Rabu, 30 Mei 2012

WW : voucher RM10

Salam pembuka bicara..




xoxo

Selasa, 29 Mei 2012

Makan-makan dekat Nando's Sunway Piramid (first time ni!)

Salam pembuka bicara..


Baru ingin dapatkan rentak berblog balik. Sekejap busy, sekejap tidak.


Hari tu, saya ada la pergi makan-makan dengan kawan seuniversiti dekat Sunway Piramid. Sebenarnya, konon-konon jamuan orang bujang. Salah seorang dari kami akan menamatkan zaman bujangnya dan salah seorang nya pula adalah mommy to be. Insyaallah, kawan yang sorang ni akan dapat baby end of this year. Ada seorang lagi. Insyaallah nak puasa ni due dia tapi sekarang dia menetap dekat Kuching, Sarawak. Jadi, tak dapat lah nak join kami kami berhibur ni. ngee


Lama gila kitorang decide nak makan kat mana. Sambil-sambil berfikir tu, boleh la tunggu pasangan mommy to be dengan daddy to be sampai. Husband kawan saya balik kerja lewat sikit hari tu. Last-last, kami makan-makan dekat Nando's. First time makan kat sini. Kesian kan? Kami pilih set for 4 pax. Ikutkan nak pilih set for 6 pax tapi takut husband kawan saya ni, tak selera pula nak makan kongsi-kongsi. Yang gegurl memang la tak kesah.






Komen orang yang baru first time makan nando's ni adalah "saya suka lagi kenny rogers." Peace!


xoxo

Isnin, 28 Mei 2012

Album tunang (baru reti update!)

Salam pembuka bicara...


Tak sempat nak update cerita terkini. Tersangat busy sekarang. Lagi-lagi tempoh masa tak sampai 100 hari lagi. Nah tengok album masa bertunang 6 bulan yang lepas. Sekarang, tinggal 88 hari! Tiba-tiba, nervous tengok nombor tuah (bagi orang cina).




xoxo

Rabu, 23 Mei 2012

WW : stress

Salam pembuka bicara..





Saya dah stress kerja banyak gile! Saya dah stress tak dapat nak blogwalking macam biasa! Arghh....


xoxo

Selasa, 22 Mei 2012

BE : Maxis iPhone 4S Refresh Extension

Salam pembuka bicara..


Ada sesiapa berminat dengan iPhone 4S? iPhone 4S dah keluar kan? Ada sesiapa teringin nak beli?




Nak tahu apa pakej terbaik yang ditawarkan oleh Maxis? Tengok sini ye. Serendah RM 79 you all.. Murah kan? Boleh guna easy payment plan jugak kot.


Spesifikasi nya pastilah lagi bagus dari iPhone lain kan? Nak tahu lanjut, klik sini ok!


Terima kasih nuffnang bagi BE baru. Terasa nak cash out la yang lama tu ke cash out dah dekat nak kahwin nanti? Konfius la.. Azam baru menjelang 1 Rejab nak up entri untuk setiap BE yang diperolehi. Ok tak? Ngee..


Siapa yang berpuasa, selamat berpuasa! Nanti kita buka sama-sama ye.


xoxo

Isnin, 21 Mei 2012

Basikal tua

Salam pembuka bicara..


Hujung minggu adalah waktu untuk kemas rumah dan bilik arwah atuk. Basikal tua atuk pun perlu dikemas juga. Basikal ni tak ada sesiapa boleh pegang. Siapa pegang nescaya kena maki dan marah dari arwah atuk. Arwah atuk sangat garang ok!


Gambar telah di edit oleh rakan ayah.






Siapa yang pernah naik basikal ni mesti tahu yang mengayuh basikal ni sangat best! Arwah atuk dulu ada banyak basikal ni. Dia bagi saya dan adik sebuah basikal dia. Best ok round round taman naik basikal ni. Cuma pergi sekolah rendah je tak naik basikal ni, pergi sekolah agama naik basikal ni taw.


Siapa ada pengalaman naik basikal tua?


xoxo

Jumaat, 18 Mei 2012

Penat menunggu

Salam pembuka bicara..


Yang hidup pasti akan mati. Hidup mesti diteruskan. Redah dan redha.


Dua orang adik saya tak dapat beri penghormatan terakhir buat atuk. Kirim al-fatihah dan bacaan yassin dari jauh. Seorang tengah exam trial untuk SPM. Walaupun MRSM Trolak tu dekat tapi tetap ayah tak dibenarkan balik. Sebab belajar tetap belajar. Seorang lagi belajar dekat UTeM. Dia pun tak balik sebab jauh dan belajar tetap belajar.


