Saya rasa maklumat ini harus dikongsi dengan kamu. Saya terima emel mengenai mengapa kita tidak dipanggil temuduga untuk jawatan dalam kerajaan.
Saya rasa ramai yang memang nak bekerja dengan kerajaan sebab manfaat yang diberi. Walaupun, gaji permulaan yang ditawarkan sedikit tapi masih ramai yang ingin menjadi sebahagian daripada mereka yang berkhidmat untuk negara. Saya pun berharap ada peluang dalam agensi ini mungkin sebab bidang tugas di sini lagi spesifik berbanding bekerja di swasta yang mana saya perlu menjadi seorang yang multitask (saya maksudkan tempat kerja saya, tak tahu pula kamu).
Pengambilan jawatan yang saya pohon tahun lepas memang saya terlepas sebab masa pengambilan saya belum graduat, masih di tahun akhir. Ini adalah sebab saya tak dapat dipanggil temuduga kerajaan.
Tapi macam mana pula dengan mereka yang sudah banyak kali memohon tapi masih tak dipanggil temuduga? Mungkin ada sebabnya dan semestinya bukan rezeki kamu. Yang penting, kamu berusaha untuk dapatkannya.
sumber: google
Antara sebab kita tidak dipanggil untuk temuduga adalah:
1. Kesilapan dalam mengisi borang permohonan
Ramai calon yang mengisi borang permohonan dengan tidak melihat syarat dan kelayakan diperlukan untuk jawatan tersebut samada sijil/diploma/ijazah mereka berkaitan atau tidak. Memang tiada masalah untuk memohon tapi pastikan ianya mengikut keutamaan dengan kelayakan yang kamu miliki.
2. Jawatan yang dipohon tiada kekosongan
Jika jawatan tersebut kurang kekosongan ataupun langsung tiada kekosongan, memang susah untuk dipanggil temuduga. Jawatan ada diiklankan, tetapi kekosongan tidak banyak. Jadi, sudah pasti yang dipanggil temuduga amat sedikit. Jawatan – jawatan khas dalam badan kerajaan tertentu ada yang memerlukan staf yang ramai dan ada juga yang kurang. Contohnya, jawatan pegawai/ pembantu/ penolong pegawai tadbir adalah satu jawatan yang amat popular yang diperlukan oleh semua kementerian/ jabatan kerajaan. Jadi, kekosongan bagi jawatan ini memang tinggi berbanding yang lain.
3. Pendaftaran pemohon telah tamat tempoh
Dah daftar lama dah tapi masih tidak dipanggil temuduga sehinggakan kamu tak update permohonan selepas tempoh setahun. Tapi masih menunggu panggilan temuduga. Ianya adalah mustahil. Apabila habis tempoh setahun, terus saja update pendaftaran/permohonan anda. Lebih baik ianya diupdate setiap 6 bulan (ni berdasarkan pemerhatian). Dengan cara ini, kamu lebih mudah (bukan semestinya) untuk dipanggil temuduga. Dan satu lagi, jika kamu baru saja habis menghadiri temuduga atau tercalon sebagai calon simpanan, seeloknya kamu update pendaftaran/ permohonan kamu.
4. Jawatan terhad tapi permohonan banyak
Ini juga merupakan salah satu sebab utama mengapa kamu sukar dipanggil untuk hadiri temuduga. Permohonan begitu ramai, kamu terpaksa bersaing. Pada masa ini, kelayakan kamu menjadi taruhan. Maksudnya, jika kamu ada ijazah, CGPA akan dijadikan tapisan. Pemohon yang memiliki CGPA yang teratas akan dipanggil temuduga terlebih dahulu. Maksudnya, jika jawatan itu memerlukan 600 orang untuk ditemuduga, maka senarai calon yang 600 orang teratas dari CGPA dari beribu – ribu permohonan akan dipanggil temuduga terlebih dahulu. Tapi itu jika kekosongan terhad. Sekiranya kekosongan banyak, tiada syarat CGPA dikenakan. Mereka yang layak akan dipanggil temuduga.
sumber: google
5. Kelayakan sijil/ diploma/ ijazah dari IPTS/ IPTA/ oversea tidak diiktiraf
Jika kelayakan anda tidak kira samada dari IPTA, IPTS mahupun luar Negara, jika ianya tidak diiktiraf oleh JPA, memang anda tidak akan dipanggil temuduga. Jadi, pastikan kelayakan anda diiktiraf untuk memasuki sektor awam. Tak tahu samda ianya diiktiraf atau tidak, semak di link ini
6. Tidak lepas peperiksaan khas
Ada untuk jawatan tertentu memerlukan peperiksaan khas atau ujian khas sebelum dipanggil temuduga. Jadi ramai juga yang tidak lepas peperiksaan ini. Ada ujian menguji pengetahuan, ada ujian fizikal dan ujian bakat. Jika berjaya lulus peperiksaan, baru dipertimbangkan untuk dipanggil temuduga pula. Bukan bermaksud berjaya peperiksaan kompem dapat temuduga. Untuk jawatan pegawai tadbir diplomatik (PTD), penguatkuasa, dan lain – lain boleh dijadikan contoh. Saya pernah pergi ujian khas untuk pegawai tadbir tapi saya tak lepas. Memang dah agak pun sebab soalan dia banyak bermain dengan trick. At least, saya boleh jadikannya sebagai pengalaman baru. Nak tahu? klik sini dan klik sini
Inilah antara sebab-sebab utama yang dikongsi penulis dalam kiriman emel kepada saya. Mungkin ada beberapa sebab lagi. Jadi, untuk kamu yang bekerja dalam sektor awam, kamu harus bersyukur dengan rezeki yang kamu dapat sebab ramai lagi yang teringin dan mahu bekerja dalam sektor awam.
xoxo
4 komen:
Owh...... Pttla asik tak dapat jeee ... Mekasih sbb tolong bg jwpan ye dik .. Hehehe
P/S : Mekasih polo akak ... polo awak jugak ;)
mungkin ada sebab lain tapi dalam emel tu ada cakap ni aje~
risau pulak nak kerja nanti. dapat ke tak. makin lame makin susah kan. persaingan sengit.
betul tu.. kadang-kadang kekosongan ada 200 tapi panggil pergi test ada 20ribu~ percent utk dapat memang rendah la..
Catat Ulasan