Khamis, 23 Disember 2010

Pendidikan kesihatan reproduktif

Salam pembuka bicara..

Nak share sedikit pasal kesihatan reproduktif. Sebenarnya, saya adalah antara salah seorang sukarelawan bagi FRHAM. Nak tahu lanjut pasal FRHAM, korang baca kat website dia okeh. [di sini] Ada kerja kosong juga. Siapa yang tengah mencari kerja kosong boleh lah apply kat FRHAM ini. Itu pun kalau korang berminat dan yang penting, korang kena tahan tekanan. Kat sini work load dia memang sangat dasyat. hekhek.

Banyak pengalaman sepanjang jadi sukarelawan kat sini. Erk, sukarelawan ke kalau kita di bayar elaun. he. Ok, sebenarnya lebih tepat peer-educator. Tapi sejak saya bekerja tetap ini belum pernah lagi dapat attend apa-apa program dorang. he. Saya cuma aktif sewaktu belajar di uni dulu sahaja. Mungkin sebab tempat kerja saya sekarang, hari sabtu adalah hari bekerja yang half-day. Tak heaven beul.

Pegalaman paling best adalah waktu press conference masa FRHAM dapat funding dari Chevron. Ala, chevron yang caltex stesen minyak itu. he. Best sebab muka kami semua masuk newspaper. Tak caya? Korang tengok kat sini. Masuk magazine oversea lagi.

a) Educating youth on reproductive health
b) Fuelling knowledge 
c) Memahami kesihatan reproduktif
d) Reproductive health programme for schools 
e) Sexual health lessons for teenagers

Tak galakkan korang buka setiap satu tu sebab pose kami pose yang sama je. he.

Cakap pasal pendidikan seks di kalangan budak sekolah, ramai yang setuju dan tak setuju. Kalau korang tanya saya, saya sendiri pun tak pasti. Tapi mungkin perlu sedikit tapisan dan kena wujudkan kesedaran di kalangan budak-budak dari awal. Mungkin mak ayah patut beri perhatian lebih. Ajar mereka perkara yang patut dan tak patut dari awal. Dan yang pasti, saya setuju kalau bagi pendedahan kepada mereka yang terpinggir ini macam gadis-gadis sekolah yang termengandung dan remaja yang di kategori bermasalah sikit sama macam yang FRHAM buat sekarang di sekolah tunas bakti. Sebab kita kena bagi moral support pada mereka supaya tak terjebak lagi. he. Ini adalah pendapat saya sahaja.

xoxo

0 komen: