Selasa, 21 Disember 2010

AFIS 2265

Salam pembuka bicara..

Siapa tengok berita TV3 sadis semalam? Saya tak tengok tapi saya dengar berita dari dalam bilik saja. Sebelum itu, saya sudah tonton kejadian itu di berita AWANI. haks. Tengok AWANI gitu tahu.

Berita yang saya maksudkan adalah kemalangan di Simpang Pulai. Tiba-tiba saya teringat rancangan saya 2 bulan yang lepas yang mana saya dan rakan setempat kerja merancang untuk ke Cameron Highlands. Tapi kami terpaksa batalkan rancangan ini sebab musim hujan. Dan yang pasti rancangan untuk ke Cameron Highlands akan melalui jalan yang sama lah sebab saya akan bergerak dari Ipoh waktu itu.

Saya bukan nak bercerita siapa yang salah dalam kejadian itu tapi lebih kepada memberi peringatan kepada kita semua sebelum merancang apa-apa rancangan ber'holiday' kenal pasti segala risiko dan keadaan yang mungkin berlaku. Dan siapa-siapa yang ada beli insurans itu maklumkan kepada orang-orang terdekat bahawa anda mempunyai perlindungan insurans dan hospital-hospital yang menjadi panel anda. Beri contact number orang yang bertanggungjawab (orang yang anda beli insurans itu) juga ok! (Saya kena inform Z ini. Z tak tahu lagi). Doa-doa semoga sebarang perkara yang tidak diingini itu tidak akan berlaku. Jangan gatal-gatal buat plan gila last minit tanpa berfikir betul-betul. (Ingatan tulus ikhlas saya kepada Z). he. Jangan OK nanti kantoi lagi. haks.

Z memang panjang betul akal dia. Bas 2 tingkat dalam nahas tu bernombor pendaftaran AFS 2266. Mula-mula saya memang tak faham apa kena-mengena nombor plat bas tersebut dengan kami berdua (saya dan Z). Rupanya, Z nak beritahu saya AFS = AFIS. Ops.. korang dah dapat klu kan siapa Z saya. hakhak. 2266 nombor yang hampir dekat dengan nombor pendaftaran kereta saya (nini) iaitu 2265. Hah, sebelah-sebelah je kalau ikut susunan nombor.

Tiba-tiba saya terfikir kalau lah kak mimi (SA perodua) daftar nini saya lewat satu nombor mesti nombor pendaftran nini WUQ 2266. kan kan? Itupun kalau tak ada orang yang dah booked nombor itu. Maka, saya orang yang sangat lucky lah dapat 2266. Kalau kahwin boleh pilih tarikh majlis 2 haribulan 6 kan kan? Cepat-cepat tengok kalendar agak-agak berapa tahun lagi 2 haribulan 6 kena hari sabtu atau ahad.

Dan, tiba-tiba.. saya jadi senyum-senyum sendiri.
Lebih tepat, sengih-sengih macam kerang busuk tapi comel. Save the date ya kawan-kawan! he.

xoxo

4 komen:

zuljengka berkata...

kantoi ape tu cik dira?huhu..ni leh amek no ekor nie..hahaha..

dhiera berkata...

hakhak..adalah..wah,jangan gade-gade nak ambil no ekor plak.tak baik untuk jati diri okeh!!

Mag berkata...

nie kebetulan ja nie kan??? hehe/..

loyout anda nie, da bnyk saya jumpa org pakai.. lawa agaknya.. anyway.. blog anda menarik dan buat saya tertarik.. suka dan follow anda.


Ini entry terbaru saya..
Cara cepat tingkatkan traffic
Rahsia tapak tngn OBAMA
Lagenda Budak Nakal Gila

dhiera berkata...

hakhak..memang kebetulan pun.

biaslah layout termurah (eceh..free sebenarnya)..yang penting, warna hijau elok untuk kesihatan mata.

btw,thanx. blog anda juga seronok di baca dan berinformatif.