Memandangkan Blog Pilihan Malaysia (BPM) telah melanjutkan penyertaan Sahabat Blogger Mengikut Negeri sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak. Saya sengaja nak mengambil kesempatan juga. Kalau ikut kan saya dah terlepas dah peluang untuk join. he.
Kalau korang nak join blogger lain mengikut negeri asal korang, korang boleh masuk ke website BPM ini.
Apa yang perlu saya lakukan adalah:
1) Nama : dhiera tapi nama blog adalah .:miznogood:.
2) Status : bujang. he.
3) Cara hubungi: link facebook saya di tepi atau emel blog: nadz_ai13@yahoo.com
4) Daerah: Hulu Selangor
5) Tempat tinggal: Felda Gedangsa. Ada ladang kelapa sawit, ada ladang getah, ada lembu. hakhak
6) Tempat-tempat menarik:
Hulu Selangor ada banyak sungai tapi serius, saya tak ingat nama sungai-sungai ini paling famous di Batang kali dan Ulu Yam. Satu saja nama sungai yang saya ingat iaitu Sungai Inki di Kalumpang. Teruk betullah saya ni. Terdapat beberapa kolam air panas. Yang saya ingat adalah kolam air panas tujuh telaga. Sebab masa zaman mak dan ayah saya sekolah, mereka selalu pergi tempat ini. Ok, mak dan ayah saya satu sekolah. hu
Ok sebenarnya ada lagi. Korang bukak link ini untuk dapatkan tempat-tempat menarik disini lagi.
Hulu Selangor (Selangor) dan Tanjung Malim (Perak) dipisahkan dengan sebatang sungai. Sempadan Selangor dan Pahang terletak di Bukit Fraser dan Genting Highlands. he. Betul ke? Maaf kalau salah.
Saya memang mahir sedikit pasal geografi tapi tak mahir lagi banyak. he. Bagi pencinta alam, Hulu Selangor tempat mesti pergi. hu. Selamat datang!!
Nak tahu lanjut mengenai saya? Sila lihat sini.
xoxo
3 komen:
salam ziarah dari nana
salam kenal..
salam.. hawa duk ulu yam ^^
Catat Ulasan