Isnin, 31 Januari 2011

Diet ikut jenis darah

Salam pembuka bicara..

Atas permintaan cubaan berdiet dan beberapa orang lagi saya kepilkan artikel ini untuk bacaan kamu.

Kredit to ex-roomate saya.

Amalan pemakanan secara bersukat cenderung mengalami masalah ketidakseimbangan nutrisi.
 Amalan pemakanan seimbang adalah berdasarkan piramid makanan. 

Mengamalkan pemakanan berjadual mengikut jenis diet tertentu kini menjadi trend di kalangan masyarakat. Ada yang mengamalkannya secara melulu, sebahagian lagi menjadikan internet sebagai rujukan. 

Antara jenis diet yang menjadi amalan dan didakwa mampu membantu mengekalkan kesihatan badan selain tujuan menguruskan badan adalah diet mengikut jenis darah atau Blood Type Diet (BTD) diperkenalkan Dr Peter D’Adamo melalui buku tulisannya, Eat Right 4 Your Type dan Lectins: The Diet Connection buat pertama kalinya pada 1997

Bagaimanapun pakar pemakanan menolak dakwaan D’Adamo kerana menurut mereka BTD tidak diiktiraf secara saintifik. Mengapa berlaku percanggahan ini. 

Teori diet D'Adamo tidak diiktiraf 

Diet mengikut jenis darah atau Blood Type Diet (BTD) diperkenalkan Dr Peter D’Adamo melalui buku tulisannya, Eat Right 4 Your Type dan Lectins: The Diet Connection buat pertama kalinya pada 1997. 

Ia adalah diet asas dengan kepercayaan jenis darah adalah faktor terpenting menentukan diet yang sihat. Bagaimanapun ia dikritik hebat oleh pakar pemakanan, nutrisi dan doktor kerana teori itu tidak dibuat berasaskan kajian saintifik. 

Evolusi teori kumpulan darah yang digunakan D’Adamo adalah berasaskan kajian oleh William C Boyd seorang antropologi darah yang membuat kajian mengenai kumpulan darah. Dalam buku tulisan Boyd, Genetics and the races of man: An introduction of blood groups, physical anthropology diterbitkan pada 1950, Byod menerangkan bagaimana analisis genetik terhadap kumpulan darah dan bangsa seseorang itu boleh membezakan genetik. Daripada pemahaman inilah, Boyd mengagihkan populasi dunia kepada 13 bangsa. 

Kemudian, D’Adamo mengagihkan pula 13 perbezaan itu bersama-sama dengan jenis darah dengan setiap jenis darah dalam 13 kumpulan itu memerlukan diet yang berbeza. 

Bagaimanapun, BTD yang dirumuskan berdasarkan teori D’Adamo tidak diiktiraf secara saintifik kerana ia diandaikan mengikut teori tindak balas kimia lectin iaitu sejenis protein dalam makanan yang mana jenis darah diprogramkan secara genetik untuk menerima atau menolak. 

Teori itu mengandaikan, sebarang ketidakserasian antara lectin dan jenis darah akan mengakibatkan rumpuan sel yang dipanggil percantuman pada bahagian sel berkenaan yang akan mengganggu pencernaan, metabolisme, masalah berat badan dan juga mengakibatkan sistem keimunan tidak berfungsi dengan berkesan. 

Namun, itu hanyalah teori tanpa asas saintifik. 

Persoalannya, mengapa ia menjadi ikutan? 

Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Pantai, Tan Shy Pyng berkata, untuk kurus dan kekal langsing membuatkan manusia sanggup berbuat apa saja. Malah, pelbagai formula kurus dicipta dan disebarkan secara meluas melalui media terutama internet membuatkan ramai berani mencuba. 

“Ada banyak jenis diet antaranya Diet Atkin, BTD dan banyak lagi namun ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan. Mereka yang mengamalkan pemakanan bersukat cenderung mengalami masalah ketidakseimbangan nutrisi di dalam badan, mungkin disebabkan memilih makanan." 

“Mereka percaya jenis kumpulan makanan tertentu perlu diambil dalam jumlah tertentu sedangkan ia tidak benar. Misalnya BTD tidak menggalakkan individu berdarah O mengambil makanan tinggi karbohidrat dan perlu meningkatkan pengambilan protein."

“Tapi, menurut pandangan pakar pemakanan dan perubatan, cara itu boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah krisis tenaga disebabkan kekurangan karbohidrat. Mungkin yang mengamalkan BTD akan kurus dalam tempoh tertentu tapi proses yang terjadi tidak normal dan memudaratkan,” katanya. 

Pengambilan protein berlebihan boleh menyebabkan ia berkumpul menjadi urea dan creatinine (bahan kumuh). Jumlah pengambilan protein yang banyak akan membebankan buah pinggang dan lama-kelamaan akan menjejaskan fungsi organ itu. 

“Biasanya masalah berkenaan hanya akan dapat dilihat dalam tempoh 10 hingga 15 tahun,” katanya. 

BTD juga diperkenalkan bukan hanya untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan tapi ia turut disyorkan pada pesakit kanser. Secara asasnya, pesakit kanser sememangnya memerlukan protein dan kalori tapi jumlah kalori yang banyak akan menyebabkan sistem imun hilang. 

“Sebagai penyelesaian, jika seseorang ingin mengurangkan berat badan, cara yang paling betul adalah mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat. Perhatikan apakah punca masalah kegemukan? Faktor utama adalah makanan segera dan kurang senaman."

“Kanak-kanak juga ramai yang mengalami masalah obesiti. Ia disebabkan tabiat mereka yang berubah, tidak aktif, malas bersenam dan memakan makanan segera,” katanya. 

Tan berkata, bersenam tidak akan memberikan hasil segera seperti mengamalkan diet atau mengambil pil kurus tapi ia memerlukan tempoh dan kesungguhan. Sebagai permulaan, seseorang yang berbadan besar boleh memulakan senaman seperti jalan kaki atau joging. 

“Kami juga menggalakkan pesakit yang datang berjumpa pakar pemakanan menukar gaya hidup mereka yang kuat makan atau makan makanan tidak sihat, kurang bersenam atau masalah genetik." 

“Mereka yang aktif tapi masih gemuk biasanya disarankan mengurangkan pengambilan karbohidrat supaya apabila bersenam, tenaga yang bertukar menjadi lemak akan terbakar."

“Selain itu, mereka juga perlu tukar cara pemakanan. Cara masakan dan kuantiti mempengaruhi. Jika sebelum ini suka masakan bersantan, selepas ini amalkan makanan sup atau tanpa santan,” katanya. 

Kata Tan, jika sebelum ini mereka yang mengalami masalah kegemukan sering putus asa untuk menjalani rawatan menguruskan badan, tapi Tan memberi jaminan bahawa genetik dan tahap metabolisme boleh bertukar. 

“Amalkan gaya hidup aktif kerana lemak yang degil lama kelamaan jika sentiasa dibakar akan menjadi tenaga dan secara perlahan-lahan akan menukar tahap metabolisme badan,” katanya. 

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong berkata, orang ramai yang ingin mencuba BTD sepatutnya membuat penyelidikan lebih lanjut dan tahu mengapa diet ini perlu diambil. 

Katanya, dalam amalan pengambilan nutrisi, tidak ada bentuk pemakanan yang diambil berasaskan kumpulan darah. Diet boleh dibuat mengikut jantina, usia dan aktiviti harian tetapi bukan mengikut kumpulan darah. 

“Untuk mendapatkan pemakanan seimbang dan penjagaan kesihatan, pengambilan makanan haruslah berpandukan nutrisi pemakanan yang diperlukan. Panduan jenis pemakanan boleh dibuat mengikut saranan Kementerian Kesihatan dan Panduan Pemakanan Malaysia,” katanya. 

Dr Tee berkata, mengamalkan diet mengikut jenis darah hanya akan membuatkan seseorang itu tertumpu pada jenis makanan tertentu saja. Ia boleh menyebabkan seseorang itu tidak mendapat nutrisi secukupnya dan kekurangan zat tertentu. 

Keadaan ini boleh mendedahkan seseorang itu kepada masalah kesihatan lebih kronik. Misalnya kekurangan asid folat, vitamin B6 atau B12 yang boleh meningkatkan tahap homocysteine (kompaun yang terhasil apabila protein makanan dipecahkan dan diproses) dalam darah. 

Ada teori yang mengatakan jika tahap homocysteine meningkatkan, risiko terhadap masalah jantung juga tinggi. 

oleh Siti Nur Almizan Aripin

xoxo

Bentuk-bentuk berlian

Salam pembuka bicara..

Ini adalah antara bentuk-bentuk berlian yang ada.

sumber: google

Dari pembacaan saya, saya dapat buat kesimpulan yang ramai gadis suka pada princess shape. Kenapa ea?

xoxo

Ahad, 30 Januari 2011

Pening dengan ilmu perubatan

Salam pembuka bicara..

Saya mungkin akan sangat sibuk buat beberapa hari ini sebab saya dalam proses membantu seorang kawan yang mana seorang pelajar kejururawatan di fakulti saya (bekas) dan bergelar ibu dan isteri. Saya tolong beliau menyiapkan dan memberi idea mana yang saya mampu untuk tesis beliau. Saya lakukan atas dasar kawan tapi beliau tetap nak bayar saya. Makanya, bertambah lah tabung simpanan saya. I like~

Pening juga ini. Sebab dah lama tak masuk ilmu-ilmu perubatan. adoi~

Oh ya, ada seorang rakan sekerja yang sedang buat pengajian jarak jauh yang sanggup bayar saya RM700 semata-mata untuk siapkan tesis beliau tapi saya menolak sebab saya rasa saya tak mampu menyiapkan tesis beliau dengan sebaik mungkin. Yang saya mampu adalah memberi salinan tesis saya dan jurnal-jurnal saya kepada beliau sebagai rujukan.

Baru saya sedar, saya yang dulunya seorang pelajar sepenuh masa tanpa ada tanggungjawab lain pun sudah stress dan merungut-rungut untuk siapkan tesis sehingga hilang keinginan untuk sambung belajar. Lagi lah mereka yang sememangnya ada tanggungjawab lain. Kagum.

