Saya memang teringin untuk memiliki diamond. (Z, take note) Siapa yang tak nak kan? Tapi isu yang saya dengar, terdapat juga zirkon atau berlian sintetik yang terjual di pasaran pada harga yang sama seperti diamond. Isu yang sama juga berlaku untuk delima atau ruby. Siapa yang terkena memang kasihan. Tapi saya yang bukan seorang gemologist manalah pandai nak membezakan antara natural diamond dengan faked diamond ini.
Apa yang saya faham cubic zirconia dan mossanite adalah paling mirip dengan natural diamond.
Dari pembacaan dari pelbagai sumber, cara yang paling mudah untuk menilai diamond dari penilaian kasar adalah melalui pembiasan cahaya. Sila ingat balik subjek fizik atau paling simple subjek sains mengenai pembiasan cahaya atau refraction. he. Berlian asli mempunyai satu sahaja pembiasan cahaya manakala berlian yang mempunyai pembiasan cahaya berganda bukan berlian asli. Maksud pembiasan cahaja adalah apabila cahaya menembusi atau masuk pada sesuatu medium dan terbias ke satu atau lebih arah. Maknanya, apabila cahaya menembusi berlian asli, cahaya yang akan terbias pada satu arah sahaja. Tapi cara ini mungkin mudah bagi yang pakar kot. he. Otak saya masih recall apa eksperimen yang saya buat untuk menguji pembiasan cahaya. Ada sesiapa ingat tak?
Cara lain adalah menggunakan diamond selector. Mungkin ada pelbagai jenis. Saya tanya pada pak cik kedai emas sebelah ini, dia kata dia tak ada. Betul ke tak saya tak tahu la kan?
Macam mana pun, berlian boleh dikelaskan mengikut kualiti. The best diamond sepatutnya mempunyai harga yang lebih mahal dari mossanite. Tapi adalah tidak mustahil bagi berlian yang kurang kualiti mempunyai harga yang lagi murah berbanding mossanite.
Ada lagi yang menarik untuk saya kongsi mengenai kualiti sesuatu berlian tapi di entri lain ea.
xoxo
0 komen:
Catat Ulasan