Isnin, 30 April 2012

Triple birthday celebration

Salam pembuka bicara...


Weekend yang bersenang lenang di rumah. Sangat best! Tidur je. Blogwalking je.. Best ye. Lepas tu, belek-belek gambar-gambar. Agak-agak mana yang boleh delete tu dipersilakan untuk di delete. Kemudian baru teringat sebab terjumpa gambar 2 minggu yang lepas.


Saya celebrate birthday 3 orang kawan sekerja yang sambut birthday sama-sama. Walaupun, sebulan lebih kerja dekat sini, saya dah ada geng ok! hakhak. Tapi dalam geng ni tak ada pun exec yang saing-saing saya. Mereka officer dan kerani dekat sini. Apa da hal? Saya kawan dengan semua kot.


Kek hari jadi yang super sedap. Beli dekat Baker Field, Setia Alam. Setengah kilogram je bernilai RM24 tunai. Murah dan yang pasti, sangat sedap ok! Eh, lupa ini kek American Chocolate. Tak ada gambar depan-depan la. Sila bayangkan rupa sebenar kek ini ya.




Meh layan gambar birthday girl semua ni. Yang tengah-tengah belum kahwin, ada sesiapa nak berkenalan?




Yang baju biru tu kak ayu. Dah ada 2 orang anak. Masa ni, dia bawa anak-anak dia sekali sambut birthday.   Dua-dua orang anak dia sangat bijak ok!




Memandangkan ini sambutan birthday 3 orang, jadi saya decide untuk tulis "triple celebration kak ayu, kak gee dan kema". Skema kan?




Sangat sedap kek ni. Tak puas makan. First time rasa kek ni terus suka. Nak beli lagi la. Bila nak gaji ni?


xoxo

Ciksusu first giveaway

Salam pembuka bicara...


Saya pernah terniat haritu nak join giveaway seorang rakan blogger ni tapi disebabkan keadaan kerja yang semakin busy saya jadi lupa. Tadi terbaca update entri dia pasal giveaway dia, baru lah saya teringat.


Nak join giveaway ni sangat senang. Just like je contest yang ciksusu join. Maklumat lanjut klik sini.




Giveaway akan tamat pada 30 April nanti. Jom join ramai-ramai! klik sini


Saya nak tag:
izza
pena rozie
ema
arelan
rieta


xoxo

Ahad, 29 April 2012

Blog alyzafisol.com Giveaway

Salam pembuka bicara..


Saya kena tag dengan arelan. Baru je bagitahu dia yang saya tag dia. Alih-alih, saya pun kena tag jugak. hakhak




Terma dan syarat penyertaan sangat mudah. Tapi kena tag orang. Saya nak tag
- Kak Salina
- aleen
- kancil


Selamat mencuba. Maklumat lanjut, klik sini.


xoxo

Jumaat, 27 April 2012

Pencarian khas buat bos

Salam pembuka bicara...


Saya suka bos baru saya sebab dia sangat tidak memilih. Bos saya yang sebelum ni suka ketuk cermin pembahagi bilik masa dia nak panggil saya atau rakan sekerja saya masuk bilik. Bos yang sekarang sangat sempoi sebab dia akan datang bawak kerusi dan duduk di antara saya dan rakan sekerja saya untuk bincang itu dan ini. Best kot.


Tapi mula-mula dia masuk tu, dia suruh saya jawab dan balas serta emel semua report corrective action dekat customer sendiri. Bos dulu dia akan hantar sendiri. Saya rasa macam tak best sebab kerja dia saya yang kena buat. Sampai kawan saya kata baik ko jadi manager. Lama-lama sudah biasa kot. No hal la kan. *poyo gile*


Sebelum bos yang sebelum ni berhenti, ada seorang lagi ekesekutif dalam department saya minta saya survey kan kad untuk bagi pada bos. Masa tu, sepatutnya saya hanya cari hadiah je. Alang-alang dah nak ke jusco, saya kata ok saya tengok-tengok kan. Dalam jusco tak banyak pilihan, jadi saya meronda la dekat popular. Hasil tangkapan saya.




