Sabtu, 22 Januari 2011

Kamu dalam kategori berat badan yang sihat atau tidak?

Salam pembuka bicara..

Minggu lepas ada terbaca satu entri dalam blog miss yati pasal diet. Makanya, nak tambah sikit antara perkara penting sebelum berdiet. Sebab dengan merujuk pada berat badan kamu sahaja adalah salah jika kamu mahu berdiet.

Persepsi yang saya nampak dari kebanyakan orang adalah berat badan yang sihat bagi kamu adalah berat badan yang kamu idamkan walhal sebenarnya kamu tak tahu samada berat badan kamu itu betul-betul sihat atau tidak. Oleh itu, SILA TUKAR PERSEPSI KAMU.

Kamu tahu mengenai obesiti? Mesti tahu. Tapi kamu tak mengenai anorexia nervosa dan bulimia nervosa? Yang ini kita cerita di entri yang lain. Tapi anorexia nervosa dan bulimia nervosa, kedua-dua nya adalah disebabkan masalah psychologi yang mana kamu menetapkan berat badan kamu yang sememangnya tidak sesuai untuk kamu dan kamu merasa diri kamu gemuk.

Macam mana nak tahu berat badan kamu benar-benar sihat atau tidak?

a) Ketahui indeks jisim tubuh kamu (Body mass index)
sumber: google


Selalunya saya panggil BMI. Kamu perlu tahu berat badan kamu (dalam kg) dan tinggi kamu (dalam m).

Formulanya adalah BMI = Berat badan (kg) / [Tinggi (m) x tinggi (m)]

Contoh BMI saya = 48 kg/ [1.51 m x 1.51 m]
                            = 20.87 kg/m2                 

Dah dapat bacaan, silalah rujuk kategori di bawah. Jika menggunakan kedua-dua guideline, berat badan saya masih lagi dalam kategori normal. Maksudnya, berat saya adalah sesuai dengan tinggi saya. *senyum*

Mengikut guideline WHO, kategori BMI adalah:



Manakala mengikut guideline bagi Asia Pasifik, kategori BMI adalah:



Semasa saya praktikal di Pejabat Kesihatan Daerah Klang, kami menggunakan guideline Asia Pasifik. Kalau kamu nak tahu, lebih dari 50% responden semasa kami melakukan program intervensi kesihatan adalah overweight (berlebihan berat badan).

Kenapa ada dua guideline? Sebab guideline dari WHO menggunakan masyarakat barat yang kebanyakannya mempunyai saiz badan yang lagi besar dari orang-orang Asia. Guideline dari Asia Pasifik menggunakan sample dari orang-orang asia yang bersaiz kecil.

Kamu di kategori yang mana?

b) Ketahui ukuran lilit pinggang kamu
sumber: google


Ini untuk menentukan dimana terkumpulnya lemak di badan kamu (body fat distribution). Nak ukurnya senang saja, ambil tali ukur baju dan ukur lilit pinggang kamu. Kemudian rujuk guideline di bawah:



Jika ukur lilit pinggang kamu melebihi dari angka dalam column ukur lilit pinggang, ini bermakna kebanyakan lemak dalam badan kamu berkumpul di bahagian abdomen. Secara tak langsung, meningkatkan risiko untuk mendapat pelbagai penyakit.

c) Ketahui peratus lemak dalam badan kamu
sumber: google


Dalam badan kita mempunyai air, lemak, mineral dan otot (muscle). Jika badan kamu mempunyai lemak yang berlebihan, kamu berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai masalah kesihatan.

Bagi point ini mungkin kamu sukar untuk kenal pasti. Jadi saya nasihatkan kamu perlu ke mana-mana program saringan kesihatan atau ke pusat diagnostik.

Kalau kamu perlu ke program saringan kesihatan tiada kos bayaran untuk cek peratus lemak dalam badan kamu. Semasa saya belajar dulu, setiap tahun kami akan lakukan program saringan kesihatan dan memberi nasihat pemakanan. Bayaran yang kami kenakan adalah untuk mengetahui kolesterol dan gula melalui darah sahaja.

Tapi kalau di pusat diagnostik (macam tempat kerja saya), bayaran sebanyak RM40 akan dikenakan untuk mengetahui komposisi dalam badan kamu.

Saya tak pasti di klinik kerajaan ada menyediakan perkhidmatan ini atau tidak, semasa saya praktikal dulu di klinik kesihatan tiada menyediakan perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini disediakan untuk staf-staf sahaja. Mungkin ada di sesetengah farmasi atau klinik swasta yang menyediakan perkhidmatan ini.

Peringatan! Lemak dalam badan kamu bukan paras kolesterol kamu.

xoxo

4 komen:

omurice berkata...

wah...omu kurang dari 88cm...hehehe...suka2...omu peliklah...nape yek...3minggu makan nasi tapi masih tak turun berat badan...

dhiera berkata...

ape yg omu mkn bg menggantikan nasi?!
omu ada buat exercise x?klo omu nak taw, bila kita xmakan badan akan dapatkan tenaga dari protein dlm bdn. protein dlm bdn kita 2 adalah muscle. kemudian baru die pecahkan lemak.sebb 2 exercise penting untuk pemecahan lemak.

Miss Yaty berkata...

thanks for sharing ;)

tapi paras kolestrol dalam badan pun kena jaga jugakkan untuk diet yang sihat?

dhiera berkata...

yup, kita kena tahu paras kolesterol juga. tapi bagi mendapatkan berat badan yang ideal, kita tak guna kolestrol sebagai indikator. kolesterol termasuk dalam biochemical indicator~
tetapi berat bdn adalah antropometri indicator..