Entri seterusnya mungkin entri yang memang sudah lama tersimpan dalam draf. hekhek

xoxo

Sabtu, 29 Januari 2011

Blog Ben Ashaari

Salam pembuka bicara..

Bila tengok ramai blogger yang join, saya pun teringin nak join juga.


Soalan-soalannya:

a) Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini?

Buat masa sekarang setiap hari satu entri.
Jumlah entri sebanyak 175 entri

b) Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI?


Dengan berada dalam blog list BEN ASHAARI, saya boleh menambah kenalan dan saya sememangnya suka berblogwalking. Selain itu, sekurang-kurangnya bila ada orang yang membaca blog saya, saya dapat berkongsi ilmu yang saya ada. Sharing is caring.
 
c) Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?


Tak pernah terfikir yang blog ini akan popular. Tapi sekadar untuk berkongsi perkara-perkara yang saya rasa boleh dikongsi bersama.
 
xoxo
 

Jumaat, 28 Januari 2011

GA Kasperskye Dari FARISZ@AZ.Com

Salam pembuka bicara..

Saya telah di tag oleh imaza93.

Kepada 'yang bertuah' akan dapat key Kasperskye Internet Security 1PC 1 year and 1 key
Tempoh GA: Sehingga 28 Februari 2011
Tarikh pengumuman: 1 Mac 2011
Pemenang: hanya seorang
Kalau tak bertuah, jangan sedih sebab link blog kamu akan dimuat turunkan ke dalam salah satu entri di fan page beliau

Syarat:
  1. Hanya terbuka kepada follower FARISZ@AZ.com
  2. Mempunyai blog
  3. Letak banner GA Kasperskye di kiri atau kanan
  4. Senaraikan FARISZ@AZ.com dalam bloglist anda
  5. Invite sekurang-kurangnya 3 blogger dan beritahu mereka
  6. Buat entri bertajuk 'GA Kasperskye Dari FARISZ@AZ.Com dan jawab soalan berikut serta tinggalkan link entry jawapan melalui komen pada entri ini
Soalannya adalah:

i ) Berikan satu nama lagu nasyid dari kumpulan nasyid di Malaysia yang anda paling gemari.
Kawan dari UNIC
ii) Berikan lirik lagu tersebut dan nama kumpulan tersebut.
Kawan dari UNIC


Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana
Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita
Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding


Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis
Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta

iii) Berikan sebab anda suka lagu nasyid tersebut.

Saya suka lagu ini sejak dari zaman sekolah lagi. Setiap kali mendengar atau menyanyikan lagu ini saya sentiasa rindukan suasana dan rakan-rakan saya semasa sama-sama tinggal di asrama yayasan selangor klang. Walaupun kami ada bermacam-macam ragam dan kerenah tapi ukhuwah antara kami semua memang sangat akrab.

Pada saya, lagu ini seolah-olah saling berpesan-pesan antara rakan-rakan supaya kuatkan semangat, cuba jadi yang terbaik dan berusaha untuk dapatkan yang terbaik. Walau apa pun yang terjadi, walau jauh mana kami semua dari pandangan masing-masing, siapa pun kami di suatu hari nanti, kami tetap sahabat sampai bila-bila. Dan sehingga kini, kami masih berjumpa dan bercerita bersama-sama walaupun ada di kalangan kami yang belajar di luar negara dan sudah bergelar seorang ibu dan isteri.

Lagu ini seolah-olah lagu saya dan kawan-kawan. Malah, lagu ini juga kami pertandingkan dalam pertandingan nasyid semasa tingkatan 5 dan kami menang pertandingan itu buat kali keempat dan kali terakhir.

Saya nak tag.
 miz novexx
ati masrif
nikisa izas

xoxo

Khamis, 27 Januari 2011

Nenek saya ada facebook

Salam pembuka bicara..

Rasanya semua sekarang tahu facebook. Laman sosial yang makin digemari ramai. hek.

Keluarga saya, semua ada facebook. Ayah saya, mak saya, adik-adik saya tak payah cakaplah, semuanya ada. Ayah saya pun sangat gila dengan facebook sampai beli laptop baru untuk diri sendiri. Kelebihannya sebab mak dan ayah saya dapat jumpa balik dengan kawan-kawan sekolah mereka, kawan-kawan masa di IKM macam-macam lah. Paling menarik, mak saya sampai boleh terjumpa balik dengan adik angkat dia masa tinggal di asrama SMK Kuala Kubu Bharu dulu.

Yang paling buat saya sangat terkejut adalah nenek saya ada facebook. Macam tak caya. Nenek saya guna nickname Alang Sufini. Sufini adalah nama nenek saya. Alang adalah panggilan dalam keluarga sebab nenek saya anak ketiga. Sempat juga nenek promote bisnes dia.