Baru belajar buat gambar bergerak dan percubaan pertama berjaya. Suka!! Atas ini lah hasil tangkapan saya cuma saya tak beli je. Saya tangkap gambar dan tunjuk sahaja. Tetap rakan sekerja saya ni juga yang beli. hehehe.


Rasa macam best pula bila berhenti dapat macam-macam. Kalau saya berhenti agak-agak dapat tak benda macam ni ea? Hadiah untuk farewell apa yang korang suka bagi pada orang?


xoxo

Khamis, 26 April 2012

Makan-makan di Noodle Station, Alamanda

Salam pembuka bicara...


Salah satu tempat makan yang saya suka terjah lagi-lagi masa belajar dulu adalah Noodle Station. Restoran ni ada beberapa cawangan. Yang saya pernah pergi Alamanda dan Kuala Terengganu. Dekat Alamanda, restoran dia depan parkson sebelah Old Town White Coffee. Manakala di Kuala Terengganu pula, dekat-dekat area bus stand tak silap.


Sebenarnya, first time makan dekat Noodle Station ni masa saya buat part-time masa belajar dulu. Masa itu, macam educate pelajar-pelajar dekat sekolah juvana la dekat Terengganu. Masa ni makan dekat sini, company saya bekerja tu yang bayar. Lepas dapat tahu noodle station ada dekat Alamanda, selalu lah pula makan dekat sini especially masa dah final year tu.


Hari tu, first time makan dekat sini dengan tunang. Tapi tunang tak minat makan dekat sini walaupun saya suka. Makanan dekat sini macam kurang rasa sikit. Makanan dia rasa plain je. Saya sukalah sebab saya suka jaga kesihatan. Pang!! Jagalah sangat. Tunang pula suka makanan yang cukup rasa. Kalau masak tak letak ajinomoto mesti dia tanya, "tak letak ajinomoto ea". Saya pula akan jawab, "ajinomoto tu sama je dengan garam. buat apa nak banyak-banyak dalam masakan". Tunang akan jawab "lu ni bikin gua geram je kan!". Dia geram pasal saya ada je benda nak jawab. Hakhak.. Nasib ko lah labu.


Kalau makan dekat sini, saya suka order air I Miss You Lemonade. Pergh.. nama tak tahan. Dapat lelaki yang ambil order boleh buat dia perasan. Tapi masa pergi sini dengan tunang hari tu, saya order air I Love You Lemonade. Perghh.. lagi tak tahan kan? Tunang, lu faham-faham sendiri la ea. *blushing* Z pula order air apa tah, saya lupa.




Makanan pula, Z order nasi goreng seafood kot. Dia tu asyik nak nasi je. Mee ke bihun makan malam dia terima lah.




Kalau dah datang noodle station, apa barang order nasi kan? Order noodle la.. Noodles dia memang terbaek. Saya order Yee Mee Black Pepper Chicken. Dapat sup wantan sekali dalam set tu. Memang terbaek la. Tapi tak ada gambar sebab saya dah kebulur nak makan noodle station ni. Lebih 6 bulan tahu saya pujuk dia datang makan dekat sini.


Kalau tak silap, Noodle Station ni ada dekat Sunway Piramid juga. Cuba lah cari-cari kalau-kalau ada dekat sana. Nak confirmation, google je noodle station. Dia ada website sendiri. Boleh lah cuba makan dekat sini kalau berminat. Harga dia saya tak ingat la sebab ini cerita basi. Tapi lemonade tu harga dia RM 3.90. Mee yang saya makan kalau tak silap RM 7.90 kot, Agaknya lah.


xoxo


Rabu, 25 April 2012

WW : kejayaan seorang mahasiswa

Salam pembuka bicara..


Elemen sebagai mahasiswa haruslah ada "lihat kotak merah"




Rahsia kejayaan untuk semua - sila lihat kotak merah




xoxo

Selasa, 24 April 2012

5.09 manis untuk dikenang

Salam pembuka bicara..


