Jumaat, 6 Mei 2011

Selamat hari lahir mak!

Salam pembuka bicara..

Kesihatan masih belum cukup memberansangkan tapi hari ini masih teruskan tanggungjawab seperti biasa sebab dapat MC untuk sehari sahaja. hukhuk. Batuk pulak~

Semalam hari lahir ibu saya. Maka, alang-alang saya ke klinik semalam singgah sekejap untuk memandikan kereta saya, cik beba yang sudah lama tidak mandi serta pergi beli kek hari lahir buat mak saya.

Oleh kerana, mak saya tak suka makan kek coklat, saya dan dua orang adik saya (yang sorang tu demam juga tapi nak ikut lagipun dia nak ponteng latihan coral speaking. hek) sertai treasure hunt untuk kek terbaik. Nak pergi secret recipe macam masak lah saya. Hujung bulan confirm poket kering-kontang sebab sebiji kek berharga RM80. Dasar kedekut.

Akhirnya, kek yang menjadi pilihan hati kami adalah Pandan layer cake. Saya nak cari resepi kek ini. Ada sesiapa tahu. Seorang adik saya tu complain sebab masa hari lahir dia, saya beli pandan layer cake juga. Plan asal nak beli blueberry cake tapi adik lagi sorang tak suka. Aish, susah betul ramai adik.

Ok lah, jom layan gambar.

Ini gambar kek dari atas. Ada buah anggur 3biji, ceri 2biji, badam 5biji dengan white chocolate dipotong corak.


Keliling kek juga ada decoration white chocolate.

Bagi birthday wish yang simple-simple je. Ingatkan nak tambah untuk mother's day tapi tak muat pula

Ok. Sudah potong. Tak sabar nak makan

Makan dua slice macam ni cukup kot untuk orang demam seperti saya. hek

Kek ini seolah tanda penghargaan kita kepada seorang ibu yang sanggup melayan kerenah anak-anak yang pelbagai. Sayang mak!

xoxo

2 komen:

Sheherazade berkata...

selamat hari ibu,pandan layer cake sedap

dhiera berkata...

selamat hari ibu jugak~huhu