Nenek saya mestilah wanita kan. Ini gambar nenek saya berholiday di Bandung, Indonesia tahun lepas


Makluman, nenek saya memang tukang jahit baju dari zaman dia muda-mudi. Malah baju tunang dan baju nikah mak saya, nenek saya yang jahit. Siap ada beading-beading lagi. Baju tunang mak saya kalau di tambah dengan patch bunga-bunga ke masih nampak releven dan tidak ketinggalan zaman. Lagipun, baju tunang mak saya itu adalah baju kurung moden. Baju nikah mak saya tiba-tiba ternampak hampir sama macam dalam cerita astana tapi kain dia agak berlainan lah sebab cerita astana tu cerita mengenai orang-orang kaya yang rumahnya ada yang berlif dan koleksi handbag hampir 6000 biji.

Selain itu, nenek saya memang membuat bahulu dan dodol. Ex-roomate saya masa tahun 2 di UPM dan dia tahun akhir dalam veterinar sampai sekarang order bahulu dengan nenek. Penghantaran menggunakan pos sehingga ke Miri, Sarawak.

Saya memang sangat surprise bila nenek saya facebook. Cayalah nenek.

xoxo

Rabu, 26 Januari 2011

Senyum

Salam pembuka bicara..

Entri ringkas. Senyum itu sedekah. Bila kita senyum, orang lain pun akan senyum~

Nak cakap cogratulation untuk adik saya, nawwar qistina sebab dapat masuk MRSM (eh, mana pula blog dia ni). Dulu, saya orang yang berkeras tak nak masuk MRSM sebab tak nak duduk jauh-jauh. Walaupun, masa itu saya tinggal dalam asrama Klang dan parents tinggal dekat Puchong. Saya rasa masih dekat lagi sebab tiap-tiap minggu parents datang bawa makanan. Masa ni balik rumah sebulan sekali saja. Kalau parents tak datang, saya fly lari balik ke rumah lepas habis waktu sekolah. oo..nakal betul.




Sekarang kakak nak alu-alu kan ko ke MRSM ok dari ko belajar kat sekolah sekarang yang cikgu tak pernah masuk kelas dan mengajar betul-betul.

Tahniah k!

Lagi-lagi nak ombak untuk follower baru yang sudi memfollow. Dah lama tak bagi ombak pada follower.

xoxo


Selasa, 25 Januari 2011

Impian ku musnah

Salam pembuka bicara..

Saya sudah pulang berkencan masa entri ini ditulis. hiks. Saya nak bagitahu musnah semua angan-angan.

Z saya ini kedekut sikit. he. (jangan marah ea budak busuk). Plan yang konon nya nak makan di Seoul Garden tak jadi sebab kami ke Jusco Bukit Tinggi macam dalam post ini.



Saya pujuk nak makan kenny roger's macam hari itu tapi dia kata tak kena dengan selera dia hari ini.




Akhirnya, kami makan prosperity burger di Mc D. Tinggi lemak okeh.




Habis makan, saya merungut 'jom makan buah dan salad'. Merungut banyak kali confirm boleh dapat sebab Z tak tahan dengar saya sebut-sebut banyak kali. he. Tak lengkap hidangan saya tanpa sayur dan buah.

Then, sama-sama tengok wayang cerita khurafat. Kenapa saya rasa cerita ini tak seram ea? Tapi thumb up la sebab pengakhiran cerita dia menarik. Tak sama macam kebanyakan cerita melayu yang saya pernah tonton.




Plan nak pergi  taman botanic pun tak jadi sebab jauhnya Klang dengan Putrajaya. Dan Z nak balik ke Ipoh pula. Nak tengok baby baru pun tinggal mimpi saja lah.

Sebelum balik, kami berwindow shopping dulu. Jalan-jalan dalam jusco sekali ternampak ada tiffany & co. Tak sangka ada booth dalam jusco ini. Maka, kami cuci-cuci mata la dengan cincin-cincin dulu. Z berhenti pada cincin ruby.

Z: Nak yang mana?
D: Nak yang kecil.

Lepas itu dia tunjuk pada saya cincin yang berpotongan princess tapi batu dia dekat luar. Macam gambar kat bawah ni. Tapi warna batu warna merah lah sebab ruby kan?

Sumber: google

D: Tak nak yang itu. Saya tak suka. Tak cantik.
Z: Itu lah yang kecil. (Dasar betul)
D: Z, saya tak suka cincin yang batu dia terkeluar. (Tapi cakap dalam hati saja sebab nak jaga hati sale assistant (SA) yang ada kat depan tu)

Collegue saya cakap cincin yang saya suka macam sesuai untuk lelaki. Beria saya nafikan. Tak lah perempuan pun boleh pakai. Lelaki mana boleh pakai emas. he. Alasan lagi, nanti dah ada baby, dia nak gigit-gigit je batu itu. Kalau tertelan macam mana. hu. Collegue saya cakap 'pandai la dira. kahwin pun belum lagi nak cerita pasal anak'. hekhek.

Saya suka princess cut tapi kalau boleh nak minta yang macam ini.
sumber: google

atau

sumber: google

atau

sumber: google

atau

sumber: google

Muchuk, boleh kan?! hek. Jangan pengsan taw. 

xoxo

Isnin, 24 Januari 2011

10 hot tip untuk berat badan yang sihat

Salam pembuka bicara...

10 perkara penting untuk mendapat berat badan yang sihat. Ini adalah ringkasan yang amat ringkas daripada apa yang telah saya pelajari selama 4 tahun dalam pemakanan dan bekerja sebagai nutritionist.

