Selasa, 28 Disember 2010

Bayarlah PTPTN anda

Salam pembuka bicara..

Sangat seronok balik kampung dan sangat bosan sebab ada saudara-mara yang saya tak kenal. aish.. Tapi makin seronok bila dapat jumpa kawan-kawan sekolah dulu. Kalau nak tahu saya sebaya dengan pak cik saya yang bersanding hari itu. Kebetulan kami belajar di sekolah yang sama dan satu kelas dari form 1 sampai form 5 lagi. Sama-sama tinggal di asrama lagi. Makanya, kawan-kawan dia zaman sekolah dulu adalah kawan-kawan saya jugalah. Seronok seronok.

Ok. Berbalik kepada niat post kali ini. Saya nak cerita pasal PTPTN. Lebih tepat, macam mana cara saya bayar PTPTN saya. Semalam ada seorang kawan sejati tanya pada saya, macam mana saya bayar PTPTN tu.

Cara 1: Anda boleh terus ke kaunter pembayaran di bank-bank terpilih atau di tempat-tempat terpilih.
  • Bank islam : Saya malas nak berjalan kaki ke sana. Jadi, saya tak amalkan ini.
  • BSN : Bank ini berdekatan dengan bank islam di Tanjung Malim. Maka, alasan saya sama seperti di atas.
  • CIMB: Bank ini sederet dengan Bank islam. Maka, pangkah untuk tidak mengundi.
  • One stop center: Terletak di KL Sentral. Saya pergi ke KL pun, memandu sendiri. Memang tak lalu KL sentral pun. Tidak bagi saya.
  • Pejabat pos: Jauh dari tempat kerja saya.

Cara 2: Anda boleh guna internet banking.
  • Cimbclicks: Saya pernah cuba guna cimbclicks tapi mereka memerlukan no. rujukan perjanjian. Tak kan saya buka satu-satu fail untuk cari perjanjian itu.
  • RHB : Saya pernah cuba tapi masa ini saya belum daftar nombor telefon saya untuk OTP. Maka, saya membatalkan niat saya.
  • Dan lain-lain. Boleh rujuk sini.

Cara 3: Online juga (e-FES)
Ini sangat praktikal untuk saya yang malas dan pelbagai alasan. Caranya mudah saja. Cara inilah yang saya ajar kawan sejati saya itu, he.

1. Mula-mula, buka website PTPTN.
     

    2. Korang nampak kan dekat tepi itu ada Trexx Zone. Klik pada e-FES. Nanti keluar ini.

      3. Sebelum korang login, korang kena tahu no pin untuk login e-fes ini. Cara-cara nak request ada kat hujung page e-fes ini. Ingat!! Simpan tau no pin tu. Lain kali, korang tak payah nak request banyak-banyak kali. Saya ini kedekut. 50sen boleh telefon Z. he. 

      4. Nanti akan keluar penyata baki pinjaman anda. Penyata yang sama macam penyata yang PTPTN pos surat dekat rumah tu. Berapa nilai kos pentadbiran yang dikenakan ke atas korang pun ada di tulis kat situ. Korang boleh klik pada 'Lihat terperinci' untuk lihat berapa banyak jumlah yang pernah korang bayar.
         

        5. Macam mana korang nak bayar? Korang nampak gambar kat atas ini ada tulis jumlah bayaran. Korang tulislah berapa jumlah yang korang nak bayar dan tandakan pada pinjaman 1. Dan tekan bayar.

        6. Selepas itu akan keluar page pengesahan bayaran balik. Kat bawah dia ada tulis, 'teruskan'. Klik pada 'teruskan'. Caj 50sen akan dikenakan kepada anda. Kali ini saya terpaksalah bayar 50sen juga.

        7. Nanti akan keluar pilihan bank. Korang boleh lah pilih bank mana yang korang nak bayar. Saya selalu guna RHB bank. Dan klik pada agree and continue. 

        8. Selepas ini akan keluarlah website bank yang korang dah pilih tadi. Dan lakukan lah transaction seperti biasa.

        9. Keesokan hari atau beberapa hari selepas pembayaran, korang bolehlah cek balik berapa jumlah baki pinjaman yang tinggal. 

          Senang saja kan? Mungkin leceh pada sesetengah orang. Tapi saya selesa dengan cara ini. Ikutlah pilihan masing-masing. Yang penting korang jangan jadi kacang lupakan kulit. Sebelum ini, beria-ria nak pinjam duit untuk belajar tapi korang tak bayar balik. Lainlah kalau korang dapat sponsor dari JPA ke MARA ke, tak kesah lah sebab korang memang tak payah bayar balik. he.


          Ingat post saya yang lepas. Setiap kemudahan yang ada itu adalah kesenangan untuk kita bergantung kepada apa yang senang bagi diri kita untuk lakukan.

          xoxo

          0 komen: