Orang selalu kata kalau nak hujan mesti sebelum itu rasa panas sangat. Orang selalu juga kata kalau nak hujan semut akan banyak berkeliaran di dalam rumah sampai kan rasa rimas. Tapi masa kecil-kecil dulu saya suka kacau semut jalan. Jahat betul.
Antara ilmu yang baru saya tahu adalah haram hukumnya kalau kita membunuh semut. Saya dapat maklumat ini melalui sumber blogwalking saya. hu. Sudah lama dapat tapi saya tak berkesempatan untuk share dengan kamu semua.
Soalan
sumber: google
Bolehkah kita membunuh semut dengan racun kerana sebagaimana yang kita tahu semut merupakan salah satu dari binatang yang di larang oleh Rasulullah s.a.w dari membunuhnya seperti yang terdapat dalam hadith baginda. Masalahnya ia terdapat di mana-mana sahaja termasuk di dalam beras, sink dan di telefon. Ini cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang-kadang terpaksa membunuhnya. Adakah Islam memberi kelonggaran untuk membunuhnya? Jika Islam membenarkan, bolehkah digunakan racun yang dapat membunuhnya kesemuanya termasuk di dalam sarang?
Jawapan bagi persoalan ini adalah:
Dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra ia berkata; "Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang, semut, lebah, burung hudhud dan burung shurad". Hadith ini menunjukkan hukum haram membunuh empat macam binatang tersebut dan memakannya.
sumber: google
Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula sautu perkara itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya.
Semut sejenis binatang yang berada dimerata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti gigitannya dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya denga penyapu, jika ia terbunuh bukanlah perkara yang kita inginkan. Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah,setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat sarang kembali. Usaha yang kita lakukan tak lebih untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang kita tidak mampuuntuk memahaminya secara lebih pasti. Wallahu 'aklam
sumber:- rakanmasjid
Siapa yang baru tahu sama seperti saya, sila angkat tangan! Selamat beramal!
xoxo
8 komen:
laaa..yeke?? baru tau...
sy pun tahu dr artikel ni~
bru ku tahu!! huhu
baru tahu juga, syukran =)
baru tahu gak..ermmmm pttla kawan selalu marah kalau sy suka ngat sapu semut pakai tisu basah.phni tak mahu dah wat cmtu...T_T
info yang sy baru tahu.. scara fitrahnya mmng kita ada sifat kasihan untk mmbnuh bntang..
dalm islam pn telah diajar spy kita ihsan terhdap bntang..
lps ni nk pijak kne tngok bawah la tkut2 ada semut lintas jlan.. hehe
aramakkk...baru den tau neh
sayangi ler semut semua hehe
Catat Ulasan