Semalam hari yang tersangat busy. Saya suka bagi alasan busy kalau tak sempat nak update blog dan jalan-jalan blog kawan-kawan. Boleh terima kan alasan busy tu?


Ahad lepas, 22 April 2012, kawan tersangat baik dan rapat dengan saya telah selamat bertunang dengan kawan sekelas saya juga. Bukan cinta zaman sekolah ye. Tapi cinta zaman universiti. Jam 5.09 petang mereka berdua telah menjadi tunangan. Orang kata darah manis gitu.


Saya suka semua yang ada dalam majlis ni. Makanan sedap, mekap cantik, baju cantik, hantaran cantik semualah. Hantaran pula dibuat sendiri oleh kawan saya tanpa bantuan orang. Sangat gigih la kesayangan saya ni. Nah tengok treaser majlis pertunangan kawan saya.




Tahniah buat jiha dan ezzeriq. Jangan nakal-nakal. Semoga hubungan mereka sentiasa diberkati Allah SWT. Semoga mereka sentiasa kuat dan tabah dalam harungi segala cobaan selepas ni. Insyaallah!


xoxo

Jumaat, 20 April 2012

Makan-makan dekkat Pak Li Kopitiam

Salam pembuka bicara...


Saya dengan  Z selalu melantak dekat Pak Li Kopitiam. Selalunya kami pergi dekat Giant Setia Alam. Favourite menu saya adalah asam laksa. Semalam dekat cafe, uncle pun masak asam laksa. Pergh.. terbaek. Dapat makan free haruslah suka kan? Meh layan asam laksa Pak Li Kopitiam yang dah lama saya snap tapi tak upload dalam blog.




Nampak kan ada ikan sardin di situ? Sebab tu saya kata asam laksa dekat Pak Li Kopitiam ni best! Yang best lagi?


Nak order makanan senang sebab setiap meja ada disediakan menu makanan. Tak payah susah-susah panggil waiter untuk mintak menu. Saya tak suka pergi kedai yang pelayan nya datang meja dan tanya order? Apa ingat aku tiap-tiap hari datang makan sini ke? Bagi la menu. Dan bagi lah masa untuk kita pilih menu apa yang kita nak. Tak payah tercegat dekat sebelah sambil tunggu kita order. Tak suka pergi kedai macam ni. Tapi dekat Pak Li Kopitiam, lepas baca menu dan pilih menu, tulis menu pilihan di kertas order form yang disediakan.




Lepas tulis menu, panggil waiter untuk ambil order. Kemudian, tunggu makanan sahaja. Asam laksa saya dipadankan dengan mango sparkle. Owh, sangat sedap.




Nak tengok asam laksa lagi? Boleh....




Saya tak ingat Z makan apa. Rasanya nasi goreng kot. Tapi dia order air limau. Air limau ni kureng sebab ada asam boi tu. Motif letak asam boi tidak diketahui.




Kesimpulan, Pak Li Kopitiam memang terbaek dan sedap. Eh, nasi ayam lemon dia pun sedap. Nyum nyum.. Kunjungilah Pak Li Kopitiam berhampiran tempat anda. (Dah macam promoter)


xoxo

Khamis, 19 April 2012

Photobook Malaysia

Salam pembuka bicara...


Hari ini sudah 4 bulan 4minggu 2 hari bergelar tunangan orang. Baru semalam saya hantar order untuk album tunang.


Masa bertunang hari tu, pak su saya bagi servis fotografi percuma. Pak su saya memang freelance photographer.  Tapi saya kata nak shoot, edit dan burn sahaja. Tak nak lah susah kan paksu. Dah la free kan? Tapi dah ada gambar tak kan tak ada album kan? Setelah berbincang dengan tunang, untuk album kami beli voucher photobook dekat groupon je. Jimat. 1 photobook berharga RM54. Kami beli dua photobook. Tarikh akhir menggunakan photobook ni adalah hari ini.


Nampak tak betapa saya suka buat kerja lambat-lambat. Dah nak expired baru nak buat. Nah sedikit treaser album tunang kami yang softcopy sahaja.




Dah siap album sepenuhnya baru la kite treaser kan?


xoxo

Rabu, 18 April 2012

It's carnival time!

Salam pembuka bicara...


Sebahagian dari gambar sepanjang karnival pemakanan di Mid Valley ahad lepas. Maaf kalau ada yang lambat loading tu.















Z sedang belajar nak baca maklumat pemakanan. Oh ya, tunang saya kidal. 



Budak ni sangat comel ok. Nama dia Husin. Geram sangat. Lasak betul. Mak dia pun dah tak larat nak kejar-kejar dia.


xoxo

Selasa, 17 April 2012

Alhamdulillah masih ok!

Salam pembuka bicara..


Tak larat nak update semalam. Penat. Blogwalking lagi la tak. Sorry ye kawan-kawan. Terjah slow slow ni. Ngeee...


Update pasal nutrition month weekend lepas. Ada sesiapa yang pergi tak? Saya confirm-confirm la pergi. Sebab utama bertugas sebagai kaunselor dan nak cek paras kolesterol dan gula. Ayah saya ada diabetes jadi saya ada salah satu risiko untuk mewarisi penyakit ni. Last saya cek status kesihatan saya (cek gula, kolesterol, hati) semua ni bulan 12 tahun lepas, 4 bulan yang lalu. [klik sini untuk entri lepas] Elok sangat lah cek bila free ni.





Alhamdulillah seperti yang diharapkan bacaan semuanya masih normal cuma tekanan darah sedikit rendah. Keturunan tekanan darah rendah memang macam ni, tak payah risau.


Tapi tidak buat Z. Encik tunang tak pernah buat annual health screening. Kira ini baru first time la ni. Mungkin disebabkan faktor keturunan, paras kolesterol encik tunang tinggi. Bacaan gula dalam darah masih normal. Lepas ni nak bawa encik tunang cek kolesterol baik dan jahat juga. Sebab dia seorang yang aktif bersukan, saya nak tahu paras kolesterol baik dia.


Jangan ingat orang muda tak boleh kena penyakit orang tua. Lebih baik mencegah dari merawat. Tahu awal kan lebih baik.


xoxo

Sabtu, 14 April 2012

Jom pergi Mid Valley

Salam pembuka bicara...


Jarang-jarang saya update waktu weekend. Biasanya, hari cuti macam ni blog pun bercuti jugak.


Sabtu ahad ni apa plan korang? Kalau yang tak ada plan tu, meh la singgah Mid Valley hari ini (sabtu) dan ahad (besok). Datang mid valley tu pergi exhibition hall dorang ok! Ada saya yang bertugas di sana.


Sebenarnya, bulan April adalah bulan pemakanan (nutrition month). Jadi, sabtu ahad ni ada saringan kesihatan percuma untuk semua pengunjung. Boleh cek kolesterol, cek gula dalam darah, cek peratus lemak dan lain-lain. Dapat penerangan percuma dari nutritionist dan dietitian lagi. Selain itu, ada permainan menarik berkaitan pemakanan yang boleh kita belajar.




Yang menarik sekali, boleh lah jumpa saya. hukhuk. Saya bertugas besok (hari ahad) sesi petang.


Jom jom datang meriah kan nya. Dapat makanan free jugak taw.


xoxo

Jumaat, 13 April 2012

Makan-makan dekat ChicKing

Salam pembuka bicara..


Tak sempat nak update semalam. Badan lemau. Kaki saya sakit-sakit sengal-sengal. Pagi semalam bangun lambat. Untung la kerja masuk pukul 9 kalau masuk awal mahu pejam mata pergi kerja. Semuanya pasal saya pergi mandi manda ke Sungai Tekala, Hulu Langat lepas tu sambung jalan-jalan dekat Bukit Cerakah, Shah Alam rabu lepas. Rabu tu ladies day you all... Keluar berjalan dengan tinggal kan tunang masing-masing. Ala-ala, macam zaman single. Aktiviti sebelum tamatkan zaman bujang.


Pasal ladies day ni lah, tunang masing-masing buat mogok sebab kena tinggal. Malam tu ladies yang merayap siang nya kena pujuk tunang masing-masing. Adoi lar lelaki.. Entri pasal mandi-manda nanti lah update sebab malas nak transfer gambar lagi.




Hari tu kan saya ada makan-makan dekat satu restoran dari UAE ni. Fast food restaurant ala-ala KFC gitu. Nama dia ChicKing dekat Seksyen 7, Shah Alam.




Saya beli set burger untuk 2 orang harga dalam RM12 sahaja. Set burger ayam tambah french fries tambah carbonate drink. Yang special, kedai ni tak ada government tax dan service tax taw. Harga yang tulis dekat skrin adalah harga mati. Tak ada tambahan apa-apa. Terkejut tak? Saya terkejut sebab belum pernah pergi mana-mana fast food yang tak ada tax even makan dekat Burger King pun ada 6% extra charge untuk government tax.




Rasa burger ayam ni kalau nak dibandingkan dengan zinger burger, burger ayam ChicKing lagi sedap. Zinger burger dari KFC macam kureng sikit. Persekitaran kedai bersih dan tak ramai orang macam KFC yang kena beratur panjang. Bos dia pun Arab taw. Masuk sini sila speaking english ya. kihkih..


Eh, siapa dah makan Double Deal Burger King? Saya sudah. Baru je semalam.


xoxo

Selasa, 10 April 2012

ketagih cool blog

Salam pembuka bicara...


Saya sudah mula tergila-gila ini.




Hari ahad lepas first time beli coolblog selepas tengok ramai blogger bagi good review pasal cool blog. Teringin sangat. Akhirnya dapat jugak merasa. Saya beli passion bubble cool blog sebab saya sangat sukakan passion atau nama melayunya, buah markisa. Nyum nyum. Markisa makan bersama madu. Pergh...terbaek! Terus rasa suka.




Semalam pun beli lagi. Tapi semalam beli mocha bubble pulak. Mocha pun salah satu kegemaran saya! Tiba-tiba, hari ni pun rasa nak beli lagi. Adoyai. Ketagih dah ni. Pelik lah apa yang dorang letak dalam minuman sampai rasa ketagih nak beli je ni. Ish... membazir betul!


xoxo

Isnin, 9 April 2012

Voucher fast food

Salam pembuka bicara...


Petang-petang ni berblogwalking ke blog kawan-kawan. Masa masuk blog myra ternampak la voucher ni.


Sebenarnya, nak simpan voucher ni untuk diri sendiri tapi tak ada printer dekat rumah. Jadi, simpan dalam blog. Isnin print dekat office. Ngee...


Dah lama nak makan whopper jr ni. Sekali tu burger king buat promotion haruslah simpan kan? Nak voucher burger king juga? Boleh ambil dekat sini~






KFC pun ada juga. klik sini


xoxo

Sabtu, 7 April 2012

Semoga ceria sepanjang hari!

Salam pembuka bicara...


Selamat pagi! Sudah breakfast ke belum? Pagi ni saya ada meeting dengan customer dari Eropah. Adoi, malasnya. Motif tajuk entri??? Saya pun tak tahu.


Sejak duduk menyewa, duduk sendiri ni, saya rajin la jugak memasak kat dapur. Lagipun, bilik dekat sangat dengan dapur. he. Z pula asyik-asyik beli barang mentah untuk masak itu dan ini.


Setakat ni, dapat lah pujian sedap masakan dari dia. ngee. Hari tu, bagitahu mak yang Z suruh masak ini, ini, ini. Besok nya mak telefon tanya sedap ke tak dekat Z. Z tak cakap pun dengan saya sedap tapi dia cakap dekat mak saya yang saya masak sedap.  ngee. Suka!




