Selasa, 11 Januari 2011

Tempat harus pergi

Salam pembuka bicara..

Sambungan dari post terdahulu. [post], [post], [post], [post] dan [post].

Tapi sebelum itu, saya nak bagi ombak kepada seri kerana mahu menjadi teman setia blog ini. Rasanya blog seri yang aktif adalah pada link tersebut. Betul tak seri?

Dari Kundasang Memorial, kami terus ke Mesilau Nature Park.

Kedudukan tempat ini tinggi sangat. Kalau saya yang drive sendiri, memang nangis la. Tapi pemandangan dia cantik sangat. Seingat saya, tiada caj bayaran untuk masuk ke sini.



Mesilau ini ada trek untuk naik ke Gunung Kinabalu juga. Tapi abang shukri kata trek dia memang sangat mencabar lah sebab trek baru dan kemudahan tak banyak kot. Kalau daki gunung ikut Kinabalu National Park, pendakian lagi senang sebab ada disediakan trek yang bertangga. Di Mesilau, ada trek batu-bata. he.

Tapi gambar kat bawah ini bukan trek dia ok!

(Sila abaikan gambar yang kelihatan gedik ini)

Seterusnya, saya ke Desa Cattle Farm.

Tempat ini cadangan abang shukri. Tiada link yang saya sertakan kerana saya tak jumpa website dia.

Peringatan! Selalu bertanya kepada pemandu pelancong anda mengenai tempat-tempat di sini jika kamu merancang percutian gamble seperti ini.

Ada bayaran masuk. Kalau tak silap saya RM5 sahaja jika kamu datang waktu melawat. Seingat saya ada bayaran yang berbeza jika kamu datang melawat ketika proses pemerahan susu.

Ehsan google image.

Gambar di atas adalah gambar di Desa Cattle Farm dari salah seorang pelawat di sini. Tapi saya lupa ambil link uncle ini. Maaf ya.

Di sini banyak lembu. Bagi pencinta alam seperti saya, saya suka kan keadaan di sini.

Oh ya! Kalau datang melawat di sini, jangan lupa tinggalkan jejak anda di Guest Book. Seronok ok bila baca guest book yang ada di atas meja itu.

Antara ayat yang keluar. "eh, budak ini praktikal kat sini. Ni budak kolej kita ni". "eh, ada budak UPM datang sini lah". "Ramai juga budak-budak sekolah dengan U yang datang sini".

Saya dan kawan-kawan belek ok geust book itu. Ada masa lebih kan~ he.

Gambar ini di meja guest book.


Masa ini hari dah mula hujan. Kami terkandas sekejap.



Bila hujan mula reda, kami terus mulakan perjalanan menurun ni bukit-bukit ini. hu. Bila sampai di Pekan Kundasang, cuaca cerah sahaja. Kami berhenti di sini. Membeli-belah dan berwindow shopping. Pertama kali saya jumpa cili yang berwarna selain kuning, merah dan hijau.

Cili ada pelbagai warna ya. Oren, ungu, putih dan macam-macam. Percayalah~



Makan tengah hari kami di Pekan Ranau.

Sekali lagi, saya makan nasi campur. Penjual sediakan saya sup kosong juga. Di sini lah, pertama kali saya macam cili putih. he. Kagum.

Pada sebelah petang, saya ke Poring Hot Spring. Ingat tak di post ini saya ada ceritakan hari pertama kami sampai dalam keadaan hujan dan tak dapat melawat ke Poring Hot Spring.

Tempat ini memang sangat best sebab dia bukan ada kolam air panas saja tapi ada 3 air terjun, 2 gua dan 1 jambatan gantung. Tapi saya pergi ke air terjun kepungit sahaja sebab air terjun lain dan gua kena jungle treking jauh lagi.

Kolam air panas dia ada yang kamu boleh mandi ramai-ramai, ada yang muat untuk 2 atau 3 orang dan ada juga yang kamu boleh celup-celup kaki saja. Ada 1 kolam air panas tulen (maksud saya, dia tak campur dengan mana-mana air lain). Asap kepul-kepul keluar dari kolam ini dan ada tanda awas supaya kita tak bermain di air ini. Kolam ini berpagar atas sebab keselamatan. Kalau kamu celup-celup kaki di kolam khas untuk rendam kaki, kaki kamu pun jadi kemerah-merahan.

Saya berendam bersama 2 lagi kawan saya dalam ruangan ini. Untuk makluman, kolam ini mempunyai 2 paip iaitu paip untuk air panas dan paip untuk air sungai. Lepas guna kolam ini, kamu rajin-rajin lah bersih kan sedikit supaya orang lain selesa untuk berendam dalam kolam ini. (saya berfikir patut ke saya panggil kolam)

Ini lah tempat saya berendam dengan 2 orang kawan saya

Habis saja mandi kami terus mulakan misi pengembaraan jambatan gantung. Ada bayaran lain yang dikenakan untuk menaiki jambatan ini. Tapi saya tak ingat berapa mungkin RM3 kot. Yang pasti semua tempat-tempat ini murah-murah saja.

Baru turun dari jambatan gantung

Selepas itu, bermulalah misi ke air terjun kepungit. Mula-mula ingatkan dekat saja tapi menapak jauh juga lah. Kami jadi bersemangat bila tengok ada sepasang atuk dan nenek mendaki bukit ini. Kalau nenek dengan atuk yang berusia tu boleh, kami mesti boleh punya.

Tempat dia sangat best. Kami tak perlu ke fish spa untuk dapatkan spa ikan. Di sini pun ada. Memandangkan ini kali pertama kaki saya digigit-gigit ikan-ikan kecil, saya memang asyik terjerit-jerit sebab geli ok! Tak ingat mana letak simpan gambar dekat air terjun ini. Maka, tiada gambar ye. Maaf.

Tunggu sambungan post ini ya. Back to work.

xoxo

2 komen:

Paahjais berkata...

Datang la lagi sabah... Dah ada tambahan arnab village... Banyak sangat arnab... Boleh pegang jugak...

Jemput jalan ke blog saya...

https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/19/ovarian-cyst-ketika-mengandung/

dhiera zainudin berkata...

@Paahjais eh, arnab village dekat mana? saya baru je pergi bulan 2 tahun lepas.