Malam tadi, asing-asing kan gambar atuk masuk dalam 1 folder khas nama atuk. Kononnya nanti boleh bagi dekat ayah. Sekali tu jumpa gambar masa kami menunggu dan kebosanan di UTeM. Memang rasa flow pendaftaran dekat sini tak sistematik langsung. Pasang khemah dekat kawasan kolej tapi staf gatal duduk dalam pejabat. Kalau staf susun meja dekat khemah-khemah mesti perjalanan pendaftaran berjalan dengan lancar. Pelajar-pelajar tak perlu berebut-rebut. Dah la bila pelajar nak daftar baru suruh pelajar cari partner untuk duduk satu rumah sama-sama. Kena pakat-pakat berlapan pula tu. Apa la salah nya susun pelajar ikut kursus ke. aihh..


Layan gambar je la ye.










Kami datang tak sampai lagi pukul 8. Pukul 10 pun tak setel lagi. Time ni perut dah kebulur habis. Last-last, tinggalkan adik dengan urusan pendaftarannya dan kami pergi makan. Pendaftaran selesai pukul 12 lebih. Hampir pukul 1 masa ni. Aiseh. Buang masa orang menunggu!


xoxo

Khamis, 17 Mei 2012

Atuk sudah tiada. Terima kasih buat yang mendoakannya.

Salam pembuka bicara...


Terima kasih untuk segala doa yang kawan-kawan berikan. Bukan sekadar doa malah kata-kata semangat dari kawan-kawan.


Atuk saya telah meninggal dunia semalam, 15 Mei 2012 pada jam 12.53 tengahari. Dan selamat dikebumikan selepas solat asar. Telah sampai janji arwah. Arwah atuk dikebumikan selang satu liang lahad dengan arwah atuk (belah mak). Sedih tapi hidup mesti diteruskan. Nangis dalam hati sudah. he.


Bagus juga bila kenduri tahlil kaum keluarga yang masak sebab dapat elak dari kaum keluarga ni terkenangkan arwah. Wajah arwah atuk sangat putih dan tersenyum. Sempat juga cium arwah sebelum dan selepas dimandikan, panas badannya. Masa nak cium ni, mak pesan jangan ada air mata. Lap dulu. Pesanan yang sama mak pesan masa arwah atuk (belah mak) meninggal 2 tahun lepas.


Sekarang, saya cuma punya 2 orang nenek sahaja. Seorang masih sihat, seorang lagi biasalah dah tua kan. Umur pun sudah 90tahun. Saya beruntung sebab masih sempat bertemu dan bermanja dengan kedua-dua atuk dan nenek malah sempat juga bertemu dan bermanja dengan arwah moyang lelaki dan perempuan belah mak dari kawan-kawan yang tak pernah berjumpa. Alhamdulillah.


Sambung masak di dapur ya!


xoxo

Selasa, 15 Mei 2012

Kisah seorang atuk

Salam pembuka bicara..


Tak sempat nak blogwalking, internet slow kemain lagi. Kawan-kawan, saya nak kenal kan satu-satunya atuk saya yang masih dipanjangkan umur sehingga hari ini.




Ini lah atok saya, Hj Ibrahim b Sarif. Atok saya berusia lebih 100 tahun. Atok adalah abah kepada ayah saya. Seorang bekas polis pada zaman muda beliau. Kadang-kadang, rasa susah nak berkomunikasi dengan atok sebab atok selalu guna bahasa dulu-dulu macam belajar = mengaji, tak pun bahasa minangkabau. Ya, saya berdarah keturunan minangkabau tapi bukan faham sangat bahasa minang.




Atuk sangat kuat sebelum ni. Masih lagi berjalan ke masjid, masih lagi mencari ayam dan itik di waktu petang supaya masuk dalam reban, masih lagi dengar suara atuk marah kalau hartanya di usik sebelum ni, lebih tepat minggu lepas dan lepas lepas.




Saya nak minta kawan-kawan tolong doakan kesihatan atuk yang tak menentu sekarang ni, sakit tua. Sudah 3, 4 hari atuk terlantar di katil kata emak. Tak makan dan minum. Kaki dah sejuk. Ayah tak bagi kami adik-beradik balik sebab ayah kata yang belajar tetap belajar, yang kerja tetap kerja (saya seorang je bekerja). Yang hidup pasti akan pergi. Ayah kata ayah sudah menerima apa pun ketentuan Allah. Dalam masa yang ada ini ayah sentiasa jaga atok siang dan malam. Malam pun tidur bersama atuk. Rasa tak sia-sia lah keputusan ayah berhenti kerja dan balik kampung jaga atuk. Ada hikmah bukan?


Semoga atuk sentiasa diberi kesihatan yang baik dan ayah serta mak saya sentiasa diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus menjaga atuk saya. Kawan-kawan, doakan kesejahteraan keluarga saya terutamanya atuk.


xoxo

Isnin, 14 Mei 2012

Isnin datang lagi~

Salam pembuka bicara..


Saya berjaya pecah rekod sampai seminggu tak update blog. Honestly, saya terlalu busy. Urusan kerja yang terlalu banyak. Pening dibuatnya. Banyak yang nak diceritakan dalam blog ni. Tapi masa amat mencemburui saya. hakhak. Bila stress menyiapkan kerja, otak penat berfikir. Bila balik rumah yang saya tahu nak tidur saja lah. Nanti-nanti saya update ye.


Bye!


xoxo

Isnin, 7 Mei 2012

Isnin yang blues je

Salam pembuka bicara..


Monday blues la. Lagi-lagi, pinggang ni sakit je dari semalam~ Adoyai. Kawan-kawan breakfast apa hari ni? Saya tak tahu nak breakfast apa. Tengok apa yang tunang nak belikan nanti. Tapi kan saya sangat teringin nak makan ini lah.




Bercicah kan ini.





Ampun... Asal buka blog saya nampak makanan je kan?


Meeting hari ni pukul 9.05 pagi. Sekarang ni, setiap Isnin, Rabu dengan Jumaat ada meeting pagi-pagi.


xoxo

Jumaat, 4 Mei 2012

Nak beli apa ni???

Salam pembuka bicara...


Besok hari lahir emak, nak beli apa hadiah apa ye untuk mak? Dah la gaji pun belum lagi ni. Hari-hari dok tanya HR, bila nak gaji, bila nak gaji.. Tapi semalam bos dah dapat pay slip. Pay slip je baru. Kami-kami pekerja bawahan ni dapat bila ea? Arghh... pay slip dapat lambat pun tak pe. Yang penting, gaji masuk dulu.


Sebelum balik kampung besok, nak singgah Bake Field la cari kek yang best-best untuk mak. Adik beradik yang lain pun balik juga. Boring dah makan kek dekat Tanjung Malim. Kemain lagi berlagak budak tak masuk gaji ni.


Semalam tengok housemate pergi shopping je, mentang-mentang gaji dorang dah masuk. Saya duduk rumah layan cerita Fashion King dekat saluran One HD je. Lepas tu, belek-belek sambil buang gambar-gambar tak cantik terjumpa pula gambar ini.




Kami anak beranak melantak shushi yang beli dekat AEON Melaka. Bersepah-sepah. Mak kata makanan macam ni pun nak makan ke? Pada mak, sedap tapi pelik. Mak tak pernah makan. Ayah pula shushi salmon mentah tu dia melantak sorang sebab saya dengan adik-adik semua macam euw euw nak makan ikan mentah. Ayah siap kata dulu masa ayah duduk Jepun, shushi la makanan paling murah dan senang nak dapat. Dulu la.... tahun 1986, 1988, 1992. Masa ayah bekerja dan belajar di Jepun dulu la. Ala, time tu pun company yang bayar kot. hakhakhak


Saya suka makan nasi dia sebab manis-manis gitu. Adik saya yang belajar UTeM tu suka lah sebab favourite dia semua ada kaitan jepun dengan korea ni. Err.. tak faham apa yang best dengan anime.


Eh eh, nak beli apa ni untuk mak? Macam nak belikan baju tapiiii baik beli tudung sebab saya dapat pakai juga tudung tu nanti. Larikkk...


xoxo

Khamis, 3 Mei 2012

Promosi BK macam ....

Salam pembuka bicara...


Ingat entri ini saya ada cakap pasal promosi Burger King. Silap tulis dalam tu, burger king tak bagi voucher pun. Itu memang promosi dorang. Bermula jam 6.00 petang ye.




Saya dah beli dah promosi burger king yang ini. Campur tax segala dalam RM 10.40 kot. Kalau tak silap lah. Burger king saya suka makan Whooper Jr sebab dia adalah daging. Tiap kali datang Burger King memang order ni je pun. Z pula masa ni order BK Grilled Chicken. Sedap jugak burger ayam dia ni.




