Khamis, 2 Disember 2010

kamu ada kriteria ini tak?

Salam pembuka bicara..

Kacak, hensem, lawa, cantik, comel, manis?? Semua ini adalah sesuatu yang subjektif. Pandangan setiap orang juga berbeza. Dan pada saya, semua itu kurang penting tapi bonus. ha. Sebab mungkin luar cantik tapi ada sesuatu yang yang kita tak tahu. Apa yang kita tak tahu itulah boleh buat kecantikan atau kekacakan seseorang menjadi negative negative dan negative. Tapi yang nampak biasa, tak comel sangat, tak kacak sangat itu ada sesuatu yang boleh diberi bonus sampaikan positive positive dan positive. Semua orang suka, semua orang senang. ha.

Saya kategori yang mana, saya tak pasti. Tapi orang kata comel. Betul ke? hu. Bangga diri sendiri. adoi. Tapi saya rasa saya manis sebab saya suka senyum. Yeke? Well, kita kena tahu kelebihan diri sendiri juga kan. lalalala. Sila abaikan statement itu.

Ciri-ciri lelaki kacak mengikut buku panduan saya. ha.

1) Ada gigi taring.
Saya suka lelaki yang ada gigi taring. Nampak macam ganas. Tapi tak nak lah lelaki itu betul-betul ganas. hu

2) Tahu bawa kereta manual.
Barulah namanya lelaki kalau pandai bawa kereta manual. Sebab saya sendiri pakai kereta manual. hu. Macam manjalah tambah malas saja kalau bawa auto. Ee..tak suka lah.

3) Bulu mata lentik.
Memang terserlah kehenseman kalau bulu mata beliau lentik. Menjadi tarikan. Confirm saya nak tengok sampai juling biji mata. Semua perempuan pun sukakan. Dapat gene macam itu boleh bagi pada anak. ha. Bulu mata sahaja ok!

4) Selalu panggil-panggil nama saya.
Dah kata saya ini agak kemanjaan dan kegedikan sedikit, mestilah suka kalau lelaki panggil saya banyak-banyak kali. ha. Tapi bukan macam cerita Ulek Mayang hokey!

5) Merokok.
Nampak macam macho. Tapi jangan berani buat ok! Tak baik untuk kesihatan. Dan berdosa juga kan?! Tapi kalau calon suami saya amatlah molek tidak merokok. Walaupun, mereka yang merokok nampak macho tapi bila dekat euw.. Saya tak suka bau asap kamu lah!

6) Pukaukan saya.
Ok. Yang ini tak boleh cerita panjang melainkan kamu sudah bernikah. Dan saya pun tak pernah mencubanya. Tapi saya dapat bayangkan kalau ini terjadi mesti lelaki tersebut nampak sangat kacak (Berjangkit dari novel mana tah!!)

Itu sahaja buat masa ini. (ada lagi ke?erm...) Perhatian penting: ini adalah pandangan dari sudut pemikiran saya dan hiburan semata-mata. Jangan fikir kita serupa walau kita bersaudara. ha.

xoxo

7 komen:

zuljengka berkata...

saya rasa mcm semua ade jer kriteria tu..ha?mcm mana tu?tapi tang gigi taring tu xtaula btul2 ade ker x..hahaha..

dhiera berkata...

wek, tak malu la en zul ni..angkat bakul masuk sendiri (eh,betul ker? tak jawab part peribahasa n simpulan bahasa lah time spm dulu. main bedal je).hu..kan dah kantoi satu rahsia..

zuljengka berkata...

hmm..nak blaja ker peribahasa ngan saya?free of charge..huhu..

dhiera berkata...

xpe lah..saya malas la nak belajar.hoho

dhiera berkata...

xpe lah..saya malas la nak belajar.hoho

zuljengka berkata...

ape yang rajin?makan tido la tu?hahaha..

Unknown berkata...

Sya ckup sifat..