Selasa, 14 Disember 2010

Tahniah tutie..

Salam pembuka bicara..

Ucapan tahniah buat tutie. Macam terlambat pula saya publish post ini.

Ok, ringkas. Tutie sudah kahwin. Saya dan Z adalah tetamu terakhir agaknya. Hadiah saya bagi juga ringkas dengan idea yang pelik. Mak kata dah kerja pun tak nak beli pembalut hadiah. Sebelum itu, idea ini saya pernah bagitahu pada Z, Z kata balut guna pembalut saja lah itu pun nak berkira. Bukan, bukan. Semua itu, bukan. Sebab hadiah ini adalah milik tunggal saya untuk tutie tanpa dikongsi dengan sesiapa. Jadi saya mahu hadiah ini kelihatan lain dari yang lain. Saya lupa nak ambil gambar hadiah itu. Sebab Z langsung tak cakap apa-apa bila saya keluarkan hadiah. Sedikit merajuk. Sebab dia tak berminat nak tengok. Mungkin dia tengah drive kot. Abaikan. Tapi rupanya lebih kurang macam ini.

Sumber google

Saya guna riben dan kat penjuru kiri bawah saya tampal baki wrapper masa wedding kak eja yang ada tulis Selamat Pengantin Baru. Kan pelik dan lain daripada yang lain. Mood: saya suka. Tapi saya nak try letak ini tapi tak sempat nak buat sebab saya mengantuk sangat.


Sumber google

Kalau macam ini pun cantik juga. Tapi saya tak pandai buat.

Sumber google

Sebenarnya, penggunaan surat khabar lama pada saya amat praktikal sekali. Dapat menjimatkan kos dan mengurangkan penggunaan bahan mentah bagi menghasilkan kertas. Saya kan pencinta alam. Jadi baik kita gunakan bahan-bahan recycle macam ini. Lagipun, bukan semua orang akan simpan pembalut hadiah yang kita dapat itu. Dan ramai antara kita yang buka hadiah ganas-ganas dan akhirnya pembalut hadiah sudah tak boleh diguna pakai untuk recycle pun kan? End up, kertas-kertas ini semua kita buang dalam tong sampah saja. Betul kan?

xoxo

0 komen: