mummyrinazone beauty berkata...

takziah yea..al fatihah untuk arwah

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

huhuh...alfatihah utk atuk...
semlm pun bapa angkat cma meninggal..semoga mereka semua ditemptkan dikalangan mereka yg soleh :(

teha berkata...

Al-fatihah :)

YouSOF berkata...

Al-fatihah.. Biarkan yang pergi tetap pergi, kita yang tinggal ni pastikan sentiasa sedekahkan doa dan al-fatihah selalu..


Semua berlaku pasti ada hikmah dari-Nya..


*Serius rindu dekat dua² atok dan nyai.. Belah abah memang tak pernah tengok ari kecil.. Belah emak sempat tengok dan bermanja tiap kali balik kampung.. Tak sempat datang tengok muka dua² arwah masa saat akhir tu..

nabilah_2908 berkata...

takziah ye Dhiera...

al-fatihah buat atuk.

aReLaN berkata...

takziah buat dhiera & keluarga ye.moga roh arwah atuk dhiera damai di sana...

lyzaCR7 berkata...

Takziah dari saya..moga atuk d tempatkan d golongan para mukmin.. :)

Saya dua belah dah takda..atuk, nenek belah mak dan lama meninggal, atuk n nenek belah arwah abah pun meninggal beberapa tahun yang lepas..

Al fatihah utk semua.. T_T

cik pha berkata...

takziah..al fatihah

ILA HonEyBuNNy berkata...

AL-fatihah...

semoga arwah tenang di sana...

hargailah nenek2 selagi mereka masih ada...:)

mama aini berkata...

assalam dhiera..Al-Fatihah..semuga atuk ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..salam takziah dr mama & family buat dhiera & family..semuga tbah menghadapi ujian dr Allah..

HeNRieTTa JoSe berkata...

salam takziah....

Woofer Storm berkata...

bersabar saudari..tkziah buat kamu sekeluarga..

#sy dah tkde nenek dan atuk,mak pun dah lama takde..sy tahu setiap yang hidup pasti akan kembali..jadi semoga awk pun kuat ye..insyallah

Cikra berkata...

salam takziah. semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. al-fatihah.

cik dila berkata...

Al-Fatihah..

Takziah untuk family akak..Sama la kite,tinggal nenek je.. atuk dua2 dah takde.

APAN berkata...

dunia yg sementara...kita pun nanti akan kembali ke sana...

kira untung la dpt jumpa moyang...aku rasa aku x sempat kot...skang ni pun tinggal nenek belah mak je. duduk ngan mak aku kat kampung :)

dhiera zainudin berkata...

terima kasih semua!!

Afzainizam berkata...

Ya Allah...Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk Mu.Dari Mu kami datang dan kepadaMu kami kembali. Wallahualam.

AL FATIHAH.....Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair door trim kereta