Rabu, 25 Mei 2011

Di larang masuk

Salam pembuka bicara..

Once you enter, you will never get out. Tiada jalan keluar


Satu lagi filem yang baru saya tengok beberapa minggu yang lepas. Memang agak terlewat juga lah. Itu pun sebab adik saya yang belajar di UiTM balik bercuti rumah sekejap.

Pelakon filem ini:
Shiqin Kamal
Muniff Isa
Azma Aizal Yusoff
Isma Hanum Hussein

Sedikit sinopsis:
Empat sekawan (Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie) tersesat di dalam hutan. Semasa berusaha untuk mencari jalan keluar, mereka terjumpa sebuah banglo lama dan membuat keputusan untuk bermalam disitu.

Fatia yang masih bergantung kepada ubat mengalami pelbagai perasaan dan pengalaman aneh. Kekacauan itu juga membuatkan Fatia mengetahui satu per satu rahsia di rumah itu. Di rumah itu juga, mereka menjumpai sejumlah wang jutaan ringgit dalam sebuah beg. Mereka juga menemui dua mayat yang telah reput dan sepucuk pistol yang penuh dengan peluru. Keadaan menjadi semakin rumit bila pistol tersebut hilang dan pertelingkahan mengenai wang yang mereka jumpai itu.

Akhir sekali, barulah ketahui bahawa banglo itu adalah pusat penjualan organ manusia.

Pendapat saya.
Permulaan filem ini agak lambat sehingga buat saya rasa bosan dan makin tak faham jalan cerita dia. Tapi sangat kagum sebab mereka merakamkan pengambaran hanya menggunakan kamera DSLR iaitu Canon 5D Mark2. Saya tak nak komen panjang-panjang sebab saya bukan orang yang mahir mengenai perfileman. Kamu mesti dah tengok kan?

xoxo