Khamis, 26 Mei 2011

Sarapan makanan untuk otak

Salam pembuka bicara..

Selamat pagi semua. Tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang sihat adalah mengambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam secara tetap.

Saintis mengelar sarapan sebagai makan untuk otak kerana ia ada kaitan rapat dengan kecergasan mental dan memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, peka dan fokus. Sarapan juga penyumbang tenaga pertama untuk melakukan aktiviti seharian dengan lebih baik.

Saya memang sentiasa ambil sarapan. Biasanya, saya makan nasi lemak setiap pagi.



Pagi ini nasi lemak saya ada petai. grrrr.. Saya memang tak suka petai. Saya rasa bau petai ni melekat dalam mulut. Nak berus gigi lepas makan kan tak elok.


Jadi saya bertahan dengan harapan sampai tempat kerja nanti, saya kumur-kumur guna colgate plak. Tapi colgate plak tu boleh tertinggal pula kat rumah. grrrr.. Sabar saja lah. Kejap lagi beli yang baru lah.

xoxo

2 komen:

afro berkata...

eh, nape plak tak elok nak berus gigi lepas makan? bukan lagi bagus ke?


paanthology:
>> sape cakap driver teksi tak cool?.
>> api, air, elektrik mana lagi penting?.
>> cerita lepas spm aku.

dhiera zainudin berkata...

masa saya belajar dulu, lecturer cakap tak elok kalau lepas mkn trus gosok gigi. sebab masa makan ada enzim pencernaan akan keluar dari mulut. even beberapa minit lepas makan enzim tu masih lagi aktif.
jadi, lepas makan kan minum air, kena macam kumur-kumur sikit dengan air tu then baru telan supaya enzim yang ada tu dapat bantu sistem pencernaan.
kita kena ambil masa sikit dulu baru boleh berus gigi.