Rabu, 29 Disember 2010

Segmen jom berkenalan

Salam pembuka bicara..


\



Tiba-tiba tertarik dengan post enhear. [post ini]
Rasanya sejak saya ada blog lama dulu, saya tak pernah perkenalkan diri. he. Sebab waktu itu buat untuk suka-suka. Tak ada rasa untuk bagi orang baca. hu.

Jom berkenalan, jom!
Tapi entri ini bersayarat iaitu:
  1. Buat entry bertajuk "SEGMEN JOM BERKENALAN" --> done
  2. Letak banner segmen jom berkenalan dalam entry anda (kalau letak di sidebar pun takpe)--> done
  3. Linkkan ke entry ini: segmen-jom-berkenalan --> done
  4. Jawab 7 soalan berikut: Okeh!!
          a) Apakah status anda?
              Sudah jatuh sayang pada seseorang. Tayang gambar sikit.
              (Z kata saya dah lama tak cerita pasal dia. Dia rindu nak mencapap dalam post saya)




          b) Ceritakan tentang diri anda
              Saya memang anak jati Selangor. Mak dan ayah saya juga orang Selangor.

              Fasa kehidupan saya banyak dihabiskan di tempat-tempat berikut:
              Zaman bayi di Shah Alam. Zaman kanak-kanak di Puchong.
              Zaman remaja di Klang. Zaman meningkat remaja di Serdang. Kini di Kuala Kubu Bharu.

              Sejarah persekolahan:
              Mula bersekolah sejak berumur 4 tahun di Shah Alam. Saya ingat lagi nama tadika itu adalah Tadika Intan Jaya. Sekolah rendah di Puchong Batu 14 dan Puchong Perdana. Sekolah menengah di Klang sebab tinggal di Asrama Yayasan Selangor Klang. Terus sambung belajar di Kolej Matrikulasi Perak. Ambil ijazah di Universiti Putra Malaysia dalam bidang pemakanan dan kesihatan komuniti.

              Pekerjaan:
              Memang saja mengambil cuti selama sebulan untuk istirehat di rumah sebelum memulakan kerja. Habis tempoh istirehat terus mula bekerja di salah satu pusat diagnostik sebagai nutritionist. Dan dapat bekerja di branch pilihan saya iaitu Tanjung Malim. (Saya kerja di Perak tapi masih tinggal di Selangor ok)


         c) Ceritakan tentang blog anda
             Dah lama saya berbelog sejak habis SPM sebab bosan-bosan di rumah. Blog yang semakin dilupakan adalah blog di friendster. Serius. Dah bertahun tak pernah buka.

             Sebelum ini, berblog bukan untuk tontonan umum sebab saya ini kan pemalu. he.

             Blog saya adalah blog peribadi. Saya tulis apa yang saya mahu.

          d) Apa pandangan anda tentang dunia blog?             
             Sebenarnya sangat best. Dapat tahu perasaan orang dan persepsi orang. Marilah berblog..

          e) Nasihat anda kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog.
              Saya tak hebat berblog tapi bagi baru nak mencuba dunia blog memang berwarna-warni dengan pelbagai cerita dan ragam. Berblog dengan menjadi diri sendiri okeh!

           f) Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda.
               Serius saya tak tahu. Saya guna nama .:miznogood:. sebab saya sangat suka satu cerita dari Taiwan. huhu. Korang kena tengok.
   
           g) Samapai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
               Selagi saya rasa ingin menulis.


     5. Tagged 4 orang rakan blogger anda(jangan lupa ingatkan dorang!)..

         Dengan ini berbesar hati untuk tag:
     
          - ely dalyla sebab dia teman setia blog ini yang baru. Ceritakan tentang diri anda sedikit okeh! he.
            Ombak~
          - siti roai cun sebab dia dah lama tak update blog dia.
          - si tukang karut sebab dia ini junior saya tapi belum sempat nak kenal-kenal sebab mulut dia sangat
            bising. Satu kita tanya seribu dia jawab. he. Jangan marah ye faes.
          - oniechan. Walaupun dah lama kenal tapi tak pernah satu bilik dengan dia. ko kena cerita details
             okeh! Cerita yang ak tak tahu. he.

Post ini ada tarikh tutp okeh sehingga 3 Januari 2011. Senang saja. Bagi mereka yang telah di tagged, sila tinggalkan link post anda di ruangan komen okeh!

xoxo

8 komen:

Cikgu Akim berkata...

Wah nice story!semoga berjaya capai segala impian dhati~

kalau ada masa lawatla rakan2 blogger jom berkenalan d blog saya..boleh tambah kenalan~

salam perkenalan dri saya bakal guru SP n Biology!

pss:blog tantik!smga berbahagia dsmping DIA.hehe

Unknown berkata...

wah2! dah bertahun bt blog baru nak berkenalan ye! hihi
nnt I jawab ye miznogood. :)

zuljengka berkata...

nak bknln jgak leh x?hehehe..

dhiera berkata...

:cikgu akim: - tq sebab buat segmen ini. seronok pula. semoga menjadi guru yang cemerlang dan terbilang. (lupa dah satu lagi perkataan. apa ea?)

elydalyla: sebab baru jumpa segmen ini kot, barulah terhegeh-hegeh nak buat jugak

zuljengka:tak cukup juga ea dengan sesi perkenalan tadi?

oniechan berkata...

diraaa~! ingt bru nak buat segmen ni arini.sbb internet bru laju cket (selepas bil dbayar ;p) tp tgk2 da ttp.isk!keciwa!

dhiera berkata...

ala,,nen nape bru byr..tsk..tsk..
xpe2..ad segmen nt i roger u okeh!

Mohd Sukur Ibrahim berkata...

bila nak review blog sy pulak?

dhiera berkata...

ok..kejap lagi saya terjah kat blog abg sukur plak~