Jumaat, 27 Mei 2011

Bidadari syurga, suami dan isteri (part 1)

Salam pembuka bicara...

Entri sharing.

Seperti biasa, saya kongsikan apa yang perolehi daripada emel saya. Kali ini mengenai suami dan syurga. Seperti yang kita maklum dan pelajari dari sekolah, dalam syurga akan ada bidadari yang sangat cantik dan bidadara yang sangat kacak. Dan tak kira lelaki atau perempuan pasti akan cemburu bila lihat pasangan mereka bersama dengan orang lain. Normal lah kan? Kalau tak ada perasaan itu, ada sesuatu yang pelik ni.

Ingat, ini saya kongsi daripada emel saya.



Gambar hiasan: Ashraf Sinclair dan Bunga Cinta Lestari


___________________________________________________________________


Ada seorang isteri pernah bertanya: "Ustaz, boleh tak di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"


Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah) sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau tak silap oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz) pada sekitar awal 90-an.


Jawapannya nanti dulu. Aku bincangkan hal yang lebih penting. Haha. Datin tersebut wajar diberikan ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku dalam kalbu ramai wanita. Tapi pasti ramai yang tak tergamak nak luahkan perasaan tu.


Apa puncanya jadinya macam itu?


Mudah je alasan dia. Cemburu!


Penjelasan lebih mendalam. Sebab wanita menjangka suami adalah hak MUTLAK si isteri. Sebagaimana memiliki kereta dan rumah yang tidak mahu dikongsi dengan orang lain.


Aku pernah menyertai majlis ilmu yang dianjurkan oleh jemaah tabligh. Ustaz pernah memberi amanat bahawa "Jangan sesekali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan mengenai nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu hanya akan menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang lemah imannya"


Aku tak sangka sampai begitu sekali 'pantangnya' di sebut tentang bidadari di depan wanita. Tapi dalam al-Quran, bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho..tak apa la sebab kebanyakan orang tak faham apabila membaca dan mendengar ayat-ayat ini. Habis tak akan nak biarkan saja mereka 'bermusuhan' dengan bidadari? Tak ada carakah nak 'damai' dua golongan ini?



sumber: google


Biar aku beritahu jawapan ustaz tadi.


"Di syurga nanti, selagi puan tidak berenggang dengan suami puan, suami puan seolah-olah tidak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia."


Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz tapi disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.


Kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada?


Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ini adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.


Maka, apabila ketua bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau dan bidadari yang lain seakan tidak kelihatan ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami tak akan beralih dari melihat isterinya. Hebat kan?


Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?


Tidak juga.


Andai tiada bidadari, maka cantiknya ketua bidadari umpama bulan penuh di langit kosong. Kejelitaanya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang. Tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai sebelah yang jaraknya sejauh mata memandang?


Wahai wanita penghuni syurga, anda sama cantik saja dengan ketua bidadari yang lain. Tak berapa seronoknya. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga ketua bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

bersambung...

xoxo