Jumaat, 14 Januari 2011

Perkahwinan adat minangkabau

Salam pembuka bicara

Ombak dulu pada budak-budak dan kayuburuk. Terima kasih sebab jadi teman setia. Buat kayuburuk, tinggalkan lah link kamu di komen ye. Boleh saya blogwalking ke sana.

Cuba korang tengok gambar ini dulu.


Mesti korang sudah biasa nampak majlis perkahwinan macam ini. Sama saja kan tak ada beza sangat pun dengan majlis perkahwinan yang biasa korang pergi.

Tapi, gambar bawah ini selalu tak korang jumpa. Berapa ramai antara korang? Sila angkat tangan.


Gambar-gambar di atas adalah majlis perkahwinan pak cik saya pada hari krismas yang lepas. Ingat tak post balik kampung saya kerana majlis inilah. Sebenarnya, seingat saya baru kali kedua saya tengok majlis perkahwinan macam ini walaupun saya berketurunan minangkabau. Kalau dalam minang, perkahwinan ini dipanggil baralek.

Adat mengangkat pengantin macam ini memang adalah adat melayu minangkabau.Walaupun, keluarga saya hampir kesemuanya menetap di Selangor tapi kebanyakannya menetap di kawasan bersempadan dengan Negeri Sembilan (belah mak saya). Kadang-kadang kalau saya balik kampung, saya sendiri tak berapa faham kalau orang tua-tua cakap minang. Saya keturunan yang telah dicelup kot. huk.

Kalau korang nak merasa event macam ini, korang boleh try tinggal di homestay-homestay yang ada di Negeri Sembilan. Biasanya, homestay-homestay ini akan tunjuk pada korang adat-adat minangkabau ini. Mungkin boleh try di Homestay Kampung Pelegong. Best juga tinggal di sini. hu

Unik kan? Tiba-tiba, saya terfikir berapa ramai agaknya orang yang diperlukan untuk mengangkat saya dan Z saya yang muncit itu. hu.

xoxo

4 komen:

SiLabiLabi berkata...

wah..siap nek tandu lagi..hehehehe


Singgah & Follow Blog Labi-Labi NineMustafa
& JariPlastik

dhiera berkata...

family pak cik saya ni memang kuat sikit adat minang dia~

senyumm berkata...

sy prnh tgk bbrpa thn lepas,majlis perkahwinan classmate sy.geng2 askar yg mengangkat.mujurlah kwn & suami dia kurus..byk lh adatnye,mndi air beras ke ape tah kwn sy gtau dlu.

senyumm berkata...

sy pnh tgk bbrpa thn lepas,majlis perkahwinan classmate sy dkt Labu x clp..seronok lh tgk.geng2 askar yg angkat