Khamis, 26 April 2012

Makan-makan di Noodle Station, Alamanda

Salam pembuka bicara...


Salah satu tempat makan yang saya suka terjah lagi-lagi masa belajar dulu adalah Noodle Station. Restoran ni ada beberapa cawangan. Yang saya pernah pergi Alamanda dan Kuala Terengganu. Dekat Alamanda, restoran dia depan parkson sebelah Old Town White Coffee. Manakala di Kuala Terengganu pula, dekat-dekat area bus stand tak silap.


Sebenarnya, first time makan dekat Noodle Station ni masa saya buat part-time masa belajar dulu. Masa itu, macam educate pelajar-pelajar dekat sekolah juvana la dekat Terengganu. Masa ni makan dekat sini, company saya bekerja tu yang bayar. Lepas dapat tahu noodle station ada dekat Alamanda, selalu lah pula makan dekat sini especially masa dah final year tu.


Hari tu, first time makan dekat sini dengan tunang. Tapi tunang tak minat makan dekat sini walaupun saya suka. Makanan dekat sini macam kurang rasa sikit. Makanan dia rasa plain je. Saya sukalah sebab saya suka jaga kesihatan. Pang!! Jagalah sangat. Tunang pula suka makanan yang cukup rasa. Kalau masak tak letak ajinomoto mesti dia tanya, "tak letak ajinomoto ea". Saya pula akan jawab, "ajinomoto tu sama je dengan garam. buat apa nak banyak-banyak dalam masakan". Tunang akan jawab "lu ni bikin gua geram je kan!". Dia geram pasal saya ada je benda nak jawab. Hakhak.. Nasib ko lah labu.


Kalau makan dekat sini, saya suka order air I Miss You Lemonade. Pergh.. nama tak tahan. Dapat lelaki yang ambil order boleh buat dia perasan. Tapi masa pergi sini dengan tunang hari tu, saya order air I Love You Lemonade. Perghh.. lagi tak tahan kan? Tunang, lu faham-faham sendiri la ea. *blushing* Z pula order air apa tah, saya lupa.




Makanan pula, Z order nasi goreng seafood kot. Dia tu asyik nak nasi je. Mee ke bihun makan malam dia terima lah.




Kalau dah datang noodle station, apa barang order nasi kan? Order noodle la.. Noodles dia memang terbaek. Saya order Yee Mee Black Pepper Chicken. Dapat sup wantan sekali dalam set tu. Memang terbaek la. Tapi tak ada gambar sebab saya dah kebulur nak makan noodle station ni. Lebih 6 bulan tahu saya pujuk dia datang makan dekat sini.


Kalau tak silap, Noodle Station ni ada dekat Sunway Piramid juga. Cuba lah cari-cari kalau-kalau ada dekat sana. Nak confirmation, google je noodle station. Dia ada website sendiri. Boleh lah cuba makan dekat sini kalau berminat. Harga dia saya tak ingat la sebab ini cerita basi. Tapi lemonade tu harga dia RM 3.90. Mee yang saya makan kalau tak silap RM 7.90 kot, Agaknya lah.


xoxo


13 komen:

♥ Cmª shIemª♥ berkata...

huhu..dasyat tul nama minuman tu..
noodle station ea? hehe..bleh p try :)

Tanpa Nama berkata...

Dhiera,ain selalu mkn kat midvalley..kalau g midv,mesti nk mkn ni je.

cik pha berkata...

T.T terus kelaparannnnnnnnnnnnn

Cik Anita berkata...

ouh.

Selalu dengar pasal noodle station ni. tapi tak pernah makan lah pulak. hee. maybe cita rasa Nita sama dengan Nita! masak tak letak aji, apa rasa? alaaa.. hee

Zakia berkata...

hai sepatutnya pergi noodles station makan noodle la kan..hehe..nama dia punya la gempak..siap i miss you, love you bagai..hehe

teha berkata...

dh lme xmkn kt situ.. hehe :)

syafiqakarim berkata...

bole tahan.
nak serang piramid la.
da mcm JJCM lak.haha

cik dila berkata...

pernah pergi sekali je noodle ni,mkn carbonara spageti ke apa nth. Tak habis,byk sgt...

*wink* berkata...

wah..dhiera blh jd hos JJCM lak lps nie

aReLaN berkata...

first time makan kat nilai ni lah.tu pon si dia yang ajak kata best.hehehe

Afzainizam berkata...

ye kerr Mr Z hanya akan makan nasi jerrr... Mie ke mie hoon dia tak dapat telan...

agaknyer perut dia hanya boleh kenyang dengan nasi jer kot..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy service blower aircond kereta

Juliet_iRa~" berkata...

dasyat tu pujuk smpai 6 bln..hahaha ;p

xjauh ke akk dtg putrajaya smt2 nak mkn bnda ni?isk2 geleng kepala..;p

br lps g alamanda ari sabtu aritu :)

Apple Pink berkata...

waaaaaaaaaaaaahhhhhh..
sedey xajak pun :)