Selama ni selalu kena kutuk kononnya kita tak reti masak. Orang lelaki suka kutuk perempuan tak pandai masak kot. Bila sekali dah rasa amekaw, siap suruh masak banyak kali. Baru tahu penangan air tangan saya. Sekarang ni, dia dah macam buat wishlist makanan yang dia nak makan tapi saya masak. Yang dok sebut-sebut sampai hari ni, jagung rebus. Senang je nak masak tapi kena bagi pemerhatian lebih takut air dia kering. Tu yang malas nak masak.


Breakfast pagi ni nasi goreng. Z dah beli siap-siap barang untuk masak semalam lepas balik kerja. Eh, saya goreng nasi tak pakai perencah ok! Tak main la perencah perencah ni. hukhuk. Hasilnya, tak ada gambar sebab malas nak upload dan malas nak transfer gambar pagi-pagi. Nasib kerja masuk pukul 9. Boleh la masak. Kalau rajin, nanti saya upload gambar ye.


Agak-agak, kalau saya bagi cadangan nak jadi surirumah. Lulus tak ea?


xoxo

Khamis, 5 April 2012

Makan-makan dekat Uptown Shah Alam

Salam pembuka bicara..


Saya memang suka buat entri makan-makan. Jadi, maafkan saya buat pembaca yang kelaparan. Tapi makanan ni tak tempting sangat pun. Hehe


Hari itu saya adalah makan-makan dekat uptown shah alam. Tekak saya ni memang suka cari makanan yang pedas. Selagi tak jumpa tempat makan yang kaw-kaw pedas terangkat memang banyak kali la saya akan cakap nak makan pedas-pedas. Tunang pun dah lali. Tapi makan kat sini tak pedas pun. Sobsob.


Saya makan dekat Gerai D'selera Timur @ Uptown Shah Alam




Makan bersama 2 rakan yang comel-comel




Saya order nasi goreng sotong. Nyum nyum. Order senyap-senyap tanpa pengetahuan Z sebab kalau dia tahu pasti kena berleter. Selalu kata saya dah ada resdung tapi tak nak jaga makan. Saya suka sotong sebab udang dengan ketam saya tak boleh makan.




Kawan saya si tudung hitam melantak kueh tiaw kungfu. Pinggan dia cantik sebab macam sampan.




Kawan saya si tudung kelabu pulak hanya kenal kueh tiaw goreng je. Balik-balik makan ini lagi. hukhuk




Rasa dia macam mana? Biasa je kot. Tapi nasi saya sedap sebab ada sotong. Boleh?


Mana nak cari makanan yang sedap dan pedas ni?


xoxo

Rabu, 4 April 2012

WW : name card

Salam pembuka bicara..


Kecik-kecik dulu siapa ada buat kad macam ni? Jangan tipu ye.. hehehe




xoxo

ps: adakah hari ini saya akan dapat gaji pertama bekerja di sini?

Selasa, 3 April 2012

New cousin

Salam pembuka bicara...


Kalau semalam cerita pasal cousin kahwin. Hari ni..... Presenting my new cousin yang super duper comel.




Itu gambar selepas baru sejam dilahirkan. Merah-merah lagi kan? Lahir pada 20 Mac 2012. Nama dia beri Fayha bt Mohd Fazli. hehe.. Hai, cousin!


Ini pula gambar Fayha bersama Galaxy Tab kesayangannya. Tablet ini memang untuk Fayha pun. Simpan elok-elok taw Fayha! Papa dia beli sebab excited kemain.




Excited ok ada cousin baru. hehehe..


xoxo

Isnin, 2 April 2012

Kenduri lagi

Salam pembuka bicara..


Quick update. Malas nak update sebab penat. Masuk-masuk office tengok berlambak kerja yang perlu dikerjakan.


Hujung minggu lepas pergi majlis perkahwinan dua pupu saya belah arwah atuk yang dirindui. Tak ada gambar pengantin pun pasal tak kenal la. Huhu. Bias sekali saya ni. Cuma ada gambar kenangan bersama keluarga belah arwah atuk.




Yang ramai ye, sepupu-sepupu rapat saya je. hehe. Tak dapat berblogwalking. Saya datang slow-slow ye..


xoxo