Pada saya promosi BK yang ini kira murah la. Tapi kan, Burger King memang tak ramai pengunjung ea?


xoxo

Rabu, 2 Mei 2012

Makan-makan di Restoran Andaman, Seksyen 24 Shah Alam

Salam pembuka bicara...


Siapa pernah dengar Restoran Andaman dekat Seksyen 24, Shah Alam tu? Saya dah makan kat sini dua kali. Makanan dia boleh tahan sedap la.


Pertama kali makan kat sini sebab Restoran Tart Nasi Ayam tutup untuk renovate. Saya suka makan dekat Restoran Tart Nasi Ayam ni. Nasi ayam dia sedap, laksa pun sedap dan ada otak-otak. hehe. Masa mula-mula makan dekat Restoran Andaman ni, saya try nasi goreng kerabu dia. Errr.. rasanya sedap tapi kurang wangi sebab tak banyak serai, bunga kantan dan daun limau purut kot. Mind set saya nasi goreng kerabu ni wangi-wangi baunya.




Bila makan sekali dengan sotong goreng tepung rasa dia memang terbaek! Sebab sotong goreng kat sini sedap ok! Marvellous! Ok, sudah mula terbayang-bayang dah ni.




Kawan saya pula makan mee bandung. Looks yummy. Tapi saya tak rasa pun sebab saya ada ABC yang harus dihabiskan. Hah, ABC ke cendol ke ada jual disini jugak ye.




Agak-agak ada yang berselera pantai timur boleh jugak makan dekat sini. Sebab ada nasi kerabu, laksam, nasi dagang. Banyak la makanan pantai timur dekat sini. Kuih-muih dari pantai timur pun ada jual dekat sini.


Kali kedua makan dekat sini sabtu lepas, saya try bihun tom yam dia pula. Ternyata sangat sedap. Licin ok saya makan sampai hirup kuah hingga ke titisan terakhir. Tak ada tangkap gambar pun sebab dah kebulur hoi masa ni. Z pula makan nasi dengan sup ayam. Sup ayam dia pun kena dengan tekak saya. Tekak orang lain tak tahu lah kan.


Tak tahu nak makan kat mana? Cuba lah makan dekat sini. Ala, senang je nak pergi sini. Betul-betul sebelah Carrefour Seksyen 24 tu. Belakang Restoran Tart Nasi Ayam. Seberang jalan ada Uptown Shah Alam der. Nak shopping pun boleh. Err.. tak pernah shopping dekat uptown Shah Alam. Window shopping ada la. hehe


Harga? Standard la macam kebanyakan kedai. ngeee


xoxo

Selasa, 1 Mei 2012

Selamat bercuti sambil makan otak-otak

Salam pembuka bicara..


Selamat bercuti semua buat yang bergelar pekerja tu la. Pelajar pun dapat cuti gak sebab kebetulan cikgu dengan lecturer cuti kan? Ramai yang cuti semalam dan sambung hari ni. Sabtu nanti pun cuti jugak ea? Wesak katanya. Tapi company saya tak cuti pun. Sobsob.


Bagus jugak tak cuti sebab kerja banyak gile kot. Dah la bos baru minta kite guna 8D analysis or 5 why etc. Serius sepatah pun tak tahu. Almaklum gatal lagi masuk kerja yang bukan bidang kita. Elok-elok kerja dalam bidang yang diminati terus tukar kerjaya kan? Tapi best sebab saya belajar sesuatu yang baru! Yang pasti, saya tak ada la rasa boring pun~


Kalau hari tu saya ketagih minum CoolBlog, kali ini saya rasa sangat suka makan otak-otak lah. Kalau pergi makan dekat kedai area Shah Alam or Rantau Panjang, Klang selalu dijodohkan dengan otak-otak. Dapat rasa tiga pun cukup lah. hee.




Dulu kan rasa otak-otak ni macam euw euw je. Sekali tu dah rasa, amekaw terus jatuh cinta. Sedap rupanya. Owh, dulu saya ingat otak-otak ini diperbuat dari ikan sungai. he. Rupanya, tak ea? Yeke? Dah suka, makan je la.. Thank buat mak dan ayah yang buat saya rasa otak-otak ni sangat menyelerakan~


Siapa kat sini suka otak-otak jugak? Angkat tangan!!!


xoxo