1. Set gol
sumber: google

Gol ini haruslah realistik. Ini penting kerana apabila kamu mencapai gol yang kamu set, ia akan buat kamu semakin motivated. Tak kiralah gol yang kamu buat itu kecil atau besar bila kamu mencapai gol itu maknanya you're making progress. Kamu boleh mulakan dengan membuang habit yang tidak sihat. Misalnya, Saya akan kurangkan makanan bergoreng.

2. Buang lemak yang tidak baik, ambil lemak yang baik
Sumber: google

Bukan semua lemak adalah tidak elok, ada sesetengah lemak amat diperlukan oleh badan. Oleh itu, jangan ambil trans fat dan saturated fat. (Saya tak pasti bahasa melayu dipanggil apa. Mungkin lemak trans dan lemak tepu). Kedua-dua jenis lemak ini boleh menambah kalori dalam diet kamu dan menyebabkan kenaikan berat badan. Ambil sedikit natural healthy fat yang diperlukan oleh badan kamu seperti minyak zaitun, canola oil dan minyak ikan bagi mendapatkan omega-3 dan omega-6 yang bagus. Untuk makluman, omega-3 dan omega-6 adalah lemak yang baik untuk kesihatan. Misalnya, Scott's emulsion membekalkan minyak ikan yang baik untuk kesihatan tapi bukan dari natural sources. (teringat masa kecil-kecil, tiap-tiap malam sebelum tidur kena minum scott's emulsion yang warna putih susu itu. tak suka sebab rasa pelik.)

3. Snek dengan makanan yang sihat
sumber: google

Tukarkan habit bersnek kepada yang lebih sihat dan rendah kalori. Kamu boleh ambil buah-buahan dan sayur seperti epal, lobak merah atau salad yang rendah lemak berbanding karipap, keropok atau pisang goreng. (Selalu keluar dengan Z mesti minta dia belanja makan buah atau salad tapi dia tu kedekut sikit)

4. Ambil perhatian kepada hidangan kamu
sumber: google

Fokus pada makanan kamu dan makan secara perlahan-lahan. Berhenti makanan sewaktu kamu berasa cukup dan satisfied, jangan berhenti sewaktu kamu betul-betul kekenyangan. Cuba pastikan waktu makan kamu adalah waktu yang sama setiap hari. Kegagalan makan dengan konsisten boleh menyebabkan penurunan tahap metabolisma dan peningkatan simpanan lemak.

5. Ingat '5 sehari'
sumber: google

Tingkatkan pengambilan serat (fiber) sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah dan sayur tidak hanya mengandungi rendah lemak dan kalori malah mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan usus. Selain itu, buah dan sayur boleh membuatkan kamu berasa kenyang dengan lebih lama.

6. Kawal pengambilan makanan (portions)
sumber: google

Kebanyakan orang mengambil makanan dalam kuantiti yang berlebihan daripada yang diperlukan oleh badan. Sebagai contoh, kuantiti nasi yang direkemen dalam satu hari adalah satu cawan tapi ada juga yang mengambil sebanyak 2 cawan.

7. Jadilah tukang masak yang terbaik
sumber: google

Tukang masak yang terbaik adalah tukang masak yang ingin dan akan menjaga kesihatan bagi mereka yang memakan masakan beliau. Masaklah makanan dengan cara masakan yang paling sihat seperti masak stim, lightly boiling atau grilling yang rendah lemak. Ketiga-tiga cara masakan ini tidak menggunakan kuantiti minyak yang banyak.

8. Perhatikan minuman kamu
sumber: google

Air putih adalah minuman yang terbaik. Cuba kurangkan pengambilan air bergula, minuman berkarbonat dan alkohol. Ketiga-tiga jenis minuman ini membekalkan "kalori kosong" iaitu mempunyai sedikit atau tiada langsung khasiat.

9. Gerakkan badan kamu
sumber: google

Berjalan di mana sahaja yang boleh. Selalulah lakukan pergerakan bagi memastikan kamu sentiasa aktif. Fikirkan bahawa dengan melakukan kerja rumah (housework) adalah peluang untuk kamu bersenam. Saya tahu kehidupan kita kini semakin sibuk. Inilah peluang yang kita ada. Ingat bahawa menjadi seorang yang aktif beraktiviti adalah satu-satunya cara untuk kamu membakar kalori.

10. Membeli-belah yang sihat
sumber: google

Belajar mengenai label makanan. Sentiasa cek kandungan gula dan lemak pada produk makanan. Cuba pelajari terminology label makanan seperti low-fat, no added sugar dan low sodium.

xoxo

Ahad, 23 Januari 2011

Jom berhujung minggu

Salam pembuka bicara..

Saat kamu baca entri ini atau lebih tepat saat entri ini dipublish. Saya sedang berkencan bersama Z.

Dah lama tak jumpa Z. Ini gara-gara kes emo pasal birthday Z yang rasanya Z saja-saja nak buat saya jadi jeles. [post ini]


Ada surprise untuk Z tapi nanti lah saya tunjuk. hu

Mood: Excited.

Nak minta dia belanja saya makan kat Seoul Garden la. Kamu pernah pergi Seoul Garden? Kalau tak pernah pergi, cubalah pergi. Berbaloi. Sebulan sekali makan besar. Lepas makan terus jogging dekat Taman Botanic, sesi membakar kalori.

Kebetulan double celebration untuk Z sebab baru lepas interview dan dapat kerja baru hari ini. Yang penting, gaji pun lagi besar la kan? hu. Happy happy.

Lagi happy, bila Z kata saving dia akan naikkan menjadi RM1k per month. Boleh kahwin cepat-cepat. he. I like~

Selain, saya nak pergi ke rumah seorang sahabat satu asrama dulu yang baru melahirkan anak ketiga di Kota Damansara. Dia sudah ada 3 orang anak ok! Saya kahwin pun belum~ (ala, baru 23 tak kan nak kahwin awal-awal. hu)

Dan lagi, kalau dah confirm gaji pasti naik, kalau naik banyak-banyak, saya boleh lah jadi traveller housewife yang berjaya. he. (berangan lebih)

xoxo

Sabtu, 22 Januari 2011

exchange link dengan OMU

Salam pembuka bicara..

Masa tengah berblogwalking, jumpalah dengan OMU ini. Macam nak join la pula.



Petikan dari OMU:

Sempena tahun baru, Omu nak wat list exchange link Omu yang baru. Jadi Omu mengalu-alukan semua rakan blogger Omu yang berminat. Exchange link ni Omu akan buat lain sedikit dan memudahkan Omu untuk BW. Kelebihan exchange link ni berbanding Mister Linky :


- backlink dari blog Omu.

- menaikkan lagi alexa ranking anda kerana terdapat merata tempat link blog anda secara semulajadi. Selain dari komen yang anda tinggalkan.


Cara untuk masukkan dalam list ni :

- Copy banner kat atas, buat entry dan link kan ke blog Omu.

- Jadi follower blog Omu kalau tak nak xpe.

- Tinggalkan link anda kat komen entry ni.
Selepas 12/2/2011 automatik akan tertutup. Dan Omu akan update exchange link Omu.
Sekian, terima kasih. Kerjasama anda amat Omu hargai.

Ok, itu sahaja. Done!

xoxo

Kamu dalam kategori berat badan yang sihat atau tidak?

Salam pembuka bicara..

Minggu lepas ada terbaca satu entri dalam blog miss yati pasal diet. Makanya, nak tambah sikit antara perkara penting sebelum berdiet. Sebab dengan merujuk pada berat badan kamu sahaja adalah salah jika kamu mahu berdiet.

Persepsi yang saya nampak dari kebanyakan orang adalah berat badan yang sihat bagi kamu adalah berat badan yang kamu idamkan walhal sebenarnya kamu tak tahu samada berat badan kamu itu betul-betul sihat atau tidak. Oleh itu, SILA TUKAR PERSEPSI KAMU.

Kamu tahu mengenai obesiti? Mesti tahu. Tapi kamu tak mengenai anorexia nervosa dan bulimia nervosa? Yang ini kita cerita di entri yang lain. Tapi anorexia nervosa dan bulimia nervosa, kedua-dua nya adalah disebabkan masalah psychologi yang mana kamu menetapkan berat badan kamu yang sememangnya tidak sesuai untuk kamu dan kamu merasa diri kamu gemuk.

Macam mana nak tahu berat badan kamu benar-benar sihat atau tidak?

a) Ketahui indeks jisim tubuh kamu (Body mass index)
sumber: google


Selalunya saya panggil BMI. Kamu perlu tahu berat badan kamu (dalam kg) dan tinggi kamu (dalam m).

Formulanya adalah BMI = Berat badan (kg) / [Tinggi (m) x tinggi (m)]

Contoh BMI saya = 48 kg/ [1.51 m x 1.51 m]
                            = 20.87 kg/m2                 

Dah dapat bacaan, silalah rujuk kategori di bawah. Jika menggunakan kedua-dua guideline, berat badan saya masih lagi dalam kategori normal. Maksudnya, berat saya adalah sesuai dengan tinggi saya. *senyum*

Mengikut guideline WHO, kategori BMI adalah:



Manakala mengikut guideline bagi Asia Pasifik, kategori BMI adalah:



Semasa saya praktikal di Pejabat Kesihatan Daerah Klang, kami menggunakan guideline Asia Pasifik. Kalau kamu nak tahu, lebih dari 50% responden semasa kami melakukan program intervensi kesihatan adalah overweight (berlebihan berat badan).

Kenapa ada dua guideline? Sebab guideline dari WHO menggunakan masyarakat barat yang kebanyakannya mempunyai saiz badan yang lagi besar dari orang-orang Asia. Guideline dari Asia Pasifik menggunakan sample dari orang-orang asia yang bersaiz kecil.

Kamu di kategori yang mana?

b) Ketahui ukuran lilit pinggang kamu
sumber: google


Ini untuk menentukan dimana terkumpulnya lemak di badan kamu (body fat distribution). Nak ukurnya senang saja, ambil tali ukur baju dan ukur lilit pinggang kamu. Kemudian rujuk guideline di bawah:



Jika ukur lilit pinggang kamu melebihi dari angka dalam column ukur lilit pinggang, ini bermakna kebanyakan lemak dalam badan kamu berkumpul di bahagian abdomen. Secara tak langsung, meningkatkan risiko untuk mendapat pelbagai penyakit.

c) Ketahui peratus lemak dalam badan kamu
sumber: google


Dalam badan kita mempunyai air, lemak, mineral dan otot (muscle). Jika badan kamu mempunyai lemak yang berlebihan, kamu berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai masalah kesihatan.

Bagi point ini mungkin kamu sukar untuk kenal pasti. Jadi saya nasihatkan kamu perlu ke mana-mana program saringan kesihatan atau ke pusat diagnostik.

Kalau kamu perlu ke program saringan kesihatan tiada kos bayaran untuk cek peratus lemak dalam badan kamu. Semasa saya belajar dulu, setiap tahun kami akan lakukan program saringan kesihatan dan memberi nasihat pemakanan. Bayaran yang kami kenakan adalah untuk mengetahui kolesterol dan gula melalui darah sahaja.

Tapi kalau di pusat diagnostik (macam tempat kerja saya), bayaran sebanyak RM40 akan dikenakan untuk mengetahui komposisi dalam badan kamu.

Saya tak pasti di klinik kerajaan ada menyediakan perkhidmatan ini atau tidak, semasa saya praktikal dulu di klinik kesihatan tiada menyediakan perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini disediakan untuk staf-staf sahaja. Mungkin ada di sesetengah farmasi atau klinik swasta yang menyediakan perkhidmatan ini.

Peringatan! Lemak dalam badan kamu bukan paras kolesterol kamu.

xoxo

Jumaat, 21 Januari 2011

Jom gegar blog

Salam pembuka bicara..

Beberapa hari ini rutin berblogwalking mesti terjumpa banner ini. Maka tergeraklah nak join. he




Korang dah join ke? Saya baru je join. Kalau korang nak join, bolehlah klik sini sementara masih terbuka untuk penyertaan lagi.

xoxo

kata-kata kegemaran gadis dan wanita.

Salam pembuka bicara..

Saya dapat artikel mengenai 9 deadly words used by women dari hawa. Pada saya sangatlah betul apa yang hawa tulis ini. Sebab saya pun selalu gunakan juga.

a) Fine
Antara perkataan yang selalu saya gunakan 'ok, fine'. Perkataan ini biasanya digunakan untuk menghenatikan arguement bila gadis /wanita itu rasa dia betul dan apa yang kamu perlu buat adalah diam.

b) 5 minit.
Kalau gadis /wanita itu sedang bersiap-siap untuk keluar atau dressed, ini bermakna setengah jam. Perkataan lain bagi ini adalah sekejap. Tapi kalau gadis /wanita itu minta kamu mengemas atau buat apa-apa kerja, ini bermakna kamu hanya diberi 5 minit untuk siapkan apa yang kamu lakukan.

c) Nothing
Bahasa melayu nya 'tak ada apa-apa lah'. Ini adalah perkataan untuk menghentikan sebelum apa-apa pergaduhan atau pertelingkahan berlaku. Ini bermakna ada sesuatu rasa tidak puas hati dalam diri gadis /wanita ini.

d) Go ahead
Ini adalah amaran bukan kebenaran. Bila gadis /wanita itu cakap perkataan ini, kamu janganlah buat apa yang kamu ingin lakukan itu.

e) Loud sigh
Macam 'ishhhh'. Ini sebenarnya adalah perkataan tapi bukan perkataan yang berterus-terang. Non-verbal statement. Biasanya di salah ertikan oleh lelaki. Gadis /wanita ini berfikir bahawa kamu idiot dan kenapalah dia menghabiskan masa melayan kamu. Rujuk point (c):  Ia sama makna juga seperti point (c).

f) That's okay
Ini adalah perkataan yang memberi amaran kepada lelaki. Ini bermakna gadis /wanita itu mahu berfikir panjang sebelum membalas dendam kepada kamu.

g) Thanks
Ini adalah tanda gadis /wanita tersebut benar-benar berterima kasih kepada kamu. Hanya katakan you're welcome. Melainkan jika dia katankan 'Thanks a lot'. Ini adalah amaran dan dia tidak berterima kasih pun kepada kamu. Sama seperti dia katakan 'Whatever'.

h) Whatever
Is a woman's way of saying F-you.

i) Don't worry about it, I got it.
Atau pun 'Tak payah lah, boleh buat sendiri'. Ini bermakna gadis /wanita tersebut sudah memberitahu kamu atau meminta kamu melakukan sesuatu berulang-kali tapi kamu buat tak tahu. Dan akhirnya, dia melakukan sendiri. Biasanya balasan daripada ayat ini adalah 'What's wrong?' atau 'Kenapa?'. Dan dia akan memberi respon seperti point (c).

Walau apa pun, beware dan pandai menilai dengan intonasi gadis /wanita tersebut. Biasanya perkataan ini akan dikeluarkan untuk menghentikan sesuatu keadaan.

