Salam pembuka bicara..
Baru lepas call perodua untuk buat appointment bagi medical check up kan nini sikit. Terpaksa dua kali call sebab nak confirm tarikh semata-mata. Nasib customer service itu sporting. (Suka hati saja panggil girl ini customer service). Ini adalah medical check up nini yang pertama pada sebulan atau 1000km penggunaan. Tapi 1000km ini saya dapat habiskan dalam tempoh 2 minggu saja. Hebat nya saya bawa nini jalan-jalan. hu. *hug* (motif sayang). Tapi jangan haraplah saya yang nak pergi servis itu, mestilah minta ayah saya yang hantarkan. hu. Ayah yang baik.
Pukal yang lain adalah pasal interview untuk bekerja di Puncak Niaga. Erm..saya macam nak melarikan diri untuk berkhidmat di sana tapi saya tak tahu macam mana nak cakap dengan staf kat tempat kerja ini. Tempat kerja saya sekarang ini bukannya HQ company. Hanya branch kecil saja. Staf pun tak ramai. Takat ada 4 orang saja. Kalau saya tak cakap, takut ada yang berkecil hati. Lagipun, saya sendiri tak dapat jangkakan apa yang akan berlaku kalau manager saya dapat information pasal ini. Lagi-lagi, saya masih dalam kontrak perkhidmatan lagi. Kasihan juga dekat kak muni, nanti kena buat kerja dalam lab sorang-sorang. Sebulan saya kat ipoh, dia pun dah selalu stress. Ada idea tak nak buat macam mana ni?! Tapi saya memang nak cari pekerjaan yang lebih menampakkan masa depan saya. Dan yang paling penting, job description saya adalah sama dengan apa yang saya ditugaskan.
Post lain, saya pelik sebab saya isi minyak RM20 di BHP tapi naik 1 bar. Tapi serius minyak dia lambat turun, hampir 200 km baru turun 1 bar. Perbandingan lain, saya isi RM15 di Shell tapi minyak naik 2 bar dan dan cepat habis. Tapi saya perasan pada kilometer yang ke berapa dia habis sebab expectation saya minyak ini mesti lambat turun. hu. Semalam duit saya melayang lagi isi minyak RM40. Tapi masih tak full tank lagi. Kena isi RM60 baru full tank. Erm..saya rasa wedding minggu ini nak naik public transport saja lah. Sebab bulan ini macam banyak kena travel saja. Any idea untuk kurangkan kos transportation sekarang ini? Dan idea untuk kurangkan expenses bagi fuel oil?
xoxo
1 komen:
hmm..saya rasa baik awak pg jer tmpt bru tu sbb untuk masa depan awak gak kan?awak jgn kesian kat org.awak kene pkr,klau awak kesian kat org,ade org kesian kat awak?hehe..pasal myk tu xtau la kenapa..pelik bin ajaib tu..huhu..ape2 hal gunala perkhidmatan awam untuk jimat duit..hahaha..
Catat Ulasan