Rabu, 18 Mei 2011

Catalyst virgin coconut oli (VCO)

Salam pembuka bicara..

Saya rasa agak ramai yang sudah mencuba Catalyst VCO (virgin coconut oil). Saya pun ada mencuba juga. Ini memang produk untuk kesihatan.

Apa virgin coconut oil ini (minyak kelapa dara)?

sumber: google

Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya.

Apa perbezaan minyak kelapa dara dengan minyak kelapa?
Minyak kelapa biasa diproses menggunakan haba. Minyak kelapa dara tidak menggunakan haba untuk diproses.
Minyak kelapa biasa menggunakan haba dan kimia sewaktu pemprosesan yang boleh mengakibatkan struktur asal dalamnya berubah dan membawa kepada kemudaratan.

Saya baru saja menggunakan VCO ini selama 2 minggu.

Perbezaan yang saya rasa adalah:
  • Saya kurang rasa lapar
  • Jerawat saya cepat kering. Kebetulan masa saya mula makan waktu hormon badan saya tidak stabil
  • Gejala resdung saya berkurangan. Kebiasaannya bangun pagi, saya mesti bersin-bersin tapi sekarang sudah berkurangan. Ada tapi tak sekerap selalu. Kadang-kadang, tak ada langsung.
Mak saya pun sekarang guna produk ini. Tapi saya tak tanya lah pula apa perbezaan yang mak saya rasa. Nanti lepas sebulan, saya akan update lagi mengenai produk ini.

sumber: google

Kalau kamu berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai catalyst VCO ini, kamu cuma perlu google sebab ramai blogger yang telah review produk ini. Tapi kalau nak tahu pengeluar produk ini, sila klik sini. Ini adalah produk bumiputera. Saya pula beli produk ini dari ardinihumaira. Niat asal untuk mencuba tapi tiba-tiba ter'promote' pula.

Selamat mencuba.

xoxo

0 komen: