Memandangkan entri sebab tidak dipanggil temuduga kerajaan mendapat hits yang banyak dalam satu hari dan ramai yang turut membaca mengenai ujian khas perkhidmatan awam, jadi saya rasa saya perlu buat review yang lebih memberi manfaat. Sebagai memenuhi janji, saya buat entri ini pula.
Tapi sebelum itu, mungkin ramai yang sudah tahu dan mungkin ada yang belum tahu. Selain pastikan permohanan SPA sentiasa update, mungkin kamu boleh lihat kerja kosong dalam sektor awam di sini, Jawatan kosong di Malaysia. Website ini selalu update kerja kosong dalam sektor awam, badan berkanun dan juga swasta. Mungkin laman sesawang jobsmalaysia juga berguna tapi saya tak pernah gunakannya sebab tak tahu guna. grrrrr.
Ujian khas ini mempunyai beberapa peringkat. Tapi saya pergi peringkat pertama saja lah. Mungkin entri ini boleh membantu serba sedikit kepada kamu.
Peringkat pertama adalah ujian objektif.
sumber: google
Peringkat kedua adalah public speaking dan group discussion.
sumber: google
Menurut kawan saya yang lepas ke peringkat kedua, dia kata ada satu lagi peringkat tapi saya tak tahu peringkat ketiga ini penilaian apa. Kawan saya pun tak pasti.
Bezanya ujian khas pegawai perkhidmatan awam dan ujian khas pegawai tadbir diplomatik (PTD)
Yang saya tahu, yang saya buat survey sebelum ini adalah ujian untuk PTD ada ujian bertulis dan ujian fizikal. Samada betul atau tidak, hanya Allah saja yang tahu.
Calon-calon terpilih
Untuk peringkat 1, seingat saya ada 3 sesi. Saya dapat sesi ke-2 dimana angka giliran saya yang ke 5ratus lebih. Angka giliran sebenar, saya tak ingat lah. Kawan saya dapat angka giliran yang ke 8ratus lebih. Ini baru sesi ke-2. Kawan saya pun dapat sesi ke-2 juga. Saya anggarkan adalah dalam seribu lebih orang yang tercalon untuk ujian khas ini.
Untuk peringkat 2, senarai nama calon dikeluarkan dalam kumpulan masing-masing. Kalau tak silap saya, ada hampir 30 kumpulan dan setiap kumpulan ada dalam 5-7 orang ahli. Kiranya, saringan kedua pun agak ramai calon yang perlu ditandingi. Eceh, macam pertandingan apa saja.
Ada yang kata,
"ala, nak masuk kerajaan kena ada kabel, baru boleh masuk"
Yang ini, saya tak tahu samada memang betul terjadi atau pernah terjadi dulu atau masih lagi terjadi. Hanya Allah sahaja yang tahu. Apa yang penting kita berusaha dan bertawakkal. Mungkin ada yang lebih layak dari kita dan mungkin ada yang guna kabel. Kalau mereka guna kabel dalam, siapa kita nak menentukan mereka berdosa atau tidak. Yang penting, jalankan tanggungjawab dengan ikhlas dan amanah. Kalau rezeki kita memang di sana, kita mesti dapat juga. Kita kan hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Redha dan redah!
Saya hanya bercakap dari pengalaman. Dan maklumat yang saya tahu dari seorang sahabat yang selalu 'sharing is caring' adalah dia di rekemenkan oleh salah seorang pegawai dan dia menjalani temuduga seperti biasa. Temuduga itu pun ada dua peringkat. Dia lepas temuduga tapi dia tolak tawaran bekerja itu. Pada saya, dia memang komited pun dengan kerja dia, no wonder la dia di rekemen.
Istilah kabel yang selalu diguna pakai ini sama ke dengan rekemen? Kalau rekemen, kat swasta pun banyak gunakan? Macam rekemen naik pangkat, rekemen naik gaji. hek. Saya tak berapa arif sebab saya tak ada ahli keluarga yang kerja dengan kerajaan kecuali bekerja sebagai polis.
Itu saja yang dapat saya kongsi tentang ujian khas ini. Kalau kamu pernah pergi ujian ini atau ada apa-apa maklumat tambahan feel free to share with me. he.
p/s: bukan semua jawatan ada ujian khas. hanya sesetengah jawatan sahaja.
xoxo
4 komen:
oooh begitu..agk2 saya lepas x?huhu http://www.geekintherainbow.blogspot.com/
susah juga nak masuk kerja kerajaan sekarang ni..huhu
@IFA Athirah : nak tahu dapat ke tak, kena lah cuba~
@bantalbucuk : tu la..skang ni nak dapat jawatan gred 41 ke atas macam-macam kena test. doii
Catat Ulasan