Rabu, 11 Mei 2011

Saya sayang mak saya!

Salam pembuka bicara..

Ada banyak perkara yang saya ingin berkongsi di sini. Tapi tahap kemalasan saya untuk menulis adalah sangat tinggi.

Mulakan dengan sambutan hari lahir ibu saya pada 5 Mei 2011. Sebenarnya, plan ini adalah last minute plan. Kebetulan 5 Mei hari itu, saya on leave (MC sebab demam terkejut tak nak pergi training). Bukan saya seorang rupanya MC pada tarikh ini. Alang-alang sambutan hari ibu adalah pada 8 Mei 2011. Kenapa saya rasa sepatutnya 10 Mei ea? Kami buat sekali je. Itu pun adik bongsu saya dah banyak kali bagi sms berbau rahsia samada nak beli hadiah atau tidak.


Kami beli pandan layer cake. (Ini kegemaran saya. Tapi Z tak suka seperti entri ini. Cerita tentang kek.)

sumber: google

Dan pada hari sabtu pula, seperti biasa aktiviti bulanan. Makan di luar, kat restoran lah sebenarnya sama macam entri ini. Tempat makan yang murah dan sedap.

Zaman muda-mudi mak saya. Cuba teka yang mana? hek

Buat mak, Puan Halizar bt Ismail. Selamat hari lahir buat kali ke 48. Kami sayang mak sangat. Terima kasih untuk segala pengorbanan. Kalau mak tak ada sehari, rumah macam tak ada seri. muah!! Setiap hari adalah hari ibu. muah!!

xoxo