Saya telah di tag oleh imaza93.
Kepada 'yang bertuah' akan dapat key Kasperskye Internet Security 1PC 1 year and 1 key
Tempoh GA: Sehingga 28 Februari 2011
Tarikh pengumuman: 1 Mac 2011
Pemenang: hanya seorang
Kalau tak bertuah, jangan sedih sebab link blog kamu akan dimuat turunkan ke dalam salah satu entri di fan page beliau
Syarat:
- Hanya terbuka kepada follower FARISZ@AZ.com
- Mempunyai blog
- Letak banner GA Kasperskye di kiri atau kanan
- Senaraikan FARISZ@AZ.com dalam bloglist anda
- Invite sekurang-kurangnya 3 blogger dan beritahu mereka
- Buat entri bertajuk 'GA Kasperskye Dari FARISZ@AZ.Com dan jawab soalan berikut serta tinggalkan link entry jawapan melalui komen pada entri ini
i ) Berikan satu nama lagu nasyid dari kumpulan nasyid di Malaysia yang anda paling gemari.
Kawan dari UNIC
ii) Berikan lirik lagu tersebut dan nama kumpulan tersebut.Kawan dari UNIC
Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana
Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita
Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang
Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis
Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta
iii) Berikan sebab anda suka lagu nasyid tersebut.
Saya suka lagu ini sejak dari zaman sekolah lagi. Setiap kali mendengar atau menyanyikan lagu ini saya sentiasa rindukan suasana dan rakan-rakan saya semasa sama-sama tinggal di asrama yayasan selangor klang. Walaupun kami ada bermacam-macam ragam dan kerenah tapi ukhuwah antara kami semua memang sangat akrab.
Pada saya, lagu ini seolah-olah saling berpesan-pesan antara rakan-rakan supaya kuatkan semangat, cuba jadi yang terbaik dan berusaha untuk dapatkan yang terbaik. Walau apa pun yang terjadi, walau jauh mana kami semua dari pandangan masing-masing, siapa pun kami di suatu hari nanti, kami tetap sahabat sampai bila-bila. Dan sehingga kini, kami masih berjumpa dan bercerita bersama-sama walaupun ada di kalangan kami yang belajar di luar negara dan sudah bergelar seorang ibu dan isteri.
Lagu ini seolah-olah lagu saya dan kawan-kawan. Malah, lagu ini juga kami pertandingkan dalam pertandingan nasyid semasa tingkatan 5 dan kami menang pertandingan itu buat kali keempat dan kali terakhir.
4 komen:
Terima Kasih kerana sertai.
Semoga terus maju di dalam dunia blogger.
thanx
Salam kenal.
Al the best !
TQ dhiera
sudi tag kak ati
bila kak ati free nanti
akan buat ye.. ^_~
Catat Ulasan