Saya selalu guna tak ada pape lah kalu bercakap dengan Z sebab Z suka saya ulang sesuatu banyak kali. hiks.

xoxo

Khamis, 20 Januari 2011

Z yang semakin tua

Salam pembuka bicara..

Semalam, 19 Januari adalah hari lahir Z yang ke 25. Dah tua rupanya Z tu. Saya juga yang masih muda. Baru 23 tahun. hukhuk.

Saya memang ingat birthday dia semalam tapi memang tak nak wish awal-awal. Alih-alih dapat sms dari yang bertanyakan samada saya ingat atau tidak hari tersebut hari apa? Siap cakap lagi yang dia sedih sebab orang lain yang wish birthday dia dulu sebelum saya. (ini bikin saya jeles lagi-lagi yang wish itu bekas madu i tauk)

Tapi at least Z akan sentiasa ingat pasal hal ini. Btw, itulah tujuan saya. Lagipun, kan dah celebrate birthday dia awal sebulan sampai ke Melaka. [post ini]

Plan nak berkencan minggu ini pun terpaksa dibatalkan demi berkhidmat untuk negara. Sudah sebulan okeh tak berkencan. *emo sekejap*

Lepas itu, kawan-kawan tempat kerja dia sambut birthday dia tanpa saya. Tak aci korang mentang-mentang saya jauh. Dislike banyak-banyak. Nak tahu apa Z cakap? Dia kata dia dapat makan kek coklat yang sangat sedap. Bila saya tanya kek yang saya beli hari itu tak sedap ke? Dia kata kek tu tak sedap. Hello Z sayang, i beli kek secret resepi untuk u tauk!!! Dia siap bagitahu ramai amoi-amoi sambut birthday dia. Menyampah gila lah. I report dekat bos baru tahu yang korang sambut birthday dalam bilik engineering.

Motif: jeles#%@

Rabu, 19 Januari 2011

Review ujian khas pegawai perkhidmatan awam

Salam pembuka bicara..

Saya akan update entri ini pada esok hari (19 Mei 2011) memandangkan ada yang ingin tahu mengenai ujian khas ini - 18 Mei 2011.
Ujian khas untuk perkhidmatan awam bagi pegawai tadbir semalam memang superb la. Bermain dengan IQ, sejarah, isu semasa (of course) dan macam-macam lagi lah. Rasa macam nak minta tukar silibus pelajaran sejarah dalam buku teks SPM. Kena update dan update. hek. Teruklah macam ni kan? Sebab setiap hari manusia akan cipta sejarah. hek. Abaikan~

Z adalah orang paling saya nak membebel sebab ujian khas dia tak ada soalan IQ. Tapi hebat juga sebab Z dapat jawab soalan ujian khas yang saya sudah bocorkan pada dia. hek. Betul ke tak saya tak pasti lah. he.

xoxo

Sabtu, 15 Januari 2011

Ujian khas

Salam pembuka bicara..

Saya akan sibuk bagi beberapa hari sehingga selasa. Doakan saya lulus ujian khas pegawai tadbir ye.

Saya sangat pening untuk menkhusyukkan diri belajar semua pengetahuan-pengetahuan yang saya perlu tahu.

Jom kembali ke sekolah!

xoxo

Jumaat, 14 Januari 2011

Perkahwinan adat minangkabau

Salam pembuka bicara

Ombak dulu pada budak-budak dan kayuburuk. Terima kasih sebab jadi teman setia. Buat kayuburuk, tinggalkan lah link kamu di komen ye. Boleh saya blogwalking ke sana.

Cuba korang tengok gambar ini dulu.


Mesti korang sudah biasa nampak majlis perkahwinan macam ini. Sama saja kan tak ada beza sangat pun dengan majlis perkahwinan yang biasa korang pergi.

Tapi, gambar bawah ini selalu tak korang jumpa. Berapa ramai antara korang? Sila angkat tangan.


Gambar-gambar di atas adalah majlis perkahwinan pak cik saya pada hari krismas yang lepas. Ingat tak post balik kampung saya kerana majlis inilah. Sebenarnya, seingat saya baru kali kedua saya tengok majlis perkahwinan macam ini walaupun saya berketurunan minangkabau. Kalau dalam minang, perkahwinan ini dipanggil baralek.

Adat mengangkat pengantin macam ini memang adalah adat melayu minangkabau.Walaupun, keluarga saya hampir kesemuanya menetap di Selangor tapi kebanyakannya menetap di kawasan bersempadan dengan Negeri Sembilan (belah mak saya). Kadang-kadang kalau saya balik kampung, saya sendiri tak berapa faham kalau orang tua-tua cakap minang. Saya keturunan yang telah dicelup kot. huk.

Kalau korang nak merasa event macam ini, korang boleh try tinggal di homestay-homestay yang ada di Negeri Sembilan. Biasanya, homestay-homestay ini akan tunjuk pada korang adat-adat minangkabau ini. Mungkin boleh try di Homestay Kampung Pelegong. Best juga tinggal di sini. hu

Unik kan? Tiba-tiba, saya terfikir berapa ramai agaknya orang yang diperlukan untuk mengangkat saya dan Z saya yang muncit itu. hu.

xoxo