Hujung minggu lepas banyak menghabiskan masa bersama Z. Kali ini tak ada istilah, Z ikut saya shopping macam post ini. Tapi saya yang ikut dia shopping sementara jusco masih dalam sale ini. Macam pelik saja kan? Z nak beli baju baru. Maka, saya pun ke hulu ke hilir. Dari tingkat 2 pergi tingkat 1. Dari 1 jenama pergi ke jenama lain. Last-last, saya pun tak ingat jenama apa dia beli. Apa yang saya beli? Hadiah kahwin untuk sahabat hujung minggu ini sahaja. Tak cukup cari baju, kami pergi ke tempat supermarket pula. Z nak beli air twister tropicana yang twin pack itu. Lepas nak beli sabun mandi la, ubat gigi la, minyak rambut la. Saya layankan sahaja. Tak jumpa dalam jusco nak pergi watson pula.
First time, ikut lelaki shopping rasanya sama macam perempuan shopping juga. Sama macam perempuan lalu depan kedai kasut dan terus masuk nak try-try kasut itu. Sebab Z nampak ada wallet ada less berapa percent saya tak ingat, dia kata nak beli juga. Dalam hati saya, orang tua ini biar betul. Sepantas kilat saya tanya wallet yang ada itu tak boleh pakai lagi ke? Z jawab dah rosak sambil tunjukkan pada saya. Tapi saya nampak kawasan yang berzip itu dia tak guna pun. Lagipun, compartment lain masih elok. Buat apa nak membazirkan laling. Tak payah.
Kononnya saya yang nak cari baju sepadan dengan kain pario saya. Tapi satu design pun saya tak tarik perhatian saya. Lagi-lagi masa itu perut saya masuk angin. Nak jalan pun larat. Kesimpulan: Z tak pandai jaga awek sebab tak bagi awek dia makan banyak-banyak. hu.
xoxo
0 komen:
Catat Ulasan