Jumaat, 17 Disember 2010

cerita tentang kek

Salam pembuka bicara..

Semalam ada suatu story rahsia telah berlaku. Hanya orang terdekat sahaja yang tahu. Tahun depan saya cerita boleh? ha

Sebenarnya, saya takut tak sempat nak celebrate birthday Z tahun depan. hiks. Bunyi tahun depan macam lama lagi kan? Lebih tepat bulan depan. Hampir 33 hari kot. (Ini adalah anggaran kasar. Kalau salah, jangan marah ye laling). hu. Ada plan nak buat surprise tapi dah tak jadi kot sebab plan bertukar menjadi plan yang tidak disangka-sangka.

Idea gila datang lepas balik jumpa tutie. Nak balik lalu jusco. Maka, kami singgah lah kejap.Tekak saya masa itu gatal nak makan takoyaki. Z tak pernah makan takoyaki. Saya pula sibuk promote takoyaki. Siap kata yang mak saya pun suka. Ini hakikat okeh. Mak saya suka makan takoyaki. Maka, haruslah Z cuba kan. hak.

sumber: bing

Gambar di atas adalah takoyaki. Tapi bukan takoyaki ini yang saya bagi pada Z.

Sementara tunggu takoyaki kami masak, saya ada nampak La Boheme. Muncullah idea gila ini. Untuk pujuk dia (sebab saya kata takut tak dapat celebrate nanti), saya pun suruh lah dia pilih kek mana yang dia nak. Well, saya memang tahu dia suka kan kek coklat. Haruslah pilih kek coklat juga kan? Saya suka kek coklat tapi lagi suka pandan layer cake. Bila dah nampak, rasa nak juga. Maka, beli 2 kek. Tapi 1 slice je. Tak larat kot nak makan 1 biji berdua saja.


Kek dari La Boheme. Z pilih.

Tak ada gambar pandan layer cake saya pun. Z tak nak tangkap gambar pandan layer cake. huh.

Satu yang saya makin sayang dekat Z. Walaupun dia tak suka, dia tetap makan dengan lahapnya. lalala. Masa makan takoyaki, saya tanya sedap tak? Dia geleng kepala. Saya pun merungut lah. he. Soalan yang sama saya tanya dua tiga kali sebab dia memang makan dengan bersungguh. Habis dulu sebelum saya pula tu. Sama juga dengan pandan layer cake. Dia kata tak suka tapi saya tetap sumbat dalam mulut dia dan dia makan sampai tak lalu. ha.

Dari awal kami kenal, Z memang ada cakap dia suka kan kek coklat secret recipe tapi dia tak tahu nama kek itu. Dan saya tahu dia tak suka kek chocolate indulgence. ha. Z panggil kek aiskrim. Sebab Z tak tahu nama kek yag dia suka walaupun saya rasa kek yang dia maksudkan dia suka sangat tu adalah kek chocolate fudge. Saya tetap belikan kek chocolate indulgence untuk Z. Jahat tak? Tapi Z tetap makan. hu.


Ini la chocolate indulgence cake yang Z kurang minat tapi makan juga.

Belum pernah dengar orang cerita sambutan hari jadi dia ada 3 kek melainkan kek 3 tingkat. Tapi Z, saya belikan 3 potong kek yang berlainan. haks. Nota Z: Mana nak dapat awek bagi 3 kek sekali untuk celebrate becoming birthday? Bagitahu sikit.

xoxo

2 komen:

zuljengka berkata...

wah wah wah cik dira kita nie..happy eh skrg ngan mr z..bgsla..moga epi slalu eh..tapi plik la jgak..xpernah org beli kek sampai 3 jnis..klau 3 tingkat kek besela..tu pun masa kahwin kan?huhu..pastu smbut sblum bday mr z..mcm konpius jer..orang lain slalunye hari tiba bday tu atau slpas..hehe..

dhiera berkata...

tak pelik la awak ni..