Salam pembuka bicara..
Cuti 4 hari, blog pun nak cuti sama. hehe. Sebenarnya malas nak update sebab penat dan busy. Apa saya buat sepanjang cuti? Entri lain saya cerita. Hari pertama selepas cuti 4 hari, entri pun macam bluesblues tapi kena kerja keras otak memikir jugak ni. he.
Saya kena tag dengan alan.
[klik sini] kalau tak nak caya. Syarat-syarat nya:-
11 perkara tentang saya:
1. Orang selalu salah eja nama penuh saya. Susah kot nak eja nama saya. kuikui
2. Tak suka orang tanya saya "asal mana?" sebab saya tahu nak jawab tempat saya tinggal sekarang ke tempat lahir saya ke etc.
3. Fasa pembesaran saya di tempat yang berbeza.
4. Zaman bayi sampai 4 tahun dekat Shah Alam.
5. Zaman kanak-kanak sekolah rendah dekat Puchong Perdana.
6. Zaman remaja sekolah menengah saya hingga universiti dekat Sijangkang.
7. Zaman hujung universiti sampai kerja sekarang dekat Kuala Kubu Bharu. hahaha. Aci tak?
8. Saya tak pernah menetap di negeri selain Selangor
9. Saya suka sangat makan laksa.
10. Ada apa-apa soalan tentang saya yang ingin diketahui?
11. Saya tak pandai introduce diri lah. pang!
Soalan dari alan
- Berapa umur? Tahun ni 2012, masuk 25. Fine semua dah tahu umur saya
- Makanan dan minuman kegemaran? Laksa la harus. Jus epal boleh?
- Pendapat tentang blog ini. Best sebab warna hijau. My favourite.
- Pendapat tentang empunya blog ini lak camne. Alamak, tak pernah jumpa. Tak berani komen
- Favorite hangout place with friends? Karoake lerrr....
- Apa korang nak bagi untuk bday aku hari ni? Hahahah Eh, bday kamu semalam ke? Happy birthday. Nak kek??
- Korang tau tak sebenarnya hari ni bday aku? Yang keberapa? Tak tahu weh, semalam bday kamu. Patut lah online. hek.. Umur kite sama kan 25?? Tapi saya belum cukup 25 lagi. wekk
- Drama Korea, Jepun, Melayu atau Indon? Alamak, mana-mana pun tengok.
- Kerjaya dulu baru pikir pasal kahwin atau tak kisah? Tak kisah. Target umur 25 mesti kahwin. Ini impian ok!
- Bila nak kahwin? Harus lah tahun ni. Dah 25 kan? hekhek. Lepas raya jemput datang umah ye.
- Kenapa blogging? Suka suka. Dulu tengok orang ada blog, kite pun nak ada blog jugak. hehe
Soalan dari saya yang super simple.
1. Nama penuh apa?
2. Bila tarikh lahir?
3. Lahir kat mana?
4. Sekarang, tinggal dekat mana?
5. Belajar ke kerja?
6. Hobi apa?
7. Suka makan apa?
8. Suka air apa?
9. Warna kesukaan apa?
10. Suka pergi mana?
11. Teringin nak pergi mana?
Puas hati tak dengan jawapan saya?? he. Kena tag 11 orang ni yang fail ni. Siapa nak buat angkat tangan??
Saya tag:
1.
asfariena hashim : awal dia update hari ni~
2.
mizzura : paling awal komen
3.
dila : dah jarang update ye skang. hehe
4.
syahiroo : tolong promote kamu. mana tahu jumpa awek nanti
5.
anies : awal juga anies update hari ni. hehe
6.
nabilah : blogger tegar
7.
anum : blogger jauh di jepun
8.
ann aka ain : si umi yang tetap comel dari dulu sampai sekarang
9.
kak lijah : si mommy to be~
10.
sue unnie : jawab taw! hehe
11.
kancil : cikgu dari sabah. he
xoxo